Kenapa kita sebagai manusia kita perlu makan?kenapa kita
perlu pakai baju?kenapa kita perlu bernafas?kenapa kita perlu
berak/kencing?kenapa kita perlu kerja?kenapa kita perlu belajar?.Rasanya kalau
aku terus-terusan tanyakan kenapa,aku rasa kematu jari aku menaip ni pun belum
tentu habis dan pasti tidak mencukupi ruang serta masa untuk bertanya
KENAPA?baiklah disini aku cuba untuk menjawab segala pertanyaan diatas dengan
jawapan aku,mungkin jawapan aku berlainan sedikit dengan jawapan-jawapan orang
lain.mohon maaf.
Baiklah.Pertama kenapa kita perlu makan?okay,kenapa korang
makan?hah,sebab lapar kan?ada ke orang yang makan sebab dia kenyang?hmm ada
juga segelintir begitu tapi sukar ditafsirkan kalau begitu.Antara dua samada
dia makan tak baca doa ataupun dia memiliki Hantu Raya ataupun Saka didalam
badan sebab tu walaupun kenyang still nak makan.hehehe =).tadelah aku hanya
bergurau,ada sesetengah orang yang dilahirkan dengan nafsu makan yang
tinggi.Jangan kata lelaki saja yang kuat makan,kaum perempuan juga tak kurang
hebatnya tau!macam aku :D.baiklah dipendekkan ceritanya,kita makan adlah untuk
mendapatkan tenaga untuk badan.
Kedua,kenapa kita perlu pakai baju?sebagai manusia yang
bertamadun,beradab sudah menjadi fitrah seorang manusia untuk mempunyai sifat
malu.sifat malu adalah lebih bernilai daripada wang ringgit.Dalam islam juga
ada menyuruh agar umatnya untuk menutup aurat dengan baik.
Ketiga.kenapa kita perlu bernafas.soalan yang agak “terlalu
pandai”.aku rasa aku tak perlu jawab.
Keempat.Kenapa kita perlu berak/kencing.Berak dan kencing
adalh satu proses yang terjadi di dalam badan kita.proses ini adalah proses
untuk membuang segala kekotoran segala bahan yang tidak kita perlukan lagi.
Kelima.kenapa kita perlu belajar?belajar juga ada dalam
tuntutan dalam agama islam.kita menuntut ilmu adalah kerana Allah.kita menuntut
ilmu untuk menjadikan diri kita sama seperti golongan bijak pandai yang
berilmu.kita menuntut ilmu agar kita tidak ditindas,ditipu oleh orang lain.kita
menuntut ilmu adalah untuk mengubah nasib keluarga dan membanggakan ibu Ayah
kita.
Last.kenapa kita perlu kerja?kalau hang tak kerja hang nak
makan apa?hang nak harapkan duit pak mak hang sampai hang mampuih?dakk kan?oleh
itu,selagi kita mempunyai tenaga yang kuat kita haruslah rajin untuk bekerja
mencari rezeki yang halal.mungkin bukan buat hang sorang ja,inshaAllah kalau
sudah berkawin,hah dah nak kena bagi anak bini hang makan.takan nak makan ikan
ja hari-hari.jadinya kerja rajin-rajin,kumpui duit banyak-banyak dari muda :D