Mimpi

Malam tadi aku bermimpi,mimpi tu buatkan aku tak boleh tidur lena.kejap-kejap terjaga,dan aku duduk sambil garu-garu kepala dengan rambut yang mungkin ala-ala kak limah.mata aku tak boleh angkat dek sebab terlalu ngantuk.yela,kau bayangkan dalam pukul 3 pagi aku boleh terjaga.tapi bukan pukul 3 pagi tu je,aku tak pasti pukul berapa seterusnya aku tersedar.

Kenapa mimpi tu boleh buatkan aku tidur tak lena.lama aku berpikir,itu bukan mimpi yang indah bukan juga mimpi yang best dimana aku dilamar atau dingorat oleh Abang tu.tapi yang pasti dalam mimpi aku tu ada Abang tu,aku tak pasti apa motif dia muncul dalam cerita mimpi aku malam tu.kenapa dia muncul?kan best apa yang dalam mimpi tu jadi kenyataan.

Kenapa aku boleh mimpi dia?kenapa aku tak mimpikan orang lain?mungkinnnnnnnnnnnnnnnn,aku terlalu ingat dan berperasaan dekat dia kot.kotlah!

Aku memang macam ni,sentiasa terperasaan lebih.aku taknak perasaan lebih macam ni tapi aku manusia yang punyai perasaan aku bukan binatang yang takde perasaan.maaf,aku bukan anak patung yang tiada perasaan.aku manusia yang diberi nama sebagai Siti Nur Aishah manusia yang berjantina perempuan,yang berperasaan dan yang lain-lain.bila aku minatkan seseorang aku akan setia meminati,bila aku sayangkan seseorang aku akan jujur dan terus menyayangi tanpa secubit cas curang.itu aku.walaupun aku minat Abang tu daripada jauh dan maybe ia hanya angan-angan but its okay.mungkin bukan jodoh =)

Aku tak terlalu fanatic sangat meminati abang tu,cumanya aku sellau teringatkan dia.ini amat poyo! I don’t know why,this feeling its killing me.

Dan abang tu yang menyerabut hadir dalam mimpi aku.yang buatkan tidur aku tak lena.

"Ya Allah,jika benar perasaan ini dekatkan dan jauhkan kami dari maksiat.Namun,jika bukan yang terbaik untuk aku,maka jauhkan"

Allah sentiasa dengar doa aku.segala yang berlaku yang Allah tunjukkan pada aku,aku lebih redha untuk terima.

walaupun abang tu belum dan bukan pun jadi boyfriend or pape tapi tak salah aku berdoa mintak petunjuk dari Allah.

Ini adalah entry yang aku sendiri "Eh betul ke kau ni cha?" (\m/)

Entry awal tinggalkan LI

Memang betul kata orang dulu-dulu

 “belum cuba belum tahu” “tak kenal maka tak cinta”

Tapi kalau tang yang “tak kenal maka tak cinta” tu orang muda terlampau kreatif dan peka terhadap sekeliling dan apa yg kami harungi,lantas menukarnya kepada 

“tak kenal tak cinta dah kenal macam haram J”.

very shit.sorry atas kemencarutan aku.

Aku taknak membebel mengarut pasal cinta,sebabnya sekarang ni aku rasakan yang cas-cas cinta kasih saying lentok-lentok,anje-anje tu semua takde dalam diri.yang hanya adalah cas elektrik yang aku masih rasakan sebab pagi tadi aku terkena elektrik,terperanjat woohh aku piker aku dah off semua suis computer so dah takdelah elektrik tapi still ada pada cpu.maybe power supply dia problems that why hanya pada power supply dia ja yang berelektrik.cewahh aku belagak macam hebakk je pasal computer.bolehlah daripada tak boleh.

