Jodoh

Kalau ditanya,siapa yang mahu kawin?pasti ramai yang mengangkat tangan sambil terjerit-jerit macam budak kecil minta gula-gula,mereka semua berkata "saya,saya,saya mahu kawin,boyfriend saya kerja pilot gaji 3k sebulan,ada kereta Ferrari ada rumah banglo 10 biji,ada ladang Nenas,ada kambing,ada itu dan ada ini.ya,aku juga begitu.aku juga seperti mereka diluar sana.dan aku yakin,bukan sahaja kami si kaun wanita,kalau tang kawin ni,si teruna pun boleh jadi naik miangnya kalau ditanya.

Tapi persoalannya disini,adakah kita sudah betul-betul bersedia.kali ini aku mahu buat entry yang bertajuk 'Kawin Muda'.walaupun aku belum memegang status isteri kepada sesiapa.tetapi aku rasa tak salah untuk aku luahkan pendapat aku tentang kawin muda,yang aku rasakan kini semakin menjadi trend.betul tak?dan kalau menjadi trend pun aku rasakan tidak salah,sekiranya mereka tu betul-betul bersedia untuk tinggalkan zaman bujang dan bina keluarga serta dapat menjauhkan diri mereka dari maksiat.

Bab kawin ini bukan benda yang senang,senang dicakap,senang dilakukan.banyak proses yang mungkin kita perlu sediakan.dari segi kewangan,tanggungjawab ia amat penting,dan terlalu penting.bukan hanya dengan kata-kata "sayang,i love u,i nak kawin dengan u minggu depan".terus khemah,makanan,pelamin,barang hantaran tersedia.mungkin jatuh dari langit.bukan begitu ya.tu semua kita kena sediakan.nak sediakan guna apa?guna air liur?Oh My.guna u punya fuluslah.tahu fulus apa?fulus is duit.duit is everything dalam dunia sekarang.dulu bolehlah kata,boleh hidup bersama walaupun takde duit asalkan ada kasih sayang.aku tak setuju.ini pendapat aku.siapa sokong aku?okay let me terangkan kenapa aku cakap macamtu.first,kau nak bagi anak orang makan apa?okay boleh dipertimbangkan lagi sekiranya hidup bersederhana dan jika korang masih berdua.bagaimana kalau korang dan berdua,bertiga,bereempat dan berlima.jadi fikir-fikirkan.

sebenarnya kalau nak diceritakan memang panjang,jadinya aku pendekkan.bagi mereka yang telah pun punyai pekerjaan yang tetap,gaji yang mencukupi,bagi lelaki dah ada kereta atau harta pencarian sedikit dan sudah bersedia,maka dipercepatkan kerana kawin adalah sunnah Nabi,jangan ada yang tak mahu kawin pula.

bukan lelaki saja yang bila mana ada semua diatas boleh berkawin,perempuan pun boleh,perempuan lagi senang.tak kerja pun takpe,takde kereta pun takpe,takde rumah pun takpe.suami kena tanggung.tetapi nasihat aku untuk para perempuan dan juga untuk diri aku sendiri,apa kata kita belajar dan kerja yang bagus-bagus dahulu.bila dah ada kerja,kita ada gaji,ada simpanan sendiri.bila kita ada kerja,gaji yang bagus.lelaki akan lebih buka mata terhadap kita.

dan mereka akan lebih menghargai kita.InshaAllah.jodoh kita Allah dah tetapkan since kita dalam perut Mak kita lagi.so,apa yang nak dirisaukan,ia akan datang juga.cuma lambat dengan cepat saja lah,buatpe kita nak gelojoh dengan kedatangan jodoh tu?lebih baik kita doa dan minta semoga Allah kirimkan seorang lelaki/perempuan yang baik,soleh/solehah yang boleh bersama bimbing kita ke arah kebaikan.semoga kita sekeluarga boleh sentiasa bersama-sama di Syurga yang abadi.

so buat masa ni,kita kenal dan berkawan terlebih dahulu.kenal hati budi,perangai masing-masing.jika ada jodoh kita dengan si dia.pasti akan bersama.InsyaAllah.



No comments: