Pengalaman adalah guru kehidupan


Assalamualaikum semua,seperti biasa aku akan mulakan segala bebelan aku dibelog ini dengan basmallah,agar tiada gangguan dari syaitan yang dilaknat,tiadala unsur-unsur atau ada kata-kata yang kurang baik aku gunakan.insha Allah.berkait juga dengan cuti semester ini,masih lagi cuti sem,cuti sem,dan cuti sem *konon macam aku sorang yg cuti* okay sape yang tak suka boleh *angkat kaki dan menuju ke perigi buta*.yela memandangkan cuti sem ade lagi lebih kurang  2 3 minggu lebih sahaja lagi,dan selepas itu aku akan mula bertugas di Majlis Perbandaran Pasir Gudang untuk menjalani Praktikal disana.Alhamdulillah aku mendapat tempat untuk Praktikal yang dekat dengan rumah,dengan menaiki pengakutan awam dengan jarum  jam berputar  selama 15 20 minit aku sampai,bersiap sedia untuk berbakti.berbakti apakah?aku manalah ade pengalaman berkerja di office ni,aku ade pengalaman berkerja sebagai operator je disebuah kilang dahulu,itu pun suka-suka.tengok kawan-kawan semua berkerja,so aku pun taknak kalah.dan aku mendapatkan pengalaman yang sangat bernilai.tak terbeli dengan wang ringgit,kepenatan,keperitan.yola cuba engkau bayangkan,kerja 12jam dan tanpa duduk,sedangkan kita dengar lecturer membebel 2 3 jam je dihadapan sambil duduk pun dah letih macam kekurangan darah.oleh kerana terlalu penat,aku selalu mengadukan nasib aku dekat ayah,dan ayah pun berkata “korang dah tahu kan penatnya macam mane?habistu korang nak kerja kilang sampai tua?sebab itulah ayah suruh korang belajar pepandai,dapat kerja bagus-bagus.tapi korang taknak dengar,korang degil” *okay part tu aku kurang gemar untuk dengar*.aku bukan degil,aku tak degil.cumanya aku sering lalai,lalai dengan handphone,boyfriend-boyfriend *konon*.salah satu keburukan memiliki handphone seperti inilah,bila ada handphone kita akan selalu main mesej,dengan sape-sape pun layan.lagi-lagi adik-adik yang baru nak naik tu.mulalah gatal satu badan.okay tak dinafikan aku pun dulu macam tu,ketika berada di tingkatan 1 tapi tadelah tahap gatal yang kritikal,masih boleh diubat.

