Rapuh


Perasaan suatu fitrah manusia yang Allah kirimkan,Allah jadikan,Allah kurniakan dalalm diri manusia.thats why,manusia punyai nilai kasih sayang yang tinggi.tak macam haiwan.tapi haiwan jugak memiliki sifat kasih sayang kepada anak-anaknya.Cuma yang takde perasaan adalah binatang.so korang boleh buat perbezaan sendiri kan antara binatang dan haiwan?okay good.

Walaupun aku paksa dengan sepenuh kudrat tenaga perempuan aku ni untuk tutup pintu hati aku dek akibat terlalu frust dengan manusia yang bernama lelaki tapi aku kalah juga dengan penangan perasaan sayang dan suka terhadap insan lain.yups!aku mengaku,hati aku memang aku dah tutup untuk lelaki.kalau bermesej pun tak semestinya aku bermesej dengan lelaki,aku lebih mesej dengan perempuan.eh perempuan sama perempuan pun boleh mesej-mesej apa.lagi sweet.tapi dosa tu meningkat sikitlah,sebab kami lebih kepada gosip-sodip hot yang hangat.

Hampir sebulan lebih juga kot aku tutupkan hati ni,namun sekarang ni aku tak tahu kenapa ia boleh terbuka kembali.tapi yang menyedihkan hati terbuka untuk salah orang.orang itu sudah berpunya,jika diatidak berpunya pun aku rasakan mustahil dia pandang aku.aku ni hanya perempuan biasa.cantik pun tak,pandai pun tak,berduit pun tak.lelaki mendambakan seorang perempuan yang perfect dimata dan hati mereka.setakat aku?apa yang ada?gaya pun takde,kerja?lagilah belum ada.

So macam mana ni?macam mana aku nak lalui hari-hari mendatang aku.aku selalu berangankan dia.selalu berangan yang dia mesej aku,tanye aku tengah buatpe dan seterusnya selalu mesej.hm.tapi aku rasekan itu semua tersangat mustahil akan jadi.sangat.aku hanya mampu berdoa jela dan kuatkan hati.insyaAllah.

Layang-Layang

Assalamualaikum semua.malam ni rasa nak mengupdate blog.tapi malas nak berkata-kata.apa kata biar gambar yang berkata-kata.amacam?taknak?taknak sudah! harharhar.

Alkisah sempena Festival Layang-Layang antarabangsa yang baru je lepas minggu lepas.untunglah aku budak praktikal boleh terlibat.beruntung sangat :'( penat tapi best.tak tipu.























nak upload lagi,tapi macam malas :)


Aku


Amaran.ini amaran keras,dan mungkin ini adalah amaran sekeras-kerasnya.sebuah entri yang mungkin bosan untuk dibaca,dikarang oleh tuan blog ini dengan prinsip “ini blog aku,ada aku kisahkan orang lain?,aku kisahkan orang yang kisahkan perasaan aku.aku juga kisahkan perasaan mereka.bagi individu yang tidak sebesar zarah pun kisahkan perasaan aku diharap anda move out dari kawasan aku.eceh nampak tegang dan serious mukadimah aku kali ini =).oh no,anda dan anda tidak perlu gusar dan takut.sebab perwatakan aku bukanlah seorang yang serious,sapa yang dah kenal aku mesti korang happy punya.erkk?happy ke?mungkin mulut korang letihlah kot sebab aku ni jenis manusia yang banyak cakap,bila banyak cakap banyak gosipnya.tak kurang banyak juga dosa kering yang aku kutip.sungguh vangang.aku yang vangang bukan korang.aku sorang.aku mengaku.

Tapi sebaliknya dengan dosa kering dan dosa basah yang aku ada bukan menjadikan aku seorang hamba yang sentiasa ingin terus-terusan hanyut dibuai gelora keseronokan duniawi.aku bukan ingin mahu bermegah dengan dosa yang aku punya.ini hanya pengkongsian hidup.ini semua dunia.tidak sama sekali akan kekal.dunia sudah tua.sudah berjuta-juta,berbillion-billion hayat si bumi ini.namun sedarkah kita?sedarkah kita tentang kiamat.

Dahulunya sewaktu aku berumur dalam belasan tahun,aku ada tonton sbuah cerita yang bertajuk “kiamat sudah dekat”,cerita indonesia.pelakonnya juga semua pelakon indonesia.tapi aku hanya menonton tanpa memahami tajuk itu.aku tahu hari kiamat itu wujud.aku islam.

