“Alhamdulillah result aku gempak gila ni,aku nak apply study
dekat luar Negara lah! Ya Allah,aku brsyukur sangat”
“Aku pun sama weyh,aku dapat 20 A+ aku nak amik kos medic
dekat Egypt”
“Aku pun,tapi aku nak pergi jepun.aku nak apply kos
engineering dekat sana.kau tahu-tahu jela Jepun kan Negara maju gila weyh !”
Itu yang dah tahu result memasing,semua happy.tapi cuba
kalau masih belum dapat result dan masih belum lepas SPM
“Eh,mintak-mintaklah aku dapat 6A keatas,aku nak apply
law.aku teringin nak jadi law.sebab mulut aku kepoh.so kenalah.”
“Aku pulak,kalau tak dapat Universiti aku nak pergi kolej
memana jela yang penting bukan form 6.aku taknak macam budak-budak sekolah”.
“Kalau aku,mintak-mintaklah dapat Universiti,kalau tak dapat
Politeknik pun jadilah.kalau tak dapat juga,aku masuk form 6”.
Mesti masa kita sekolah menengah,kita semua ada plan
berangan dan sebagainya macam tu kan?bohonglah kalau takde,yang takde tu adalah
manusia yg paling tak berguna,sebabnya tentang masa depan sendiri pun taknak
fikir.baik takyah jadi orang.jadi monyet bagus :D
Nak dijadikan cerita,Sabtu lepas aku sekeluarga nak keluar
makan.Tekak ni biasalah,bila tahu ada pasar malam mulalah nak makan itu,nak
makan ini.macam orang tak pernah makan je,haha.apa dehal,pasar malam seminggu
sekali je kot.tak salahkan?lagipun baru berapa ringgit spent,tak sampai beratus
pung.dan disebabkan aku tak sihat,aku sarankan Ayah je yg turun beli
makanan,dan kerana tahap kemalasan Ayah yang sedang bermaharajalela die pun
suggest makan KFC je.lagi senang katanya,tak penat nak berjalan.kalau pasar
malam tu apa yang sedap sangat,paling-paling kami dok melahap rangka dan bontot
ayam je.muahaha.itu semestinya,dan itu feberet kami =D
Okay,plan bertukar.daripada ke Pasar Malam kami decide pergi
KFC.sebelum Pergi KFC,ayah singgah petronas,bagi kereta minum dulu.kang tak
pasal,air coke tu kami bagi kereta.haha.lepastu Ayah berhenti dekat tepi
Petronas sebab nak tunggu kawan dia bagi barang kerja apa ntah.aku pun tak amik
tahu.*tak guna punya anak* :D
Masa tengah dok menunggu tu,macam biasalah.orang melayu
punya janji,janji pukul 8.30 pukul 9.00 baru mai.itu perkara biasa.tu aku
membebel dekat ayah “Yah,lain kali janji dengan orang tu dating kol 8.00 so
8.30 dia dah sampai”.mulut aku memang tak boleh diam kalau aku kena tunggu
orang macamtu,orang tunggu aku takpa :D
Dah jadi macam apa dah,dok tengok kereta motor keluar masuk
ke Petronas tu.boleh bukak tol,kaya dah rasanya.
Sekali ja ayah cakap dengan Mak “Eh,Ma tu bukannya anak cik
Yam ke?,senyap-senyap je tukar kereta”.aku pun apa lagi,dok mengepohlah. “cik
Yam mana mak?cik Yam jahit baju tu ke?wah banyaknya duit.untungla”.
“A’ah lah tu kereta sulaimi yang dia satu umur dengan Nana”.terkejut
beruk aku “hah???eh dia tak sambung belajar ke??bukan ke dia pandai?kelas sains
tu,result pun gempak dari nana.kenapa lak tak belajar,sayang betul”. Mak jawab
slow ja “Ayah dia sakit kak,macam mane dia nak sambung belajar.dia bagi laluan
dekat adik-adik dia dulu.aku dah tersentap,sayu juga hati aku dengar.
Sulaimi tu walaupun aku tak pernah berbual dengan dia,tapi
aku tahu dia baik.kalau aku dan keluarga datang raya rumah dia mesti die dengan
adik-adik dia dok dapur je.malulah konon hehe.kami yang perempuan ni pun ta
reti malu =D
Untungnya Ayah mak dia dapat anak yang baik macam
dia.sanggup korbankan masa depan dia untuk adik-adik dan keluarga.nak
dibandingkan dengan aku?aku tersangat selfish,sebab aku dah cakap dengan
Ayah.aku akan,dan akan continue degree full time.aku nak degree.aku nak orang
pandang aku,aku nak gaji dan duit banyak.aku nak jadi contoh untuk adik-adik
aku.aku belajar sampai degree,mereka pun aku akan pastikan sampai degree dan
mungkin atas dari aku.aku taknak kami susah,diperlekehkan.
Alhamdulillah Ayah,Emak,dan adik-adik aku sihat.syukran Ya Allah.
Alhamdulillah Ayah,Emak,dan adik-adik aku sihat.syukran Ya Allah.
No comments:
Post a Comment