Sebenarnya nak cakap,yang hamper sebulan je lagi aku nak habiskan LI aku.yup!aku mengaku yang aku tak sabar,sangat tak sabar nak habiskan LI ni.aku rindu Penang,aku rindu Poly,aku rindu Mk’s walaupun depa semua tak rindu aku tapi aku tetap rindukan dorang semua.selain tu juga,aku tak sabar nak habiskan pengajian aku dekat sana,aku nak stay terus dekat johor malas nak bermaustatin disana sini.dan paling penting aku tak sabar nak kerja,yeahhh tak sangka aku dah nak masuk alam bekerja.rasanya baru semalam aku amik SPM :D

Abaikan semua tu.dalam hidup ada suka ada duka.same macam apa yang aku lalui sepanjang LI dekat mppg.memang tak dinafikan sangat-sangat bagi aku pengalaman yg beharga dan sangat beharga.aku dapat jumpe ramai orang,orang yang lebih berumur dari aku dan dari bebudak dekat poly tu.kat situ jugak aku dapat belajar macamne nak hormat dorang.tapi aku bukan manusia yang baik,sebabnya aku akan hormat pada sesiapa yang hormatkan aku,aku tak suka orang pandang rendah dekat aku.tapi demi menuntut ilmu aku tak kisah akak dan staff dekat ofis aku pandang rendah,sebab aku pun mmg masih mencari dan meminta ilu dari dorang.yang aku kurang gemar bila ada staf daripada bahagian lain yang lebih2,hok tu aku mmg tak gemar.memang muka aku senyum je korang kata aku,korang dok laser2 mulut,tapi dalam hati ni Tuhan je yang tahu.malas nak cakap,nanti terlihat kekurangan ilmu aku disitu.agaknya kami yg praktikal ni akan sentiasa dibawah ea?eh hello,inshaAllah dengan berkat usaha kami ni semua,suatu hari nanti kami boleh duduk dan berpangkat besarlah daripada depa yang belagak bos je lebih.haishh kekadang makin tua,makin kurang pula adab.macam mana nak anak muda sopan santun,beradab dengan korang.pikir-pikirkan.
Sometimes aku ni jadi hati roti pulak,kekadang tersedih terperasaan lebih,tu yang membuatkan aku rasa macam nak berambus awal je dari LI ni,sangat tension bila takde kawan nak beborak takde kerja.tapi lama kelamaan aku rasakan aku ada kawan cumanya aku yang jauhkan diri,kak nurul,kaki la,kak mas,kak ija ada dekat ofis yang boleh aku jadikan kawan untuk berborak,share ilmu,minta ilmu.semua tu aku boleh dapatkan.

5 bulan tempoh berLI,bulan ke 3 terakhir baru aku rapat dengan dorang semua.sangat rugi,dorang semua sangat baik.sangat sporting.

Kak Nurul dialah yg rajin layan aku buat report,rajin jadi photographer sambilan aku,rajin ajak aku jejalan,makan.

Kak ila pun sama rajin layan aku berbual,ajak aku buat kerja.

Abg Amir lagilah rajin buat aku ketawa,dia tu macam senget!ade je lawak yang dia nak buat.lawak ala-ala bijaklah.lagi masetu aku tengah buat report dgn kak Nurul,then dia tengok dr belakang.dia tanye “eh report kena buat ea?”.aku pu jawab “takkan poly nak buatkan,lemak ah”. Pastu dia jawab “ea?bukan ke report polis buatkan”.aku dgn kak nurul pandang je dia “eh dia buat lawak pulak” haha.korang paham tak?hee.

Yang lain-lain pun best,cik hair yang kuat membebel dia sanagt menitikberatkan kebersihan ofis,cik Azrai jarang ada dekat ofis setiap pagi dia akan e ek e ek(berak) then kalau ada staf lain call nak cari kak mas ke siapa-siapa nanti dia akan cakap direct je yang “mas takde,dia berak”.Cik ijal senyap je,tak banyak cakap.kak ija pun sama tapi dia tetap best.bos aku pula,lagi relax cool memanjang

Apa-apa pun kenangan ni mmg aku takkan lupa sepanjang aku berLI dekat mppg.sebulan lagi habis,aku taknak habis.entry ni bertentangan dengan entry sebelum ni :(

Kak Nurul,kak Ila dan Abg Amir

Maaflah gambar curi,hihihi :D


Latihan Industri


“Weh tak sabarlah nak habis semester 3 ni,aku dah tak sabar nak LI !”

