berbumbungkan atap,beralaskan mozek

Assalamualaikum semua,home sweet home.ketika ini,saat ini aku mengupdate belog ni aku sudah pun berada dirumah yg tercinta yang sekian lama aku telah tinggalkan untuk merantau ke negeri orang demi menuntut ilmu,jika ditanya ilmu apakah yang aku tuntut sampai jauh berbatu ke utara,maka aku dengan tiada segan dan silu mengatakan aku menuntut ilmu IT networking dan aku hanya belajar di sebuah politeknik sahaja.kadang2 hati ini mesti terburuk sangka,aku akan buruk terhadap orang yang bertanya,bagi aku soalan itu seakan mengejek aku,yela konon belajar jauh2 ingtkan belajar dekat USM,UITM dan sebagainya tetapi sebaliknya aku hanya pelajar Politeknik seberang perai.dan hampir 2 tahun aku menuntut disana.pada mulanya aku agak keberatan untuk pergi,yela.mane tidaknya,semasa tingkatan 5 aku terlalu berangan dan mempunyai impian untuk menyambung pelajaran ke Universiti terkemuka negara.tapi rezeki tidak menyebelahi aku,aku memang tiada hak untuk menyalahkan sesiapa,lagi2 untuk menyalahkan NASIB.pucuk pangkal segalanya bermula dari aku,memang rezeki manusia dikurniakan Allah,tetapi kita sebagai hambanya yang mempunyai akal dan fikiran berserta tulang empat kerat ini,sepatutnya kita berusaha sebanyak boleh,bukan hanya menyebut REDHA dan TAWAKAL.perkataan itu diharam untuk digunakan jika tiada USAHA.usaha adalah segalanya berserta doa menjadi sampingan.jika USAHA dan DOA seiring dan sejalan,maka insha Allah ade ganjaran yang besar untuk kita.berbalik kepada kisah aku semasa tingkatan 5,aku seorang yang mempunyai impian yang besar untuk berjaya,tetapi malangnya,usaha aku kurang dan doa pun kekurangan,maka aku hanya dapat keputusan hanya cukup2 makan,cukup makan pun untuk 2 hari,itu pun tak mewah,huhu :D .bila permohonan aku untuk ke Universiti tidak diterima,barulah airmata kekesalan mengalir,tetapi saat itu,tiada berguna lagi.semuanya sudah berlalu.tetapi aku bersyukur kerana nama aku sudah tersenarai untuk menyambung pelajaran di politeknik,aku tahu mesti ramai diluar sane,memandang rendah kepada student politeknik,right?betulkan aku kalau aku ada tersalah,majoriti diluar sane mementingkan nama,yela bila ditanya,"belajar dimana?,belajar di U tu,U ni,dan sebagainya".tetapi hakikatnya,bagi aku,belajar dimana-mana pun sama,yang penting adalah diri sendiri.soal kualiti pengajaran dan pembelajaran juga bukan menjadi faktor dan sebab utama untuk kita soalkan.bak pepatah"masuk kandang kambing kita mengembekkkk,masuk kandang harimau kita mengaummm *maaf jika salah,hoho*,kesimpulanya,diri sendiri yang memainkan peranan yang penting untuk menjadikan diri berkualiti.

usaha,doa dan tawakal.itu adalah kunci bagi sesebuah kejayaan,walaupun aku masih belum boleh dikatakan berjaya tetapi itulah kunci yang sentiasa dan insha Allah akan aku pegang sehingga bila2.keputusan final exam semeser 3 aku akan keluar pada bila2 mase,aku pun tak pasti.memang berdebar gila wa cakap lu,ape2 pun aku tawakal,sebabnya aku dah berusaha,aku berdoa.so,ape2 pun aku terima,walaupun susah nak terima kalau ada repeat.tersangat takut,kalau2 semester ni aku menghampakan Ayah dan Emak :(

now im at home ! home sweet home maa ;)



p/s : maaf jika penulisan aku diatas macam bajek2 bagus ;)