Tapi sejauh mana aku beriman dengan hari kiamat itu.i meant,kenapa aku takut dengan hari kiamat,kenapa aku takut masuk neraka,kenapa aku takut dengan siksaan kubur tapi sedangkan aku yang undang semua kemarahan Allah.Tuhan yang Maha Satu.kenapa?kenapa bibir takut tapi hati tidak?

note kaki: Entry akan bersambung..

Hitam

Assalamualaikum readers.untuk malam ini aku rajin untuk menaip entri lagi.kebiasaanya aku malas.tapi hati aku kala ini terasa berat,dan sukar untuk aku pendam sesorang.dan aku sangat perlukan seorang pendengar untuk mendengar masalah aku.seperti biasa siss qiqi adalah orang pertama yang akan tahu apa masalah aku jika ia berkaitan dengan hal-hal cinta monyet dan cinta babun aku ni.hmm masih cinta ke?aku tidak lagi bercinta tidak lagi mempunyai boyfriend,mungkin sampai bila-bila.dan entri kali ini hanya perkongsian hidup aku,tiada kaitan dengan orang lain.takde niat untuk memburukkan sesiapa selain aku.

Aku tak tahu kenapa,apa yang malangnya since aku start mengada-ngada bercinta ni aku belum jumpa lagi lelaki yang betul-betul ikhlas sayangkan aku.tiada.ada yang seminggu,ada yang dua minggu dah tamat riwayat hubungan kami.tapi ada dengan seorang tu membuatkan aku berangan-angan disiang hari,aku berangan yang kami boleh hidup bersama,kawin,ada family,ada anak,dan ada segalanya.ketika itu aku rasakan dialah yang terlalu sayangkan aku,aku juga begitu.namun,sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.aku yang terlalu bodoh dan naif percayakan dia,terlalu setia di Penang sedangkan dia disini boleh bersuka ria dengan pengganti aku.ianya sungguh mudah untuk dia cari pengganti aku.dan aku?sehinggakan sekarang hampir 2 bulan kami berpisah and truthly aku belum totally lupakan dia.sayang itu mungkin sudah tiada tapi,perasaan rindu masih tersisa dalam hati kecil aku.aku rindu dia.dia?nonsense aisha.bagi sebab kenapa dia perlu rindukan engkau sedangkan dia dah ada girlfriend yang boleh bahagiakan dia zahir dan batin.

Aku tahu dulu silap aku.aku bertaubat.manusia tak berhak hukum aku.hanya Allah berhak.dulu setakat berpegang tangan aku anggap biasa.bodohnya aku.rendahnya maruah aku.

Harini rindu pada insan itu kembali menusuk hati aku.kenapa?kenapa mesti rindu tu datang semula?tapi aku tak pernah merungut.itu adalah satu perasaan yang Allah kirimkan untuk aku.aku manusia.bukan binatang.tapi aku tak bagitahu dia yang aku rindukan dia.yela macam mane nak bagitahu lagi kan,number handphone dia jangan haraplah aku nak save lagi.fb dia pun aku unfriend.tapi kalau aku masih punya seua itu,aku tetap tidak akan bagitahu dia.rindu itu membuatkan aku kembali mengalunkan angan.'Tape' ingatan kami dulu aku singkap satu persatu.teringat pertama kali keluar jumpa,main bowling,tengok wayang.waktu kami terlalu mentah dalam hubungan tu.lama kelamaan kami menjadi mungkin 'matang' ke mungkin aku sahaja.kami bercinta jarak jauh.aku di Penang dan dia disini.

Kesetiaan aku yang jauh ini mungkin tidak cukup untuk dia.yela,lelaki mana suka berjauhan dengan pasangan dia,susahlah dia nak bermanja tahi kucing bagai tu semua.mungkin itulah satu sebabnya dia cari yang lain.itu yang aku berang dan marah sangat.macam mane aku di Penang boleh setia sedangkan dia tak boleh?