“Aku pun sama weyh,nak LI nak release tension study macam ni”

Ramai-ramai sokong. “BETUL BETUL BETUL !”.

Okay sekarang semua students poli tengah LI.so amacam?best?seronok?dapat release tension?haha =D

Tersangat seronok,tersangat best,tersangat release  tension dengan berLI ni.huh,dek terlalu seronok dan release tension la ni aku pening kepala daripada bulan lepas sampai sekarang tak baik-baik.hampir berjuta ubat aku telan *TIPU :P* aku dah muak dah dengan panadol tu semua.aku dah tak ingin nak cekik,melahap,memuntah kedarah si panadol tu!

Bukanlah aku ni pegawai Teknologi Maklumat yang handle satu bagunan ni pasal IT.aku juga bukan Juruteknik yang nak kena format,baikpulih semua komputer yang rosak.bukan juga Bos dekat Bahagian Teknologi Maklumat ni,kalau aku bos memang aku tak datang ofis dah,aku bagi je semua orang bawah aku kerja.aku relax.sangat best.

Aku hanya Pelajar Praktikal yang duduk menahu,duduk mendongak dagu,duduk menghadap laptop membajekkan diri  supaya nampak busy.eh memang aku busy apa!aku busy nak buat sistem Twitter dan juga sistem Facebook,kau pikir senang ke nak buat sistem tu?naik gugur semua rambut aku tahu dak?=D
Dipendekkan cerita grrrrr! Li sangat membunuh aku.aku tension,aku stress nak menyiapkan report akhir.kenapa aku rasa aku je yang sibuk dengan report akhir ni?aku tengok orang lain relax ja.hmm untungla korang yang dah siap.aku ni masih gelabah monyet nak siap.bila dah tension semua orang aku nak marah,yang jadi mangsa adik aku.muahaha.kau gila nak suruh aku marah ornag dekat ofis ni?kau nak aku gagal LI?memang mampuslah aku nak repeat LI.taknaaaaaaaaakkkkkkkkkkkk!Alhamdulillah aku masih belum ada repeat apa-apa paper sepanjang 2 tahun ni.mintak-mintak dijauhkan.

Aku ni manusia yang cepat give up,cepat marah,cepat mengelabah kalau berkaitan kerja-kerja Poly.i mean esaiment dan segala report.mase semester 1 ,2 ,3 esaiment aku akan ku pastikan kemas,cantik,comel,padat dengan jawapan yang sepatutnya.aku tak suka kerja-kerja yang selekeh.kalau berkenaan dengan waktu penghantaran jugak aku tak boleh kompromi dengan diri aku sendiri,aku takkan hantar esaiment lambat daripada orang lain.bila orang lain dah start hantar,then aku tak hantar lagi hah mula aku gelabah.
Sekarang ni tinggal lagi sebulan lebih je aku nak habiskan dan siapkan report akhir aku ni,kalau tak siap mampus.memang mengundang celaka.aku kena siapkan juga!kena!

Teringat senior aku cakap,

“Doa,mintak dengan Allah supaya dia permudahkan”.Alhamdulillah,aku punyai senior yang mampus berikan aku semangat"

Cepatlah berlalu wahai LI L

STPM


Congratulation for those yang amik STPM.result pun dah keluar semalam.mesti eksaited gila babun nak pergi sekolah amik result dan malam tu tak boleh tidur lena,mulalah ke kanan tak kena,ke kiri tak kena,meniarap tak kena,terlentang tak kena.pokoknya semua tak kena.haha.biasalah nervous,darah macam tersekat-sekat je nak tunggu dan tengok result.

