Assalamualaikum semua,seperti biasa aku akan mulakan
segala bebelan aku dibelog ini dengan basmallah,agar tiada gangguan dari
syaitan yang dilaknat,tiadala unsur-unsur atau ada kata-kata yang kurang baik
aku gunakan.insha Allah.berkait juga dengan cuti semester ini,masih lagi cuti
sem,cuti sem,dan cuti sem *konon macam aku sorang yg cuti* okay sape yang tak
suka boleh *angkat kaki dan menuju ke perigi buta*.yela memandangkan cuti sem
ade lagi lebih kurang 2 3 minggu lebih
sahaja lagi,dan selepas itu aku akan mula bertugas di Majlis Perbandaran Pasir
Gudang untuk menjalani Praktikal disana.Alhamdulillah aku mendapat tempat untuk
Praktikal yang dekat dengan rumah,dengan menaiki pengakutan awam dengan jarum jam berputar selama 15 20 minit aku sampai,bersiap sedia untuk
berbakti.berbakti apakah?aku manalah ade pengalaman berkerja di office ni,aku
ade pengalaman berkerja sebagai operator je disebuah kilang dahulu,itu pun
suka-suka.tengok kawan-kawan semua berkerja,so aku pun taknak kalah.dan aku
mendapatkan pengalaman yang sangat bernilai.tak terbeli dengan wang
ringgit,kepenatan,keperitan.yola cuba engkau bayangkan,kerja 12jam dan tanpa
duduk,sedangkan kita dengar lecturer membebel 2 3 jam je dihadapan sambil duduk
pun dah letih macam kekurangan darah.oleh kerana terlalu penat,aku selalu
mengadukan nasib aku dekat ayah,dan ayah pun berkata “korang dah tahu kan
penatnya macam mane?habistu korang nak kerja kilang sampai tua?sebab itulah
ayah suruh korang belajar pepandai,dapat kerja bagus-bagus.tapi korang taknak
dengar,korang degil” *okay part tu aku kurang gemar untuk dengar*.aku bukan
degil,aku tak degil.cumanya aku sering lalai,lalai dengan
handphone,boyfriend-boyfriend *konon*.salah satu keburukan memiliki handphone
seperti inilah,bila ada handphone kita akan selalu main mesej,dengan sape-sape
pun layan.lagi-lagi adik-adik yang baru nak naik tu.mulalah gatal satu
badan.okay tak dinafikan aku pun dulu macam tu,ketika berada di tingkatan 1 tapi
tadelah tahap gatal yang kritikal,masih boleh diubat.