Hala tuju hidup.Apa itu hala tuju?aku pasti kalian boleh
menjawabnya dengan jawapan yang tepat.Hala tuju hidup berkait rapat dengan apa
yang kita fokuskan,apa yang kita target untuk kita dapatkan dalam hidup mulai
sekarang sehingga usia sudah senja dan iitulah
yang bakal dijadikan bekalan ketika usia tua kita menjelma.waktu itu pastinya
kita sudah tidak punyai kudrat dan tenaga yang maksimum untuk bekerja mencari rezeki.
Masa sekarang ini adalah masa realiti kita,masa dimana kita
perlu merebut 1001 peluang yang rata-rata manusia seramai berpuluh juta billion
manusia juga mengaharapkan untuk mendapatkan peluang tersebut.Persetankan
peluang apa,yang penting peluan itu adalah peluang yang baik yang boleh
menyenangkan hati,kepala dan perut kita.
Usia muda ini bukan untuk dibazirkan dengan
enjoy,gumbira,lalok sampai pagi.bukan.manusia yang sebegitu adalah manusia yang
paling bangsat.manusia sebegitu adalah manusia yang tiada target dalam hidup.Usia
semuda kita sewajarnya kita pulun untuk kesenangan,kebahagiaan hari
mendatang.bila hari mendatang itu?hari mendatanglah,siapa yang tahu?tiada siapa
yang tahu.hanya Allah yang tahu,kerana dia yang merancang semua sketsa-sketsa
hidup kita.juga aku.
Target.Apa yang kau targetkan dalam hidup?Apa yang bakal kau
kecapi 2 tahun 10 tahun daripada sekarang?senang cerita,lepas SPM kau nak buat
ape?.Bagi yang dapat keputusan baik,semestinya ibu Ayah mahukan anak-anaknya
menyambungkan pelajaran.Sambung belajar di Universiti,Politeknik,mahupun
kolej-kolej yang punyai banyak peluang untuk pelajar yang mahu dan punyai niat
untuk menyambung pelajaran seperti aku.Tetapi tak salah juga bagi mereka yang tidak
mahu menyambungkan pelajaran.bagi aku lah.mungkin mereka punya sebab mereka
sendiri.Ada kawan sepermainan aku waktu kecil dulu.Haslina nama dia.mungkin
juga dia berasal daripada keluarga yang bukan dari golongan orang yang
senang.aku tak pasti,kerana aku paling tak suka menyibuk hal rumah orang,hal
keluarga orang.Setahu dan seingat aku,DI nama glamour si Haslina tu,dia sekolah
hanya sampai tingkatan 1 atau 2 tu pun aku confius.kurang ingat.aku cerita
bukan sebab nak bukak aib atau malukan dia sebab dia takde SPM.tapi aku ingin
ceritakan usaha dia,sekarang ni umurnya 20 tahun,sama seperti aku tapi dia
sudah mampu untuk membeli kereta.Kereta Alza.memang ada yang bakal mengata.”eleh
memanglah dapat pakai kereta tapi dia kerja kilang,penat,kena kerja
kuat,berdiri blablablabla”.tapi aku berani sangkal,daripada orang yang mengata
tu belajar setakat kemana,hutang PTPTN pun tak bayar lagi,kerja sudah?kalau
rezeki cepat,cepatlah kerja.kalau tak?mesti kau akan pergi kilang jugakan untuk
kerja?watdehek?
No comments:
Post a Comment