Apa-apa pun jangan risau,jangan takut,jangan gusar.kenapa korang nak risau?nak gusar?kalau korang dah all out study before nak exam masetu kan.memang STPM tu susah.memang bebudak yang betul-betul excellent,yang ada komitmen,fokus yang tinggi  je yang boleh score.tapi tak mustahil bagi korang yg korang rasakan korang tak dapar tempat dekat Universiti awam after SPM.

Aku pun tak dapat tempat untuk ke Universiti,tapi Alhamdulillah aku dapat tempat untuk ke Politeknik.dahulu juga aku pernah merasa belajar dalam kelas form 6.aku masuk form 6 pun sebab aku tak dapat U,then aku pilih form 6 daripada kolej-kolej swasta.sebenarnyalah,bagi aku dan pendapat aku.kolej swasta budak-budak yang straight E pun boleh pergi,asalkan ada duit.bayar duit yurang,penginapan dan sebagainya.hah belajarlah kau,nak dengan taknak je.tapi kalau IPT awam depends on result SPM.

That’s why lepas aku tahu je aku dapat Politeknik,aku terus decide nak pergi Politeknik.tapi kalau tak dapat Politeknik masetu aku terpaksalah teruskan Form 6.aku tak kisah pun memana masetu.form 6 bagus jugak apa.struggle for 2 years and then boleh terus degree.tapi memang perlukan fokus yg tinggi,tak boleh main-main,tak boleh macam SPM lagi.Alhamdulillah rezeki aku memang dekat Politeknik.Politeknik pun best sebab belajar tak stress,habis satu sem subjek untuk sem 1 tu kita dah takyah belajar dan takyah nak ingat-ingat lagi untuk sem 2.lega kepala :D .score dan pulun gila babun untuk setiap sem.

Akhir sekali,congratulations untuk semua kawan-kawan form 6 yg berjaya,walaupun ada yang aku kurang kenal,yela aku pun masuk form 6 cuma berapa minggu ja :D 





With Love,Echa ex student form 6 SMKPG2 :)

Tak semua sama


“Alhamdulillah result aku gempak gila ni,aku nak apply study dekat luar Negara lah! Ya Allah,aku brsyukur sangat”

“Aku pun sama weyh,aku dapat 20 A+ aku nak amik kos medic dekat Egypt”

“Aku pun,tapi aku nak pergi jepun.aku nak apply kos engineering dekat sana.kau tahu-tahu jela Jepun kan Negara maju gila weyh !”

Itu yang dah tahu result memasing,semua happy.tapi cuba kalau masih belum dapat result dan masih belum lepas SPM

“Eh,mintak-mintaklah aku dapat 6A keatas,aku nak apply law.aku teringin nak jadi law.sebab mulut aku kepoh.so kenalah.”

“Aku pulak,kalau tak dapat Universiti aku nak pergi kolej memana jela yang penting bukan form 6.aku taknak macam budak-budak sekolah”.

“Kalau aku,mintak-mintaklah dapat Universiti,kalau tak dapat Politeknik pun jadilah.kalau tak dapat juga,aku masuk form 6”.

Mesti masa kita sekolah menengah,kita semua ada plan berangan dan sebagainya macam tu kan?bohonglah kalau takde,yang takde tu adalah manusia yg paling tak berguna,sebabnya tentang masa depan sendiri pun taknak fikir.baik takyah jadi orang.jadi monyet bagus :D

Nak dijadikan cerita,Sabtu lepas aku sekeluarga nak keluar makan.Tekak ni biasalah,bila tahu ada pasar malam mulalah nak makan itu,nak makan ini.macam orang tak pernah makan je,haha.apa dehal,pasar malam seminggu sekali je kot.tak salahkan?lagipun baru berapa ringgit spent,tak sampai beratus pung.dan disebabkan aku tak sihat,aku sarankan Ayah je yg turun beli makanan,dan kerana tahap kemalasan Ayah yang sedang bermaharajalela die pun suggest makan KFC je.lagi senang katanya,tak penat nak berjalan.kalau pasar malam tu apa yang sedap sangat,paling-paling kami dok melahap rangka dan bontot ayam je.muahaha.itu semestinya,dan itu feberet kami =D

