Ya Allah :'(

Ya Allah,

aku ingin menjadi seperti gadis itu,
yang hidup matinya hanya utk Mu ya Allah,
cinta utamanya adalah cinta Mu ya Allah,
semua perkara yang dilakukannya adalah kerana Mu ya Allah,
meletakkan Mu di atas segalanya,
agar hati dan diri sentiasa dipelihara,
daripada setiap kelalaian dunia.

Ya Allah,

aku ingin menjadi seperti gadis itu,
yang pandai mengurus masa,
dakwah dan pelajaran diimbangi sebaik mungkin,
bersungguh-sungguh ketika belajar,
tetapi pada masa yang sama,
tidak lupa utk menyumbang di jalan dakwah.

Ya Allah.

aku ingin menjadi seperti gadis itu,
yang menjaga pergaulannya,
berbicara dengan lelaki hanya pada yang perlu,
suaranya tidak menggegar hati yang mendengar,
mengenakan pakaian yang ditutup sempurna,
membuat lelaki juga hormat padanya.

Ya Allah,

aku ingin menjadi seperti gadis itu,
tidak ditakuti tetapi disegani,
tidak sombong tetapi dihormati
dicintai kerana agama yg ada padanya
bukan kerana kecantikan atau harta yg utama.

Ya Allah,

berilah aku kekuatan,
untuk berubah ke arah itu

masih belum terlambat kan? insyaAllah :)

Happy birthday Nazz !

Happy birthday to you,happy birthday to you,happy birhday to nazihah,happy birthday to you!*sambil tepuk-2 tangan*,ngee.

happy birthday Nazz yg ke 19tahun,selaku Housemate yg menyayangi housematenya yg lain berharap semoga nazz panjang umur dan murah rezeki,dan sentiasa happy disamping orang yg tersayang.*berapa byk dan lah kan?*dulu kan mase semester 1,orang takut nak kawan dengan Nazz sebab tgk nazz mcm Sombong,hihi*sorry nazz,taktau nape jd jujur sgt ni*haha.tapi bila dah lama kawan,barulah tahu yg nazz tak sombong pun,baik lagi ade lorhh,*untung nyahhhh gua*hahaha..

ni lah Nazz,aku yg terselit belakang tu hah*sambil buat muka comel*haha

Si baju hitam Merah ♥ !

Hye,hari ni hari yg ketiga umat Islam berpuasa kan?Cmne puasa korang?okay tak?ade yg ponteng?ehh takmau lah ponteng-2,lagi-2 kaum Adam tuh hah,kena bersyukur tau hangpa dapat berpuasa cukup sebulan tanpe ade cuti dan tanpa diber cuti,walaupun kaum Hawa diberi cuti tapi ade sesetengah mereka sedih tak dapat berpuasa,masyaAllah ;').okaylah sebagai student,walaupun berpuasa aku dan kawan-2 seperjuangan masih lagi bersemangat,kami tak guna okay kata lemah disebabkan puasa.hee :D.

dengan kelas yg begitu Pack untuk semester ini,kami hanya mampu tersenyum hambar menerimanya,haha,ape nak buat kan?dah nasib badan begitu,haha.okay untuk harini,hari isnin kelas aku agak Pack jugak la.lebih memenatkan bila satu sbjek buat 4jam satu hari,hah kau hado???takdo kan??nasib baik puan Bahiah best,tak garang=='.

okay lari dari tajuk pulak,padahal nak tunjuk gambar ni je hah,terlebih sudah,huhu.


siti nazurah tuhh terselit lak,lepas tuh nak tembak-2 kite kan?haha
aku selalu buat muka mintak kaki tangan,so sape tak suka boleh blahh!haha
kami memiliki gaya yg tersendiri bila di depan camera,yg penting comel! XD
auwwww!sweet tak kami?mesti raai yg jealous,huhu
dan nilah yg aku nak ckp 5 budak baju Hitam merah:)

says Peace!!huhu

bye-2,perut aku dah berkeroncong la,lagi dua jam nak buka!,hee selamat berbuka semua :*

Bulan yang dinanti,esok tiba !



Assalamualaikum dan selamat malam semua,memandangkan aku mengupdate belog ni btol-btol tepat jam 12:40 pagi 22/7/2012.esok pagi kita semua umat islam bakal menjalankan ibadah yg penuh keberkatan iaitu BERPUASA di bulan ramadhan,bulan yg boleh kita gunakan untuk melipat gandakan segala amal ibadah.semoga puasa kita semua diterima disisi Allah s.w.t amiin..

tadi pun aku bersama-same dengan housemate aku belanja sakan,untuk bekalan makanan bersahur,harap-harap dapatlah yee kite semua berpuasa cukup untuk tahun ni,



meh la keluarkan duit berjuta dulu sebelum shopping,yehahahahha!
ni semasa kereta kami masih kosong,belum penuh dgn muatan,haha
"hah NESTUM tu bagus untuk kesihatan jantung,buah pinggang,pingul dan bla bla bla,dulu aku makan sihat smpai la ni,haha",kata amni
hehe dah penat berbelanja,perkena KFC lah hihi untuk sahur tau ni haha :D

nampak tak?ade orang promote air yogurt bliss,haha *muncung sikit*


kami berpuasa jauh dr parents,so bawaklah diri adik beradik kan?




jangan ade yg ponteng-ponteng puasa ya babe!bye busyukkk!

Semangat diri,Kurang dihargai..