berbumbungkan atap,beralaskan mozek

Assalamualaikum semua,home sweet home.ketika ini,saat ini aku mengupdate belog ni aku sudah pun berada dirumah yg tercinta yang sekian lama aku telah tinggalkan untuk merantau ke negeri orang demi menuntut ilmu,jika ditanya ilmu apakah yang aku tuntut sampai jauh berbatu ke utara,maka aku dengan tiada segan dan silu mengatakan aku menuntut ilmu IT networking dan aku hanya belajar di sebuah politeknik sahaja.kadang2 hati ini mesti terburuk sangka,aku akan buruk terhadap orang yang bertanya,bagi aku soalan itu seakan mengejek aku,yela konon belajar jauh2 ingtkan belajar dekat USM,UITM dan sebagainya tetapi sebaliknya aku hanya pelajar Politeknik seberang perai.dan hampir 2 tahun aku menuntut disana.pada mulanya aku agak keberatan untuk pergi,yela.mane tidaknya,semasa tingkatan 5 aku terlalu berangan dan mempunyai impian untuk menyambung pelajaran ke Universiti terkemuka negara.tapi rezeki tidak menyebelahi aku,aku memang tiada hak untuk menyalahkan sesiapa,lagi2 untuk menyalahkan NASIB.pucuk pangkal segalanya bermula dari aku,memang rezeki manusia dikurniakan Allah,tetapi kita sebagai hambanya yang mempunyai akal dan fikiran berserta tulang empat kerat ini,sepatutnya kita berusaha sebanyak boleh,bukan hanya menyebut REDHA dan TAWAKAL.perkataan itu diharam untuk digunakan jika tiada USAHA.usaha adalah segalanya berserta doa menjadi sampingan.jika USAHA dan DOA seiring dan sejalan,maka insha Allah ade ganjaran yang besar untuk kita.berbalik kepada kisah aku semasa tingkatan 5,aku seorang yang mempunyai impian yang besar untuk berjaya,tetapi malangnya,usaha aku kurang dan doa pun kekurangan,maka aku hanya dapat keputusan hanya cukup2 makan,cukup makan pun untuk 2 hari,itu pun tak mewah,huhu :D .bila permohonan aku untuk ke Universiti tidak diterima,barulah airmata kekesalan mengalir,tetapi saat itu,tiada berguna lagi.semuanya sudah berlalu.tetapi aku bersyukur kerana nama aku sudah tersenarai untuk menyambung pelajaran di politeknik,aku tahu mesti ramai diluar sane,memandang rendah kepada student politeknik,right?betulkan aku kalau aku ada tersalah,majoriti diluar sane mementingkan nama,yela bila ditanya,"belajar dimana?,belajar di U tu,U ni,dan sebagainya".tetapi hakikatnya,bagi aku,belajar dimana-mana pun sama,yang penting adalah diri sendiri.soal kualiti pengajaran dan pembelajaran juga bukan menjadi faktor dan sebab utama untuk kita soalkan.bak pepatah"masuk kandang kambing kita mengembekkkk,masuk kandang harimau kita mengaummm *maaf jika salah,hoho*,kesimpulanya,diri sendiri yang memainkan peranan yang penting untuk menjadikan diri berkualiti.

usaha,doa dan tawakal.itu adalah kunci bagi sesebuah kejayaan,walaupun aku masih belum boleh dikatakan berjaya tetapi itulah kunci yang sentiasa dan insha Allah akan aku pegang sehingga bila2.keputusan final exam semeser 3 aku akan keluar pada bila2 mase,aku pun tak pasti.memang berdebar gila wa cakap lu,ape2 pun aku tawakal,sebabnya aku dah berusaha,aku berdoa.so,ape2 pun aku terima,walaupun susah nak terima kalau ada repeat.tersangat takut,kalau2 semester ni aku menghampakan Ayah dan Emak :(

now im at home ! home sweet home maa ;)



p/s : maaf jika penulisan aku diatas macam bajek2 bagus ;)

Daulat Tuanku !

 Happy birthday King of Johor! Daulat Tuanku! 

                 


berdiri tegak dan tangan disisi,kita akan menyanyikan lagu negeri johor :)

Allah peliharakan Sultan
a'Nugerahkan dia
segala kehormatan
sihat dan ria
kekal dan makmur
luaskan kuasa
naungkan kami
rakyat dipimpini
berzaman lagi
dengan merdeka bersatu hati

Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan


Selamatkan saudara saya !

Assalamualaikum semua,tak jawab dosa,jawab sayang hihi *tiru tagline kak Maria Elena* sape tu??uollss tak kenal?pergh memang tak patutla kalau tak kenal blogger famous tu,tak patut,tak patut.

Ape isu dunia yang paling besar buat mase sekarang ni  korang jangan taktau pulak tentang isu si israel laknat tu tengah mengganas macam celaka dekat negara saudara islam kita di Palestine,kalau ade yang taktau aku sarankan korang duduk dalam hutan dalam gua yang takde tv,takde surat khabar,yg takde internet.kesian aku tengok kanak-kanak,kaum wanita dan semua la yang menjadi mangsa si laknat tu,kenapalah dorang kejam sangatkan?

sedikit sebanyak sejarah Israel jahanam tu :


"Siapakah bangsa Yahudi ini ?? Menurut kajian sejarah yang berdasarkan penggalian arkeologi dan lembaran-lembaran kitab suci, awal bangsa Yahudi mempunyai hubungan rapat dengan kisah nabi Ibrahim AS yang berlaku sekitar 3800 tahun yang lalu atau 1800 tahun SM. 
Tafsir Al-Qur'an menunjukkan bahawa Ibrahim AS tinggal di daerah Palestine yang dikenali sekarang sebagai Al-Khalil (Hebron) dan beliau tinggal di sana bersama Nabi Luth (QS, 21:69-71).

Anak nabi Ibrahim adalah nabi Ismail dan nabi Ishak kemudian anak nabi Ishak adalah nabi Yaakub, kemudian dari keturunan 12 anak nabi Yaakub inilah yang dikenali sebagai 12 suku Israel.

 

Anak bongsu nabi Yaakub AS adalah nabi Yusuf AS, yang terkenal dalam sejarah, setelah ditinggalkan di dalam telaga di padang pasir oleh abang-abangnya, akhirnya menjadi kepala bendahara negeri Mesir.


Kemudian ayahnya, nabi Yaakub, serta abang-abangnya mengikut nabi Yusuf AS ke Mesir dan hidup damai di sana sampai suatu hari Firaun yang berkuasa memperbudakkan (menjadikan hamba) keturunan mereka yang dikenal dengan bani Israel.

Kerana kekejaman Firaun yang tak terkira terhadap bani Israel, Allah SWT telah mengirim nabi Musa AS masa itu, dan memerintahkannya untuk membawa bani Israel keluar dari Mesir.

Musa AS dan kaumnya meninggalkan Mesir, dengan pertolongan mukjizat Allah, sekitar tahun 1250 SM.

Mereka tinggal di Semenanjung Sinai dan timur Kanaan (Palestine), dalam Al-Qur'an, nabi Musa memerintahkan Bani Israel untuk memasuki Kanaan, (Qur'an, 5:21).

Setelah nabi Musa AS wafat, bangsa Israel tetap tinggal di Kanaan. Menurut ahli sejarah, nabi Daud AS menjadi raja Israel dan membangun sebuah kerajaan berpengaruh.

Selama pemerintahan anaknya nabi Sulaiman, batas-batas Israel diperluas dari Sungai Nil di Selatan hingga sungai Eufrat di negara Siria sekarang di utara.

Ini adalah sebuah masa gemilang bagi kerajaan Israel dalam banyak bidang, terutama senibina. Di Baitul Maqdis (Jerusalem), nabi Sulaiman membangun sebuah istana dan biara yang luar biasa.

Setelah wafatnya nabi Sulaiman, Allah SWT mengutus ramai lagi nabi kepada Bani Israel meskipun dalam banyak hal bani israel tidak mendengar perintah para nabi, membunuh mereka dan mengkhianati Allah.

Setelah kematian nabi Sulaiman, kerajaan bani Israel (yahudi) berpecah, di utara Israel dengan ibukota Samarria dan Di Selatan Juda dengan ibukota Baitul Maqdis (Yerrusalem).

Dengan berlalunya waktu, suku yahudi jatuh di bawah Assyurria dan Babylon atau pergi ke Mesir sebagai pelarian.

Ketika raja Perrsia Kyros tahun 539 SM mengizinkan orang Yahudi kembali dari pelarian mereka, banyak orang Yahudi yang tidak kembali, di sinilah mulainya Diaspora, penyebaran bangsa Yahudi ke seluruh dunia.

Pada tahun 63 SM Juda dan Israel jatuh ke tangan orang Romawi dan tahun 70 SM berjaya menghancurkan pemberontakan Yerusalem dan menghancurkan biara dan Juda.


Awal terbentuknya Israel

Setelah itu orang Yahudi hidup dalam pelarian, sehingga zaman khilafah Othmaniyah barulah orang Yahudi dapat merasakan kehidupan yang damai dengan membayar pajak perlindungan kepada kerajaan Othmaniyah.