Tapi takpe,setelah apa yang aku baca tadi,aku lebih bersyukur sebab Allah putuskan hubungan kami,Allah tunjukkan dengan lebih details lagi bahawa dia bukan yang terbaik untuk aku.dan aku jga 'mungkin' bukan yang terbaik untuk dia.semoga dia dan kakak yang berumur 28 tahun kalau tak silap aku berbahagia cepat-cepat kawin dan bina hubungan yang sah.dunia sudah tua.mungkin esok lusa mungkin kiamat.siapa tahu?aku tak bermaksud yang aku baik,alim dan masuk syurga.tapi aku taknak dai terus-terusan buat salah.jauh dasar hati aku,aku sayangkan dia.aku taknak dia buat dosa dan silap yang teramat besar.




Bukan aku tak pernah buat salah dan dosa.tapi aku sedang cuba perbaiki.

Terima kasih kerana buat sayang macam ni,terima kasih juga untuk akak N sebab muncul dalam hubungan kami,sebab kalau akak tak muncul mungkin kami masih couple dan aku masih buat kesalahan.Alhamdulillah Ya Allah.aku akan pastikan tiada lagi lelaki akan jadi boyfriend aku tapi insyaAllah aku akan punyai suami yang soleh untuk bimbing aku.boleh terima kekurangan aku.

tiada manusia yang suci tiada kesalahan masa lampau.dan dengan kesalahan itu tak semestinya manusia iu tidak boleh berubah ke arah kebaikan melainkan diri diri sendiri yang tak nak mengubahkannya.

Mendung

Assalamualaikum semua.dan seperti biasa itulah yang aku akan mulakan untuk menaip dan membebel dalam blog ni.blog inilah yang aku rasakan paling setia mendengar segala apa yang aku rasa,tak kiralah aku rasa sakit hatikah,aku kecewakah,aku nak nangis ke,aku marah ke pokoknya semua yang ingin aku cerita disini blog tidak pernah mengabaikan aku,tak pernah walaupun sesaat untuk jauh dari aku dan dia sentiasa ada untuk aku luahkan segala apa yang aku rasa.dan sekarang perasaan yang aku sedang pikul kali ini adalah perasaan rindu.

Rindu yang mungkin menebal untuk hari ini kerana nana pun dah balik perthlis tapi sekejap!jangan salah anggap,aku bukan rindukan nana.kalau aku rindu pun sikitlah,biasalah rindu seorang kakak terhadap adiknya,walaupun dulu aku sellau bergaduh dengan dia,tapi semakin besar dah kurang bergaduh.dengan iti pun sama.kami bertiga perempuan.so lebih banyak berkompromi.lagi-lagi kalau ada rahsia pape.






hah kan dah semua gambar adik beradik aku upload untuk entri ni,takpalah kan :)

itu rindu buat adik-adik tapi untuk kali ini aku lebih mahu menceritakan yang aku terlalu rindukan seseorang manusia yang berjantina lelaki.siapakah?aku rindukan dia yang pernah suatu ketika dulu bertakhta dalam hati  aku paling dalam.lelaki itu juga pernah aku sayang buat suatu ketika dahulu,lelaki itu jugak pernah aku percaya 101 peratus tanpa sedikit pun curiga.ketika itu aku rasakan dialah superman,batman dan spiderman aku.aku hanyalah heroin didalam cerita,heroin yang sentiasa perlukan hero untuk menikmati kebahagiaan dan menerima kasih sayang daripada seorang hero.sayang seribu kali sayang,itu semua hanyalah sementara.

dimana kekurangan aku,aku tidak tahu.puas aku aku teliti.sedaya upaya aku mengagahkan diri untuk menjadi yang terbaik dan tersempurna untuk dia juga untuk hubungan kami kala itu.tapi manusia yang tidak mengenal erti syukur sering membutakan mata mereka.ereka sering butakan mata atau aku?bila aku fikirkan semula,rasanya seperti aku yang sering membutakan mata.dan aku rasa Allah tidak pernah lambat untuk memberi aku petunjuk.setiap kali aku menghadap Allah,setiap kali aku solat aku tidak pernah tertinggal untuk mendoakan kebahagiaan kami dulu.itu dulu.aku sering mohon petunjuk dari Allah.jika dia yang terbaik untuk aku engkau kekalkan hubungan kami,jauhkanlah kami dari maksiat.namun jika dia bukan yang terbaik engkau tunjukkanlah kepadaku.bukan untuk memburukkan dia,tiada sedikit pun terniat untuk memburukkan dia.tapi ini adalah pengajaran yang aku terima,yang aku dah lalui mungkin boleh dijadikan pengajaran untuk adik-adik yang lain.mak aku cakap,sebenarnya apa yang terjadi atas kakak adalah untuk mematangkan kakak lagi,mungkin lepas ni kakak boleh lebih berjaga-jaga dan jangan mudah percayakan orang lelaki,insyaAllah mak.