Okay,plan bertukar.daripada ke Pasar Malam kami decide pergi KFC.sebelum Pergi KFC,ayah singgah petronas,bagi kereta minum dulu.kang tak pasal,air coke tu kami bagi kereta.haha.lepastu Ayah berhenti dekat tepi Petronas sebab nak tunggu kawan dia bagi barang kerja apa ntah.aku pun tak amik tahu.*tak guna punya anak* :D

Masa tengah dok menunggu tu,macam biasalah.orang melayu punya janji,janji pukul 8.30 pukul 9.00 baru mai.itu perkara biasa.tu aku membebel dekat ayah “Yah,lain kali janji dengan orang tu dating kol 8.00 so 8.30 dia dah sampai”.mulut aku memang tak boleh diam kalau aku kena tunggu orang macamtu,orang tunggu aku takpa :D
Dah jadi macam apa dah,dok tengok kereta motor keluar masuk ke Petronas tu.boleh bukak tol,kaya dah rasanya.

Sekali ja ayah cakap dengan Mak “Eh,Ma tu bukannya anak cik Yam ke?,senyap-senyap je tukar kereta”.aku pun apa lagi,dok mengepohlah. “cik Yam mana mak?cik Yam jahit baju tu ke?wah banyaknya duit.untungla”.

“A’ah lah tu kereta sulaimi yang dia satu umur dengan Nana”.terkejut beruk aku “hah???eh dia tak sambung belajar ke??bukan ke dia pandai?kelas sains tu,result pun gempak dari nana.kenapa lak tak belajar,sayang betul”. Mak jawab slow ja “Ayah dia sakit kak,macam mane dia nak sambung belajar.dia bagi laluan dekat adik-adik dia dulu.aku dah tersentap,sayu juga hati aku dengar.

Sulaimi tu walaupun aku tak pernah berbual dengan dia,tapi aku tahu dia baik.kalau aku dan keluarga datang raya rumah dia mesti die dengan adik-adik dia dok dapur je.malulah konon hehe.kami yang perempuan ni pun ta reti malu =D

Untungnya Ayah mak dia dapat anak yang baik macam dia.sanggup korbankan masa depan dia untuk adik-adik dan keluarga.nak dibandingkan dengan aku?aku tersangat selfish,sebab aku dah cakap dengan Ayah.aku akan,dan akan continue degree full time.aku nak degree.aku nak orang pandang aku,aku nak gaji dan duit banyak.aku nak jadi contoh untuk adik-adik aku.aku belajar sampai degree,mereka pun aku akan pastikan sampai degree dan mungkin atas dari aku.aku taknak kami susah,diperlekehkan.

Alhamdulillah Ayah,Emak,dan adik-adik aku sihat.syukran Ya Allah.

Hamba

Wahai manusia sekalian alam.aku nak bagitahu.ada perkara penting yang aku ingin beritahu dan war-war kan,dimana perkara yang aku ingin beritahu itu adalah dengan 5 kata iaitu 'KITA SEMUA ADALAH HAMBA ALLAH' bukan hamba kepada manusia lain,bukan hamba kepada binatang dan sampah.bukan.dan kita juga bukan hamba abdi kepada duit.