Akhir abad ke 19, ditunjangi oleh Jewish Colonization Assocation Baron Hirsch, Yahudi dari Eropah Timur berpindah ke Argentina dan membentuk Kolonialisme pertanian, untuk kembali ke Palestine bermula tahun 1881.

Kronologi penubuhan Israel adalah seperti berikut;


1896 Theodor Herzl Yahudi kelahiran Budapest meengasaskan pembentukan Negara Yahudi moden. Tujuannya untuk menuntut dan membuat negara untuk orang Yahudi di Palestine, disokong oleh wang hasil sumbangan dari seluruh orang Yahudi di dunia. Herzl ini juga dikenal pendiri zionisme, yang juga tidak disetujui oleh orang Yahudinya sendiri.

1914 Di Palestine tinggal 1200 orang Yahudi. Setelah kekalahan khilafah Othmaniyah dalam perang dunia pertama, Palestine menjadi bola permainan para penjajah dan para Zionis ada di sisi British dan Amerika.

1917 Tanggal 2 November menteri luar British Lord Balfour menandatangani Deklarasi Balfour untuk membangun negara yahudi. Sebulan kemudian masuklah tentera British ke Baitul Maqdis (Jerusalem).

1920 Gabungan Negara-negara menyerahkan mandat Palestine kepada British. Akibatnya datanglah 75.000 lagi orang Yahudi ke Palestine. Negara-negara Arab tidak menyetujui didirikannya negara Yahudi di Palestine.

1922 Transjordania dipisahkan dari daerah mandat. Sebagai perwakilan orang Yahudi dibuatlah Jewish Agency. Di tahun itu lebih kurang 80.000 orang Yahudi tinggal di Palestine

1933 Di Jerman berlaku penghapusan etnik Yahudi secara sistematik oleh Rejim Hitler.

1936 Masyarakat Arab menentang politik masuknya orang Yahudi ke Palestine tapi orang Yahudi dibantu oleh tentera Inggeris.



(Gambar Atas kanan - Peta Palestine tahun 1946 sebelum peristiwa Nakba )



1937 Sesudah pemerintah Mandat membatasi imigrasi dan pembelian tanah oleh orang Yahudi, timbullah ketegangan yang dilakukan oleh organisasi bawah tanah Yahudi terhadap orang Inggeris.
  
1939 Pendidikan sebuah brigade Yahudi untuk memasukkan orang Yahudi ke Palestine

1945 Suruhanjaya Inggeris Amerika menganjurkan penerimaan 100,000 orang Yahudi di Palestine, tapi kemudian ditolak oleh Inggeris sehingga menyebabkan rusuhan di antara Yahudi - Palestine.

1947 UNO menganjurkan pemisahan Palestina dan pembentukan negara Yahudi dan Arab. Perang antara Yahudi dan Arab menghindarkan dilanjutkannya rencana itu.

1948 Inggris mengakhiri Mandatnya atas Palestine dan pada 14 Mei meninggalkan Palestine. Tentera Yahudi memasuki Palestine dan mengusir orang Palestine yang didukung oleh negara-negara Arab. Di hari yang sama Ben Gurion mengisytiharkan kemerdekaan Israel di kota yang dibentuk mereka, Tel Aviv, sehingga kemudian menyebabkan perang hari pertama Timur Tengah.
  
1949 Setelah perang, Israel memenangi peperangan dan bangsa-bangsa bersatu mengakui Israel sebagai sebuah negara.



(Gambar kiri - Peta pembahagian Palestine oleh PBB pada 1947 - Palestine berwarna Hijau)



Bagi memahami persoalan Palestin secara yang lebih mendalam, boleh Menelusuri Sejarah Baitul Maqdis


First Qibla - Bait-al-Maqdis (Al-Aqsa):