Aku bukan seorang yang baik,aku juga dahulu sering mengabaikan hukum-hukum,aku juga bukan seorang yang bodoh tapi aku lebih kepada membodohkan diri sendiri.mak ayah aku berhempas pulas mencari rezeki untuk bagi aku makan,pakai,sekolah,sekolah agama yang penting dan banyak lagi.tapi dalam tak sedar,aku dah sia-siakan tu semua.kesilapan aku bercouple adalah kesalahan aku yang paling besar aku buat pada diri aku sendiri.mungkin selepas ini tiada lai istilah couple untuk diri aku,semoga aku lebih beristiqomah untuk perubahan penampilan aku kala ini,semoga berterusan.kini aku sedang dalam percubaan untuk lebih menutup aurat dan bukan membalut aurat.sebenarnya dari dulu lagi aku nak kan perubahan seperti ini.mungkin masa tu aku masih bercouple.memang boleh aku berubah pada masetu cumanya aku takut tak tetap dan tak kuat.yela,kalau dah bercouple takan takde keluar jumpa kan?dah jumpa nak pergi tengok wayang pula,dah tengok wayang,jalan-jalan pula.tapi tu pucuk pangkal on diri memasing.kepada pasangan couple yang pandai jaga batasan tu aku tabik springlah tapi sedangkan bargayut memalam dengan lelaki bukan muhrim tu pun kita dah dapat dosa kecil,apatah lagi dengan suara manja yang melentok-lentok cakap dalam selimut.itu akulah dulu,bukan orang lain.aku sangat kesal,memang banyak sungguh dosa aku sepanjang aku hidup 20 tahun ni.subhanallah.





Mathematics

Rasanya dah lama jugak aku tak mengupdate blog.mungkin busy?mungkin ketiadaan idea untuk menulis dan membebel apa?ya ya ya you're right,memang aku busy,busy dengan latihan industri yang membosankan,yes!latihan industri sangat membosankan tapi nak buat camne kan?latihan industri adalah satu prosedur bagi pelajar Politeknik selesaikan sebelum mereka layak untuk mendapatkan segulung Diploma/Sijil.okay insyaAllah kalau takde aral melintang dan apa-apa halangan next year on june aku last semester.yehaaa!aku dah tak payah stay jauh dari keluarga,tak payah jauh dari johor,tak payah nak naik bus lelama,bangun tidur bangun tidur baru sampai.dah tak payah semua tu,aku dah tak payah nak fikirkan masalah kengkawan dekat sana.otak aku pun tak serabut beruk,asyik nak memikirkan benda yang ayam-ayam macam tu,ya tahap masalah yang aku alami pada semester lepas aku rasakan levelnya adalah pada paras ayam-ayam.maksud aku ayam-ayam disini adalah masalah yang sangat kecil tapi kerana berjauhan dari keluarga membuatkan hati aku kadang-kadang kecil dan kadang-kadang besar.aku pun jadi gembeng dan cengeng nak mampus bila jauh dari mak ayah,maksudnya bila aku dekat Penang.

ingat lagi mase semester 1,aku menangis-nangis call mak hanya disebabkan aku tension study math.buat pengetahuan korang yang membaca,aku adalah manusia yang kurang sangat kurang gemar dengan subjek mengira dan memerlukan pengiraan,aku tersangat benci.masa high school dulu pun aku memang tak boleh go dengan maths thats why aku tak amik add math.tapi Alhamdulillah dalam SPM aku lulus tu pun c saja,tapi aku bersyukur sesangat.sangat-sangat.thanks Allah.