Memang tidak dinafikan,ramai manusia dimuka bumi yang permai ini sanggup menjadi hamba kepada duit,terlalu gigih dalam mencari duit.kalau ada gunung duit ke gunung emas,satu malam juga mahu ditarahnya.masih tidak dinafikan,siapa yang tak mahu duit?budak kecik pun pandai nilai duit,tahu mintak duit dari Mak semata-mata nak beli jajan walaupun dengan harga hanya 20 sen.aku juga mahukan duit,aku juga gilakan duit.tetapi,pernahkan kita fikir,kemanakah duit yang kita belanjakan?pernah?kalau pernah anda seorang yang bagus.tetapi menjadi persoalan disini,fikir sahaja tidak cukup,tetapi bukti apa yang kita fikirkan tadi.contohnya,kita dapat duit RM100,kita fikirkan kita plan dan kita buat kira-kira."aku ak buat apa dengan duit ni?"hmm.keperluan semua dah ada.tudung,baju,seluar dan macam-macam.apabila keperluan kita sudah lengkap,seterusnya,muallah kita bukak buku kira-kira baru untuk belanjakan duit tadi untuk si kemahuan.kemahuan yang bagaimana?

"Alah,biasalah orangkan dah anak dara.nak belilah make up,handbag,high heel segala bagai"

"Eh ada baju tu kan aku nampak dekat kedai nuhhh sano,lawo dohhhh"

Itu semua kemahuan.



Dan ini aku,
Dengan selipar,seluar siss,Kemeja Seed *beli time ada sale*,jam rm100 from Mekah,Beg takde jenama,tudung bawal rm5 *bukan aidijuma punya tudung*




Forgotten :'(


Where in the world’s the forgotten?They’re lost inside your memory You’re dragging on, your heart’s been broken As we all go down in history Where in the world did the time go?It’s where your spirit seems to roam Like losing faith to our abandon Or an empty hallway from a broken home Don’t look away From the arms of a bad dream Don’t look away Sometimes you’re better lost than to be seen I don’t feel strange, it’s more like haunted Another moment trapped in time I can’t quite put my finger on it But it’s like a child that was left behind

Don’t look away From the arms of a bad dream Don’t look away Sometimes you’re better lost than to be seen Don’t look away From the arms of a moment Don’t look away From the arms of tomorrow Don’t look away From the arms of a moment Don’t look away From the arms of love

Love u Alicia Keys





She's just a girl, and she's on fire
Hotter than a fantasy, lonely like a highway
She's living in a world, and it's on fire
Feeling the catastrophe, but she knows she can fly away

Oh, she got both feet on the ground
And she's burning it down
Oh, she got her head in the clouds
And she's not backing down

This girl is on fire
This girl is on fire
She's walking on fire
This girl is on fire

Looks like a girl, but she's a flame
So bright, she can burn your eyes
Better look the other way
You can try but you'll never forget her name
She's on top of the world
Hottest of the hottest girls say

Oh, we got our feet on the ground
And we're burning it down
Oh, got our head in the clouds
And we're not coming down

This girl is on fire
This girl is on fire
She's walking on fire
This girl is on fire

Everybody stands, as she goes by
Cause they can see the flame that's in her eyes
Watch her when she's lighting up the night
Nobody knows that she's a lonely girl
And it's a lonely world
But she gon' let it burn, baby, burn, baby

This girl is on fire
This girl is on fire
She's walking on fire
This girl is on fire

Oh, oh, oh...

She's just a girl, and she's on fire

Jodoh

Kalau ditanya,siapa yang mahu kawin?pasti ramai yang mengangkat tangan sambil terjerit-jerit macam budak kecil minta gula-gula,mereka semua berkata "saya,saya,saya mahu kawin,boyfriend saya kerja pilot gaji 3k sebulan,ada kereta Ferrari ada rumah banglo 10 biji,ada ladang Nenas,ada kambing,ada itu dan ada ini.ya,aku juga begitu.aku juga seperti mereka diluar sana.dan aku yakin,bukan sahaja kami si kaun wanita,kalau tang kawin ni,si teruna pun boleh jadi naik miangnya kalau ditanya.