AT THE HEART OF JERUSALEM is the Al-Aqsa mosque or Al-Haram Ash-Shareef (The Noble Sanctuary). It is the third most sacred mosque in the world (after Masjid al-Haram in Makkah and Masjid Nabawi in Medinah), enclosing over 35 acres of fountains, gardens, buildings and domes. At its southernmost end is al-Aqsa Mosques, which was built by Khalifa Omar Bin Al-Kattab in the year 19 Hijri. At its center is the celebrated Dome of the Rock. The entire area is regarded as Baitul-Maqdis or Al-Qudus and comprises nearly one sixth of the walled city of Jerusalem. In the picture on the left, the following are identified:


-->Bertanda Hijau - Masjid al-Qubbatus-Sakhra (The Dome of the Rock)
-->Bertanda Merah - Masjid al-Aqsa (The Farthest Mosque)
-->Bertanda Biru Muda - Al Madrasa An-Nahawiah
-->Bertanda Biru - Al Musalla Al-Marwani


Gambar Bawah - Propaganda Israel - Kuil yang akan menggantikan al-Aqsa




Kalau aku diizinkan Tuhan untuk pergi ke Palestine sebagai sukarelawan aku sanggup,seriously sanggup.tapi ape yg mampu aku buat?ape yg mampu aku tolong untuk dorang?aku takde kuasa nak arahkan si laknat tu berhenti serang dengan bom dorang tu,aku takde senapang,meriam dan sebaganya untuk membalas serangan dorang balik,tapi aku ade Allah,umat islam ade Allah Yang Maha Besar,Maha Berkuasa,Dialah Yang Satu tempat umat islam berteduh,meminta pertolongan.

"Ya Allah ya Tuhanku,kau berilah kekuatan kepada saudara seislam ku di Palestine".hanya Doa sahaja yang aku mampu untuk tolong untuk awak semua,semoga awak semua disana sentiasa kuat.bersabarlah,awak semua menderita di dunia yang sementara,tapi yakinlah awak semua akan bahagia dan damai selamanya didalam Syurga selamanya :) SubhanAllah .

                         


MK's friendship never end

Assalamualaikum semua,selamat kembali untuk aku sendiri sebabnya memang seingat aku dah lame aku tak mengupdate belog,ape lagi nak menyolek-yolek kan?tak macam korang-korang,aku tabik spring pring pring sangat2 sebab rajin berblogging ni,okay dulu aku pun rajin sebenarnya  nak mengupdate,lagi2 mase zaman sekolah dan zaman Giatmara dulu,tapi bila dah jejak kaki kat kaki dekat politeknik seberang perai ni,terasa diri ni sibuk sangat,mengalahkan Datin sri Rosmah mansor,haha.*okay tu berangan lebih*.terlalu sibuk dengan esaiment yg menimbun,dengan kuiz dan test yg kadang2 buat aku tension.okay sebenarnya takdelah terlalu tension sangat,aku sendiri yg membuatkan benda tu menjadi tension,yela bila belajar last2 minit,lepastu tak dapat jawab,mulalah lepastu dapat markah rendah,lepastu mula nak menyesal tapi masa tu memang tak gunala kan?tapi takpe,itu semua patut aku terima sebabnya salah diri sendiri,bukan salah orang lain,ape nak buat?terima jela kan?Redha :)

semester 3 telah pun menutup tirai,masa begitu pantas berlari sampai tak sedar,sekejap je dah habis semester 3,semester 3 adalah semester yang penuh dengan asam garam,*sorry ayat sastera sangat*.terlalu banyak garam menjadikan hidup ini masin,terlalu manis membuatkan hidup ni teralu manis sampai kena kencing manis,kadang-kadang keadaan sebeginilah yg bagi kita 1001 kenangan yg mungkin kenangan manis,mungkin juga kenangan pahit.bagi aku,semester 3 inilah yg mengajar aku untuk lebih menjadi matang,*sometimes*.ape2 pun yang berlaku semester 3 ni aku nak lupakan,aku anggap benda tu tak pernah jadi,aku anggap aku tak pernah lalui,dan aku tak pernah kenal dengan kau orang, semoga kau bahagia dengan cara kau :)