tapi yang peliksnya bila aku continue study dekat politeknik dan aku rasa semua kos mesti ada maths kan?tak kiralah business kah,islamic banking kah,kalau engineering of courselah kena ada maths,nak jadi apa kalau takde maths harharhar.dan untuk kos it pun ada maths,tuptuptup bila lama kelamaan aku jadi minat dengan maths dan aku rasekan maths tu kacang goreng bila kita betul-betul faham dan minat.ya betul kata azie.aku ingat lagi kata-kata dia.masetu aku tanya dia,apa tips dia asyik DL setiap semester,wehh course dia tu bukan sengkek-sengkek course.dia amik course stastistik,budak-budak calculator,bebudak mathsian.azie memang dari sekolah dulu minat maths.dia kata maths senang,hmm senanglah sangat.aku dok punya give up sampai masa spm pun aku buat ala kadar je harharhar,aku dok toleh dia yang denag khusyuk menjawab soalan maths sampai tak angkat kepala.aku?aku setengah jam dah siap,dah boleh relax awal harharhar.kalau diingat balik,kalau aku jadi mak ayah dah lama aku tendang aku ni,pemalas taknak usaha langsung.tapi takpela aku still bersyukur sebab aku masih dapat tempat untuk study dekat poli,maths aku mase dekat poli pun masa sem 1 sem 2 takde yang corot pun semua lulus tanpa c .

 

Ini Aku


Setiap manusia pasti melakukan dosa apatah lagi remaja yang baru mengenal kehidupan. Aku juga remaja dan aku juga tidak terlepas dari melakukan dosa, pasti banyak dosa-dosa yang aku tidak sedari. Aku juga masih mentah untuk menghadapi dunia sebenar yang penuh dengan fatamorgana dan godaan syaitan yang meragut jiwa.
Setiap doa di dalam solat, seringkali aku berdoa agar diriku ini dijauhkan dari kemungkaran yang merosak akhlak dan jiwa. Aku sedar yang aku bukanlah remaja yang hebat, pandai, dan mendapat A dalam semua subjek. Aku hanyalah remaja biasa yang hanya belajar di sekolah biasa dan bergaul dengan rakan-rakan biasa.
Tetapi, aku berharap yang aku diberi laluan untuk menghadapi kehidupan yang lebih baik dengan bersekolah di sekolah agama dan berkawan dengan rakan-rakan yang luar biasa. Bukan aku tidak bersyukur dengan kehidupan yang Allah SWT berikan. Fitrah seorang manusia menginginkan kehidupan yang lebih baik.
Rakan-rakanku bukanlah berpendidikan tinggi atau mempunyai keluarga yang sempurna. Aku juga sama. Aku menulis artikel ini bukan untuk menunjuk atau meluahkan perasaan. Tetapi, Aku ingin menumpukan bahawa singnifikannya harapan dalam diri manusia dan diri aku. Di dalam hati, acapkali aku bertanya "Adakah diriku ini disayangi Allah?". Setiap kali hatiku menanyakan soalan itu, air mataku deras menitis. Aku mengaku yang diriku ini selalu kalah dengan godaan syaitan yang durjana. 

Di dalam solatku tidak putus-putus aku berdoa agar aku diberi petunjuk di jalan yang benar. Kadangkala, apabila aku ingin menjadi lebih baik, pasti akan dihujani dengan dugaan yang menjerihkan jiwa. 
"Ya Allah, Aku amat menyayangimu. Aku memohon kepada mu Ya Allah, Kau tunjukkanlah jalan yang lurus kepadaku."
Allah berfirman:
"(Mereka berdoa dengan berkata): 'Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya"
(Surah ali-Imran ayat 8)
FirmanNya lagi:
"Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): 'Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya'. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali'"
(Surah al-Baqarah ayat 285)
Allah berfirman lagi;
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): 'Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir'"
(Surah al-Baqarah ayat 286)
Allahuakbar, Allah Maha Besar. Sungguh ayat-ayatNya memberikan aku semangat. Kini, aku yakini walau pun tidak berpeluang untuk belajar di sekolah yang ku inginkan, namun aku percaya ilmu Allah itu Maha Luas. Di bumi Allah itu semuanya penuh dengan didikan hatta ujian itu juga adalah didikan jiwa yang boleh mendekatkan diri pada Allah. 
Aku percaya, bukan kerana dari mana kita bergraduasi.. Bukan bidang agama yang menentukan kita orang yang beragama tetapi sejauh mana kita mengamalkan apa jua yang kita pelajari. Samaada ilmu dunia atau ukhrawi, selagi mana ianya dihadam untuk tujuan akhirat, maka ianya akan memberi kebaikan kepada orang tersebut. 
Moga kita semua mendapat iktibar. Insyaallah. 
"Maka bersabarlah engkau (Muhammad) ata apa yang mereka katakan. Dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum terbena, dan bertasbihlah (pula) pada waktu tengah malam dan di ujung siang hari, agar engkau merasa tenang"
(Surah Taha ayat 130)