Why?


Kenapa kita sebagai manusia kita perlu makan?kenapa kita perlu pakai baju?kenapa kita perlu bernafas?kenapa kita perlu berak/kencing?kenapa kita perlu kerja?kenapa kita perlu belajar?.Rasanya kalau aku terus-terusan tanyakan kenapa,aku rasa kematu jari aku menaip ni pun belum tentu habis dan pasti tidak mencukupi ruang serta masa untuk bertanya KENAPA?baiklah disini aku cuba untuk menjawab segala pertanyaan diatas dengan jawapan aku,mungkin jawapan aku berlainan sedikit dengan jawapan-jawapan orang lain.mohon maaf.

Baiklah.Pertama kenapa kita perlu makan?okay,kenapa korang makan?hah,sebab lapar kan?ada ke orang yang makan sebab dia kenyang?hmm ada juga segelintir begitu tapi sukar ditafsirkan kalau begitu.Antara dua samada dia makan tak baca doa ataupun dia memiliki Hantu Raya ataupun Saka didalam badan sebab tu walaupun kenyang still nak makan.hehehe =).tadelah aku hanya bergurau,ada sesetengah orang yang dilahirkan dengan nafsu makan yang tinggi.Jangan kata lelaki saja yang kuat makan,kaum perempuan juga tak kurang hebatnya tau!macam aku :D.baiklah dipendekkan ceritanya,kita makan adlah untuk mendapatkan tenaga untuk badan.

Kedua,kenapa kita perlu pakai baju?sebagai manusia yang bertamadun,beradab sudah menjadi fitrah seorang manusia untuk mempunyai sifat malu.sifat malu adalah lebih bernilai daripada wang ringgit.Dalam islam juga ada menyuruh agar umatnya untuk menutup aurat dengan baik.

Ketiga.kenapa kita perlu bernafas.soalan yang agak “terlalu pandai”.aku rasa aku tak perlu jawab.
Keempat.Kenapa kita perlu berak/kencing.Berak dan kencing adalh satu proses yang terjadi di dalam badan kita.proses ini adalah proses untuk membuang segala kekotoran segala bahan yang tidak kita perlukan lagi.

Kelima.kenapa kita perlu belajar?belajar juga ada dalam tuntutan dalam agama islam.kita menuntut ilmu adalah kerana Allah.kita menuntut ilmu untuk menjadikan diri kita sama seperti golongan bijak pandai yang berilmu.kita menuntut ilmu agar kita tidak ditindas,ditipu oleh orang lain.kita menuntut ilmu adalah untuk mengubah nasib keluarga dan membanggakan ibu Ayah kita.
Last.kenapa kita perlu kerja?kalau hang tak kerja hang nak makan apa?hang nak harapkan duit pak mak hang sampai hang mampuih?dakk kan?oleh itu,selagi kita mempunyai tenaga yang kuat kita haruslah rajin untuk bekerja mencari rezeki yang halal.mungkin bukan buat hang sorang ja,inshaAllah kalau sudah berkawin,hah dah nak kena bagi anak bini hang makan.takan nak makan ikan ja hari-hari.jadinya kerja rajin-rajin,kumpui duit banyak-banyak dari muda :D

Rezeki lain-lain


Hala tuju hidup.Apa itu hala tuju?aku pasti kalian boleh menjawabnya dengan jawapan yang tepat.Hala tuju hidup berkait rapat dengan apa yang kita fokuskan,apa yang kita target untuk kita dapatkan dalam hidup mulai sekarang sehingga  usia sudah senja dan iitulah yang bakal dijadikan bekalan ketika usia tua kita menjelma.waktu itu pastinya kita sudah tidak punyai kudrat dan tenaga yang maksimum untuk bekerja mencari rezeki.

Masa sekarang ini adalah masa realiti kita,masa dimana kita perlu merebut 1001 peluang yang rata-rata manusia seramai berpuluh juta billion manusia juga mengaharapkan untuk mendapatkan peluang tersebut.Persetankan peluang apa,yang penting peluan itu adalah peluang yang baik yang boleh menyenangkan hati,kepala dan perut kita.

Usia muda ini bukan untuk dibazirkan dengan enjoy,gumbira,lalok sampai pagi.bukan.manusia yang sebegitu adalah manusia yang paling bangsat.manusia sebegitu adalah manusia yang tiada target dalam hidup.Usia semuda kita sewajarnya kita pulun untuk kesenangan,kebahagiaan hari mendatang.bila hari mendatang itu?hari mendatanglah,siapa yang tahu?tiada siapa yang tahu.hanya Allah yang tahu,kerana dia yang merancang semua sketsa-sketsa hidup kita.juga aku.

Target.Apa yang kau targetkan dalam hidup?Apa yang bakal kau kecapi 2 tahun 10 tahun daripada sekarang?senang cerita,lepas SPM kau nak buat ape?.Bagi yang dapat keputusan baik,semestinya ibu Ayah mahukan anak-anaknya menyambungkan pelajaran.Sambung belajar di Universiti,Politeknik,mahupun kolej-kolej yang punyai banyak peluang untuk pelajar yang mahu dan punyai niat untuk menyambung pelajaran seperti aku.Tetapi tak salah juga bagi mereka yang tidak mahu menyambungkan pelajaran.bagi aku lah.mungkin mereka punya sebab mereka sendiri.Ada kawan sepermainan aku waktu kecil dulu.Haslina nama dia.mungkin juga dia berasal daripada keluarga yang bukan dari golongan orang yang senang.aku tak pasti,kerana aku paling tak suka menyibuk hal rumah orang,hal keluarga orang.Setahu dan seingat aku,DI nama glamour si Haslina tu,dia sekolah hanya sampai tingkatan 1 atau 2 tu pun aku confius.kurang ingat.aku cerita bukan sebab nak bukak aib atau malukan dia sebab dia takde SPM.tapi aku ingin ceritakan usaha dia,sekarang ni umurnya 20 tahun,sama seperti aku tapi dia sudah mampu untuk membeli kereta.Kereta Alza.memang ada yang bakal mengata.”eleh memanglah dapat pakai kereta tapi dia kerja kilang,penat,kena kerja kuat,berdiri blablablabla”.tapi aku berani sangkal,daripada orang yang mengata tu belajar setakat kemana,hutang PTPTN pun tak bayar lagi,kerja sudah?kalau rezeki cepat,cepatlah kerja.kalau tak?mesti kau akan pergi kilang jugakan untuk kerja?watdehek?