okay stop cerita benda yang tak penting,bukan untung ape pun cerita pasal tu kan?pedulikan,pedulikan :).okay marilah kita sambung bercerita,tapi cerita ni sedih sikit sebabnya baru aku nak kenal erti kawan sejati,kawan yang betul2 ade untuk aku bila aku nak nangis,bila aku nak ketawa.since aku habis sekolah,aku  memang dah takde kawan rapat,aku lebih selesa kawan dengan semua orang,open.tapi taktau pulak ade orang yg terasa dengan aku,bila aku rapat dengan Ika,aku tak pernah kisah dengan siapa kawan2 aku nak berkawan,walaupun dia kawan selalu dengan aku ke ape ke,sebab bagi semua ada hak sendiri nak berkawan dengan siapa,sedangkan mak ayah kita pun tak larang kita nak berkawan dengan sape,asalkan jangan berkawan dengan orang yg tak baik,tapi kenapa bila aku rapat dengan Ika ade orang jeles?OMG!!ape kepeliknya la,aku pun tak paham--'/ ,tapi lagi menyedihkan bila aku dah rase rapat dengan ika,dia pulak nak pergi,nak pergi tinggalkan kami the MK's ,aku memang taknak dia pergi sebenarnya,gila kau,dah semester 3 kot,dah nak final exam pulak tu,semester 4 pergi LI,sem 5 6 kita habis belajar,konvo reramai tapi dari ape yg kau cerita mak ayah kau happy sangat bila kau dapat SPA tu,aku memang tak boleh nak cakap ape lagi,aku boleh menangis je dalam hati.seriously,aku nangis tau,kadang2 aku nangis mase solat,tapi bukan aku sorang je sedih,MK's yg lain pun sedih jugak,lagi2 farah. takpelah,yg penting kau bahagia,kami sentiasa doakan kebahagiaan kau :)

dulu kawan aku lain,sekarang sahabat aku lain.kawan dengan sahabat ade perbezaan yg mungkin susah kita nampak,sahabat yg selalu ade untuk kita mase susah dan senang,nangis dan ketawa,bukan penting kan dri sendiri semata-mata,patut ke mcam tu nak digelar kawan?ye memang betul macam ape yg aku ckp,kalau duduk dekat memang selalu bau busuk,kalau jauh barulah ade wanginya sikit,bila dekat kita tahu mcam mane perangai orang tu kan?tu yg kadang2 meluat kan?sorry kalau perangai aku ade buat au meluat,tapi kau jgn lupa,kau pun banyak buat aku meluat dengan perangai kau,yela aku kan jahat macam kau ckp dekat kawan aku "kau tak kenal echa lagi macam mane,nanti korang kenal la",bajek kau baik sangat?perangai pun mcm hareee,kenapalah aku tak kenal perangai kau mcmtu dari dulu ya?OKAY FINEEE ! huhu..past is past,takde guna nak dikenang cerita yg lepas kan3?now aku ade kawan2 yg boleh ade untuk aku susah dan senang,Insha Allah.walaupun mcam2 perangai ade,tapi aku seronok kwn dengan korang MK's :)

aku bakal merindui korang MK's :*








Study week

*jadual final exam for this semester,hope i can do the best insyaAllah :)


*Good luck to my girls friends, the blue hijab its me,hoho,the brown hijab is Nazihah ofcourse la,because die sangat rajin study,pink hijab is..*guess who?* hihi,ofcourse la Farah dengan body shape yg agak 'kecik',green hijab i dont know who,and maybe Aten?ngee tapi die tak guna speck,and the last one is Siham ,comel right?


*Minggu study week juga adalah minggu terakhir untuk Ika stay,sebabnya die dapat SPA.sedih sgt die nak pergi,tapi kalau tu dah keputusan die,dah tu yg parents die nak,aku,kami boleh buat ape kan?hope die berjaya dalam setiap ape yg die kerjakan.
*WARNING : jangan berani kau lupakan aku*