Entry masih lagi ber’genre’ jiwang.
“ala,biasalah blog si minah tu kerjanya yang
jiwang-jiwang je,status facebook dia kau tak tengok pula joyah lagilah bukan
main asyik pasal cintan-cintun,frust tertonggeng,terlentang.tulah gedik sangat
jadi perempuan tengok macam kita ni kan joyah,tak gedik pun,lawa pula tu.siap
dah ada boyfriend lagi tau.senang je tunggu masuk minang je lepastu terus
kawin.apa dehal?”kata si Temah.
“a’ahlah Temah,aku rasakan dia tu takde Boyfriend
sampai bila-bila,kau tengoklah mana ada lelaki yang suka dia,couple mesti
sekejap je.pastu kena tinggal.paling menyedihkan pakwe dia mesti ada perempuan
lain.yela kau tengoklah muka dia yang berminyak tu,dala tak cantik.tak pandai
bergaya,dia mana ada baju lawa-lawa,kasut,beg.semua yang lama.ishh tak up to
date betul lah.tak macam kita kan Temah” kata si Joyah.
Yup,saya setuju kata si Temah dan si Joyah.benar
saya selalu update status facebook.selalu update twitter dengan kata dan madah
yang berhelah-hela,berjiwang karat,sangat karat.kalah besi punya karat.sebab
suka aku lah nak update macamtu,ada sesetengah orang yang tak suka baca status
yang jiwang-jiwang.aku pun begitu.kadangkala kita perlukan satu tempat yang
boleh kita luahkan,tidak semestinya mesti diluahkan pada orang,orang pun belum
tentu sudi nak dengar cerita dan segala luahan kita.yela bila cerita yang
sama,tak habis-habis untuk diceritakan.naik bosan dan meluatlah orang nak
berdengar.tahi telinga orang tu pun boleh mengigil,cair bila cerita tentang
cintan-cintun yang sama dan berulang-ulang.thats way lah aku suka mengupdate
status.tapi aku update takdelah terlalu jiwang,aku fikirkan penerimaan
kawan-kawan facebook aku.takkan aku nak jatuhkan dan buat diri aku sendiri
dimeluat oleh orang lain.kan?manusia tak pernah tahu niat dan maksud disebalik
semua apa yang manusia lain kerjakan.tak akan.
Selain daripada facebook,aku juga selalu update
jiwang-jiwang dekat twitter,tapi takdelah terlalu jiwang.twitter adalah tempat
yang paling dekat dengan aku.i means apa yang aku update dekat status tu adalah
apa yang berlaku dan sedang aku alami.tiada penipuan.tiada ciplak karya orang
lain.segala kata-kata indah *mungkin indah* itu semua muncul dari hati aku yang
terdalam.tiada copy dog.
Kekadang cerita dan peristiwa yang aku alami terlalu
panjang.jadi tidak okay bagi aku untuk aku update sepanjang mungkin dekat
facebook serta twitter.and oleh itu aku pilih untuk berblogging.biarlah orang
nak kata blog aku ni tak habis-habis dengan yang jiwang-jiwang.tak habis-habis
dengan cerita pasal lelaki,perasaan dan blablabla *menyampah nyahhh* .aku
langsung tak peduli dengan semua tu,seperti yang aku cakapkan tadi,disini aku
ingin ulang sekali lagi,bahawa tiada manusia yang tak bosan,semua akan
bosan.lebih-lebih lagi apabila asyik cerita tentang lelaki,frust,feelings yang
meleweh-leweh.bukan semua orang boleh setia mendengar.tak semua okay,dan tak
semua macam tu.
Aku mengaku,aku sendiri juga bosan untuk
melalui,merasai perasaan seperti ini.aku benci.perasaan ini amat celaka dalam
diri aku.setiap kali selesai daripada solat,aku mengangkat dan menadah tangan serta berdoa kepada
Allah.agar Allah berikan aku kekuatan,bukan sahaja kekuatan fizikal tapi
kekuatan dalaman,kekuatan hati.aku muak bila asyik perlu memikirkan perasaan
bodoh ni.Ya Allah.ampunilah dosa-dosa aku.seperti yang seorang sahabat beritahu
pada aku,perasaan kasih sayang dan suka ini adalah anugerah Allah,Allah yang
kirimkan untuk kita,adakah kita perlu marah?maki dan hamun perasaan yang
dikirimkan oleh Maha Suci?
Sewajarnya kita tidak perlu berbuat sedemikian.tapi
apakan daya?
Adakah aku ingin menjadi hamba yang sentiasa memberontak dengan takdir yang Allah telah tulis untuk diri aku? |
No comments:
Post a Comment