result

Another 4 days lagi result untuk semester 5 bakal keluar.perasaan apa yg aku rasa pun aku taktau.aku macam takde perasaan dengan result ape pun yg bakal keluar nanti.entohhla susah aku nak kaborkan.dengan usaha aku yg seciput kedarah,aku malas nak target ape-ape just lulus semua tu dah kira nasib baik sgt.Ya Allah

feel stupid so much

Aku jatuh,aku down,aku stress,aku nak nangis.aku perlu dan tersangat perlukan seseorang untuk dengar cerita aku,dengar luahan aku.aku teruk,aku yg menjatuhkan diri aku.aku punca segalanya.aku teruk semester ni,aku banyak main,aku banyak berangan.kenapa kau bodoh,bangang sangat Echa?kenapa kau malas?kenapa kau rajin fikir pasal cinta bangang kau.kenapa?berjuta kali aku larang.tapi kenapa kau dekatkan diri kau dengan cinta tu lg.kau nak mampus?kau sedar tak takde siapa pun tertarik dengan muka kau.kau fikir ada lelaki tertarik dengan perangai dan rupa kau?kau jgn perasan.kau pikir muka kau molek sgt?kau bodoh!

Allah,aku benci punya hati dan perasaan.semakin aku benci punye perasaan itu,semakin kuat kau kurniakan perasaan tu dalam diri aku.aku benci,aku taknak ada perasaan sayang,suka,apatah lg cinta dekat lelaki.aku taknak,aku sakit.kenapa?kenapa?aku 

Syukur

Selagi namanya manusia selagi tulah takkan pernah berpuas hati dengan apa yg die miliki.sedangkan Allah dah bagi yang terbaik untuk die,die masih kabur untuk mensyukuri,sehingga die kehilangan yg die ada dan kemudian itu barulah die sedar.

Kala itu,sedar pun tak guna.terlambat.tapi depends on situation jugak

macam aku,aku taktahu aku ni boleh dikategorikan manusia yg bersyukur atau tidak.MashaAllah.

baca dulu cerita aku,baru korang paham maksud aku diatas.

Macamni,semenjaka ku sambung belajar dekat IPT nih,aku rasa persaingan yg amat ketara.jauh beza daripada masa high school dulu.amat jauh beza.dekat sinilah aku betul-betul rasa yg aku pergi menuntut ilmu,kat sinilah aku rasa yg aku betul-betul nak kan ilmu.berebut,sampai cemburu yg amat  dengan markah test orang lain yg lagi tinggi daripada aku.sampai kutuk diri sendiri.

"Cha,kau tak malu ke?Siham dapat 93 Naz dapat 97 untuk test BI,kau?80 je?mana lagi sepuluh markah?"

sampai satu tahap,aku rasa diri aku banggang sgt,aku mesej Mak.

"Mak orang dapat 74 je test td,Siham Naz 80lebih.Mak reply,nak buat camne takde rezeki.next time belajar kuat sikit"

Aku sendiri pelik,dulu masa form5 aku tak kisah sesiapa pun dapat markah tinggi.laani aku sangat dan teramat kisah semua tu.aku taknak kalah daripada orang lain.Aku nak pandai mcam orang yg pandai.Dan aku guna markah rendah aku tu untuk aku motivated diri aku sendiri.

Ingin

Aku rasa aku dah muak untuk bercrita tentang cinta.muak dan give up.sebab bagi aku cerita pasal benda yg tak pasti ia sangat menyakitkan.tapi malam ni aku macam terajin dan mood menulis dan membebel didalam hati seakan diseru.marilah,marilah,marilah.

Aku sakit oleh cinta sewaktu dulu.
Aku nangis gara-gara ditinggal,dicurangi oleh manusia yg pernah aku sayang sewaktu dulu
Aku bodoh kerana terlalu percayakan dia,sampai die curang belakang aku tapi aku tak nampak.
sangat bodoh,bangang,bangsatnya aku menagih cinta tu daripada orang yg menduakan aku

Maaf.
Ampun.

Entri kalini agak geli gelemankan tekak,hati dan telinga.

Serious talk,aku bukan perempuan yg tak pernah bercinta.Muslimah yg bebetul menjaga kehormatan diri die takkan bercinta.sehingga bertemunya Nikah.mereka sempurna,aku tidak.

Naluri untuk disayangi dan menyayangi kuat.walaupun aku dapat sepenuh kasih sayang Mak ayah dan keluarga dan aku juga menyayangi mereka sepenuh hati tapi aku masih seperti sangat memerlukan manusia bernama lelaki.kadang-kadang kita tak sedar,macam dah menjadi trend atau menjadi kesemestian,remaja mesti bercinta,remaja mesti bercinta,bercinta.

Aku pun bercinta,at first phase semua sweet belaka.kaulah nyawaku,kaulah jodohku,kaulah itu,kaulah ini.semuanya kau.dunia ini bagai kita berdua yg punya.wakakakaka.bangsat so much.

setelah kejadian itu belaku,aku tak lg bercinta.aku manusia yg tak pernah serik.memang aku kata cinta tu bodoh,bangang,menyakitkan semuanya!tapi aku tetap inginkan cinta.

Aku inginkan lelaki yg mampu bawa aku ke Syurga Allah,
Aku inginkan lelaki yg sanggup menyayangi aku hidup,mati,siang,malam dia,
Aku inginkan lelaki yg menjadikan aku wanita bertuah didunia.

Aku ingin



kenangan

Sejenak terpikir
seperti di awangan
Allah,
adakah aku punya cinta?
adakah aku punya cinta daripada seorang lelaki

ya--
seperti dalam drama
seperti mak dan jugak ayah
adakah aku punya?

terlalu banyak yg aku lalui
terlalu pahit
adakah ini sudah ketentuanMu?

Tika aku mulai merasa
perasaan itu tiba-tiba jauh
terus beredar daripadaku
hanya secalit tertinggal iaitu kenangan




Kejam

Manusia itu
tiba ajal menerpa jasad layu
hanya pandangan sayu
terukir dimata

Tika itu
butiran kaca halus melobosi
segenap bingkai mata
si waris malang

Malang
malang
malang
Malang si kecil itu
seluruh kudrat diseru keluar
seluruh takungan airmata dirembes melimpah
seluruh raungan dipekik melarung

Mengharapkan simpati
mengharapkan ehsan
mengharapkan belas daripada seorang manusia
namun hampa

Kekejaman tak mengira
tua muda
kekejaman si laknat merata



Pikir.

Pikir,
setiap detik pikirkan untuk satu benda yg sama,
benda yg hanya mencabulkan kehormatan hati,
mencabul dengan rakus,
tak pernah bawa bertenang,

Pikir,
semakin gila memikir semakin sesat mencari,
dek hati terlalu memilih yg suci,
terkontang kanting,
diperbodoh seperti manusia tak bermaruah,
dipijak penuh dendam

Pikir,
dendam akanku bawa sampai mati,
keturunanku takan ku biar untuk mengenali engkau,
aku benci seumur hidup aku,
walaupun kau hadir menabur janji anjing itu.

pergi engkau,pergilah mati daripada pandangan nyataku..