Tapi persoalannya disini,adakah kita sudah betul-betul bersedia.kali ini aku mahu buat entry yang bertajuk 'Kawin Muda'.walaupun aku belum memegang status isteri kepada sesiapa.tetapi aku rasa tak salah untuk aku luahkan pendapat aku tentang kawin muda,yang aku rasakan kini semakin menjadi trend.betul tak?dan kalau menjadi trend pun aku rasakan tidak salah,sekiranya mereka tu betul-betul bersedia untuk tinggalkan zaman bujang dan bina keluarga serta dapat menjauhkan diri mereka dari maksiat.

Bab kawin ini bukan benda yang senang,senang dicakap,senang dilakukan.banyak proses yang mungkin kita perlu sediakan.dari segi kewangan,tanggungjawab ia amat penting,dan terlalu penting.bukan hanya dengan kata-kata "sayang,i love u,i nak kawin dengan u minggu depan".terus khemah,makanan,pelamin,barang hantaran tersedia.mungkin jatuh dari langit.bukan begitu ya.tu semua kita kena sediakan.nak sediakan guna apa?guna air liur?Oh My.guna u punya fuluslah.tahu fulus apa?fulus is duit.duit is everything dalam dunia sekarang.dulu bolehlah kata,boleh hidup bersama walaupun takde duit asalkan ada kasih sayang.aku tak setuju.ini pendapat aku.siapa sokong aku?okay let me terangkan kenapa aku cakap macamtu.first,kau nak bagi anak orang makan apa?okay boleh dipertimbangkan lagi sekiranya hidup bersederhana dan jika korang masih berdua.bagaimana kalau korang dan berdua,bertiga,bereempat dan berlima.jadi fikir-fikirkan.

sebenarnya kalau nak diceritakan memang panjang,jadinya aku pendekkan.bagi mereka yang telah pun punyai pekerjaan yang tetap,gaji yang mencukupi,bagi lelaki dah ada kereta atau harta pencarian sedikit dan sudah bersedia,maka dipercepatkan kerana kawin adalah sunnah Nabi,jangan ada yang tak mahu kawin pula.

bukan lelaki saja yang bila mana ada semua diatas boleh berkawin,perempuan pun boleh,perempuan lagi senang.tak kerja pun takpe,takde kereta pun takpe,takde rumah pun takpe.suami kena tanggung.tetapi nasihat aku untuk para perempuan dan juga untuk diri aku sendiri,apa kata kita belajar dan kerja yang bagus-bagus dahulu.bila dah ada kerja,kita ada gaji,ada simpanan sendiri.bila kita ada kerja,gaji yang bagus.lelaki akan lebih buka mata terhadap kita.

dan mereka akan lebih menghargai kita.InshaAllah.jodoh kita Allah dah tetapkan since kita dalam perut Mak kita lagi.so,apa yang nak dirisaukan,ia akan datang juga.cuma lambat dengan cepat saja lah,buatpe kita nak gelojoh dengan kedatangan jodoh tu?lebih baik kita doa dan minta semoga Allah kirimkan seorang lelaki/perempuan yang baik,soleh/solehah yang boleh bersama bimbing kita ke arah kebaikan.semoga kita sekeluarga boleh sentiasa bersama-sama di Syurga yang abadi.

so buat masa ni,kita kenal dan berkawan terlebih dahulu.kenal hati budi,perangai masing-masing.jika ada jodoh kita dengan si dia.pasti akan bersama.InsyaAllah.



Update itu ini



Entry masih lagi ber’genre’ jiwang.

“ala,biasalah blog si minah tu kerjanya yang jiwang-jiwang je,status facebook dia kau tak tengok pula joyah lagilah bukan main asyik pasal cintan-cintun,frust tertonggeng,terlentang.tulah gedik sangat jadi perempuan tengok macam kita ni kan joyah,tak gedik pun,lawa pula tu.siap dah ada boyfriend lagi tau.senang je tunggu masuk minang je lepastu terus kawin.apa dehal?”kata si Temah.