Assalamualaikum semua,hello!im here for potpetpotpet nak membebel lagi haha,selamat petang kepada semua warga Malaysia.so macam mane hari anda harini?adakah baik-baik saja?atau ade sebaliknya.ngee,eceeehh dah macam DJ bagai pulak aku ni kan?.straight to the point,petang ni la baru aku ade mood nak mengupdate,walaupun pun tu tak berapa nak ade untuk menaip,tapi aku gagahkan jugak semuanya demi sahabat.haha sahabat?so ape kaitan?bajekk famous la?haha no no no..aku bukan nak bajek famous okay,tak penah semilisecond pun aku nak berlagak famous,aku dah lame tak update blog ni,so kawan2 aku tanye la,"kau tak update blog ke?aku pun menjawab,"hmm tak,takde mood,mood belum seru lagi,hahha".so petang ni aku agak free la untuk mengupdate,walaupun tadi kelas pack gila babun!sumpah hari Khamis la sungguh pack.tapi disebabkan awal semester kan walaupun jadual pack tapi aku dan kawan2 masih bersemangat.yeay!!tapi yg tak bestnya,ade sesetengah kelas yg kami belum sempat usha lagi,yela lecturer takde,so kelas batal!part tu sememangnya aku amat kurang gemar,wehh penantlah aku gosok baju,penantlah aku berjalan laju-2 pergi kelas,satu perangai aku,aku taknak masuk kelas lambat than kena duduk belakang,lagi2 kalau budak lelaki yg duduk depan,body depa semua macam bapak orang,ahaha.so nanti nanti ape yg lecturer tulis note kat depan kami tak nampak,sebab kami semua comeyh2..

hm alamak,dah tade idea la,layan gambar jela tapi tu pun tak byk..enjoy:)

Hello Hello hello testing 1234 muahxx :*

with my lovely Roomate :)

Friendship is the only cement thath will ever hold the world together.

walaupun kau berusaha buat gaya comel,tapi aku masih lagi terunggul kecomelan haha *perasan,sory miza :D

posing ahh kejap lecturer lambat sangat !omel tak omel tak?*okay gedik mcm nak pelempang je rase :D

ni Nazz,die housemate baru kiteorg,lawa kan?hihi
and last,ni pic paling latest baru pagi tadi snap,sweet tak kami pakai baju same colour,i know u guys  msti jelly2 haha

okay bye-bye muchux semua :* Assalamualaikum.

semangat tetiba patah ;(

Assalamualaikum semua,sungguh!aku tidak tipu,tak bohong dan seangkatan dengannya kenapa ya hati aku rase tak kuat je nak tempuh semester 3 nih hah.okay memanglah subjek untuk semester ni lagi menggila dari semester lepas,dan aku hanya cukup makan je dengan result semester lepas,lepas jugak 3.00,and aku bersyukur,untuk semester ni aku try lebih baik.masalah aku ni kan,bukan teruk sangat,tapi boleh dikatakan teruk jugak bila kepala otak aku mula serabut,stress tak dapat kejar ape yg lecturer ajar dan kawan2 aku yang sungguh2 pandai semua dapat,hah!tu yang aku tak boleh tu,kenapa dorang boleh dapat?kenapa aku tak boleh dapat?ini tidak adil,tidak adil bagiku..ouhh*tetiba lirik lagu Yuna masuk,haha*.aku sendiri taktau,kenapa since aku lepas spm pastu aku mauk Politeknik je bukan Universiti tapi aku telah bertukat menjadi manusia yg jealous dengan orang yang Pandai-pandai,orang yg Bijak-bijak,alangkah bestnya kalau aku dapat Otak macam mereka semua,hmmm :)

*Manusia diatas ialah manusia yang sedang mencuba untuk menjadi manusia yang pandai macam korang semua yg pandai-pandai :)

Asam Garam

Hai,Assalamualaikum dan salam sejahtera bertemu kita kembali dirancang yang diminati ramai waaahhhhhhh *bajek pengacara terkenal la konon*,haha.okay-okay,ehem3,ingat lagi tak aku siapa?ingat tak?okay aku mengaku yg aku ni seorang blogger yg HAPRAK! kan?so what?hehe tapi takpe dah beruntung aku mengaku.kalaulah si belog baru aku yg simple ni ade kaki,dah lama die terajang aku dan berkata "Eh kau,dah tak reti-reti ke nak update berok kau ni?eh opppps!sorry bukan berok tapi belog,hah tak reti-reti ke kau nak update belog cantik ni?*cantik ke?.okay peace2,aku nak mintak maaf,selama dua bulan ni aku tak sempat nak menghadap belog ni,disebabkan aku telah mengikuti kursus masak2,kemas2 rumah,bestkan?haha.cuti semester kali ni,aku dah memang serupa macam bibik korang tahu tak??!daripada aku sesengal yg tak pandai masak tapi sekarang aku dah pandai masak,hah,dulu aku tak lipat baju sekarang aku lipat baju.kau tengokkkkkk bukan main rajin lagi aku haha*masuk bakul angkat sendiri*,okay cukup sudah.

Tapi sekarang aku sedih :(,aku dah kar Penang,aku rindu Emak,Ayah,adik-adik.pagi tadi aku sampai Penang yg tak berapa nak dicintai ni,yang lebih menyedihkan lagi,aku DEMAM!!dah serupa ape dah ni asyik bersin2 je,housemate aku pun samapai dah nak naik torek telinga dengar,huhu sorry kawan2 aku ngee..

just smile and enjoy girls!

P/S segala bebelan aku memang takde kena mengena dengan tajuk tapi aku nak bagitau aku sebagai pelajar,anak,manusia atas muka bumi ini,jalani hidup dengan pelbagai asam garam,sedih happy,marah suka.so suka tak suka,aku dan kita kena tempuh jugakkan?