“a’ahlah Temah,aku rasakan dia tu takde Boyfriend sampai bila-bila,kau tengoklah mana ada lelaki yang suka dia,couple mesti sekejap je.pastu kena tinggal.paling menyedihkan pakwe dia mesti ada perempuan lain.yela kau tengoklah muka dia yang berminyak tu,dala tak cantik.tak pandai bergaya,dia mana ada baju lawa-lawa,kasut,beg.semua yang lama.ishh tak up to date betul lah.tak macam kita kan Temah” kata si Joyah.

Yup,saya setuju kata si Temah dan si Joyah.benar saya selalu update status facebook.selalu update twitter dengan kata dan madah yang berhelah-hela,berjiwang karat,sangat karat.kalah besi punya karat.sebab suka aku lah nak update macamtu,ada sesetengah orang yang tak suka baca status yang jiwang-jiwang.aku pun begitu.kadangkala kita perlukan satu tempat yang boleh kita luahkan,tidak semestinya mesti diluahkan pada orang,orang pun belum tentu sudi nak dengar cerita dan segala luahan kita.yela bila cerita yang sama,tak habis-habis untuk diceritakan.naik bosan dan meluatlah orang nak berdengar.tahi telinga orang tu pun boleh mengigil,cair bila cerita tentang cintan-cintun yang sama dan berulang-ulang.thats way lah aku suka mengupdate status.tapi aku update takdelah terlalu jiwang,aku fikirkan penerimaan kawan-kawan facebook aku.takkan aku nak jatuhkan dan buat diri aku sendiri dimeluat oleh orang lain.kan?manusia tak pernah tahu niat dan maksud disebalik semua apa yang manusia lain kerjakan.tak akan.
Selain daripada facebook,aku juga selalu update jiwang-jiwang dekat twitter,tapi takdelah terlalu jiwang.twitter adalah tempat yang paling dekat dengan aku.i means apa yang aku update dekat status tu adalah apa yang berlaku dan sedang aku alami.tiada penipuan.tiada ciplak karya orang lain.segala kata-kata indah *mungkin indah* itu semua muncul dari hati aku yang terdalam.tiada copy dog.

Kekadang cerita dan peristiwa yang aku alami terlalu panjang.jadi tidak okay bagi aku untuk aku update sepanjang mungkin dekat facebook serta twitter.and oleh itu aku pilih untuk berblogging.biarlah orang nak kata blog aku ni tak habis-habis dengan yang jiwang-jiwang.tak habis-habis dengan cerita pasal lelaki,perasaan dan blablabla *menyampah nyahhh* .aku langsung tak peduli dengan semua tu,seperti yang aku cakapkan tadi,disini aku ingin ulang sekali lagi,bahawa tiada manusia yang tak bosan,semua akan bosan.lebih-lebih lagi apabila asyik cerita tentang lelaki,frust,feelings yang meleweh-leweh.bukan semua orang boleh setia mendengar.tak semua okay,dan tak semua macam tu.

Aku mengaku,aku sendiri juga bosan untuk melalui,merasai perasaan seperti ini.aku benci.perasaan ini amat celaka dalam diri aku.setiap kali selesai daripada solat,aku mengangkat  dan menadah tangan serta berdoa kepada Allah.agar Allah berikan aku kekuatan,bukan sahaja kekuatan fizikal tapi kekuatan dalaman,kekuatan hati.aku muak bila asyik perlu memikirkan perasaan bodoh ni.Ya Allah.ampunilah dosa-dosa aku.seperti yang seorang sahabat beritahu pada aku,perasaan kasih sayang dan suka ini adalah anugerah Allah,Allah yang kirimkan untuk kita,adakah kita perlu marah?maki dan hamun perasaan yang dikirimkan oleh Maha Suci?

Sewajarnya kita tidak perlu berbuat sedemikian.tapi apakan daya?

Adakah aku ingin menjadi hamba yang sentiasa memberontak dengan takdir yang Allah telah tulis untuk diri aku?