Tips melupakan orang yg pernah kita sayang


Holla..hye semue, pernah x kita nak lupakan seseorang yang kita sayang tapi xboleh?xkiralah sape pun,tapi tips aku ni lebih untuk melupakan exkekasih,hehe...tips kat bawah nilah yang aku buat:)

Sibukkan Diri
Melupakan si dia memang payah,tap kita boleh sibukkan diri kita dengan aktiviti harian kita. Kalau aku dekat u,aku akan sibukkan diri dengan aktiviti u,kalau korang dekat mane2 pun join jew ape2 aktiviti,konfem korang dah boleh lupakan si dia slowly.

Fikirkan Kelemahan Dia
Haha..memanglah nampak macam lawak kan,tapi betol!memang berkesan taw.Ala xkan dia xde kelemahan langsung,mesti adakan?contohnya suka sakitkan hati kita ke,kurang bijak ke,xkaye ke..adusshh lebey2 plak aku ni.

Berkawan dengan orang lain
Jangan disebabkan dia,kita dah serik untuk cuba berkawan dengan orang lain. Kita boleh cuba or terima orang lain yang lebih serius dengan kita,bukakan hati tu..janganlah degil sangat,mungkin kawan kita sekarang ni lebih baik dari dia..sape tau kan?

Jangan Bersendirian
Maksudnye kat cini,kita mestilah selalu duduk kat ramai orang n bergaul dengan orang,jangan selalu duk sendirian,sebab bila sendiri kita akan teringat balik si dia,so banyakkan bergaul.

Doa
Kadang2 semua yang kita buat tetap xberhasil,jadi kembalilah pada tuhan. Berdoalah agar kita dapat melupakan dia. Dan mintalah agar kita diberi jodoh yang lebih baik.:)

p/s: tips ni memang berkesan,sebab aku dah try,,hehe..insyaAllah:)

"Kempen Jejak Blogger , Tambah Follower 2013"

Assalamualaikum semua.macam mane korang harini?sihat?alhamdulillah kalau sihat.dan bagi yang tak berapa nak sihat tu jangan mengeluh sebab sakit yang kite dapat tu adalah menghapusan dosa-dosa kecil kita.semoga tuhan mengampun segala dosa-dosa kita semua.amin,insyaAllah.harini aku join satu kempen para blogger,ni macam segmen-segmen jugaklah.nak dijadikan memang aku tengah dok berblogwalking cari segmen-segmen yang boleh aku join,and guess what?aku dah jumpa.yeayeayyeay! =D



Nak join?ape termenung lagi,kliklah banner ni !
Bismillahirrahmanirrahim.

okay ni pula turn aku untuk men'join'kan diri untuk berkempen.

Blog aku dilahrikan pada sekitar tahun 2012 ketika tu aku aru berumur 17 tahun so takdelah aktif sangat,aktif dengan cerita yang bebukan =).masatu pun aku tengah tunggu result SPM keluar.dek kebosanan aku pun daftarlah blog,Blog aku ber'genre' bebas,ikut suka hati aku jelah nak cerita nak share pasal apa pun.kekadang aku rajin jugak untuk update entry seperti tips-tips that can we shared together.and one more thing that important as a syarat for joined this campaign is my trademark for my blog is "Cerita tak semua manusia mempunyai cerita yang sama dengan aku,so tak payah berbalah dengan aku! ".maybe my trademark is too long and hard to understand,but..do i care?

joined this campaign !





Stokin dan kaum hawa

Aku mahu mencuba,semoga aku istiqamah dalam penghijrahan ini.amin :)


Seperti mana yang semua orang tahu, aurat wanita adalah seluruh tubuhnya iaitu dari hujung rambut hingga hujung kaki kecuali muka dan pergelangan tangannya. Ia telah direkodkan dalam hadith sahih yang berbunyi:
Asma’ binti Abu Bakar telah masuk ke tempat Rasulullah s.a.w berada sedangkan dia memakai pakaian nipis. Rasulullah s.a.w lalu berpaling daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” (H.R. Abu Dawud)
Ummu Salamah pernah bertanya Rasulullah s.a.w, “Apakah seorang wanita boleh menunaikan solat di dalam pakaian labuh dan tudungnya jika dia tidak mempunyai sarung?” Rasulullah s.a.w menjawab, “Asal pakaian labuh (jubah) itu sempurna dan menutupi zahir kedua kakinya.” (H.R. Abu Dawud)

Di zaman moden kini tak ramai yang mahu menutup aurat sepenuhnya seperti mana yang dilandaskan oleh syarak. Mungkin ada yang beranggapan kaki bukanlah suatu yang wajib ditutup kerana ia tidak mendatangkan syahwat kepada lelaki, namun tanggapan itu jelas salah. Ada juga yang mungkin tidak mengetahui bahawa pergelangan kaki adalah termasuk daripada aurat yang wajib ditutup wanita. Zaman kini wanita beranggapan bahawa pergelangan kaki bukan lagi satu aurat walhal dalam Al-Quran telah jelas menyuruh wanita menutup aurat sepenuhnya moga dengan itu mereka akan dianggap wanita yang baik-baik dan tidak akan diganggu.
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Ahzab, 33:59)
Namun kerana pergelangan kaki adalah anggota paling bawah dan sentiasa terdedah, maka ada rukhsah (keringanan) ke atasnya dalam menutupinya. Antaranya ialah:
  • Wanita yang di mana adik iparnya (adik lelaki kepada suaminya) tinggal tetap bersamanya dan suami dibenarkan untuk tidak menutup aurat kaki (pergelangan kaki) di dalam rumahnya oleh kerana ia akan sentiasa sibuk membuat kerja rumah yang mungkin mendedahkan ia dengan basah pada kaki. Namun jika adik iparnya bukan tinggal tetap (tempoh masa lama) bersama abangnya, maka tidak dibenarkan atas keringanan ini.
  • Wanita yang sibuk membuat kerja dapur, di mana dia terdedah kepada persekitaran dan pekerjaan yang basah, tatkala itu pula terdapat orang bukan mahram memasuki dapur untuk sesuatu hajat, maka keringanan ke atasnya untuk tidak menutup pergelangan kaki.
  • Wanita yang telah sangat tua (golongan-golongan nenek) dan tidak mempunyai langsung nafsu syahwat.
  • Darurat.
Oleh itu, tutuplah aurat kaki dengan apa cara sekalipun, sama ada melabuhkan kain sehingga tidak menampakkan pergelangan kaki atau gunalah cara mudah iaitu memakai stoking yang tebal supaya tidak ternampak pergelangan kaki dan warna kulit. Jika kita sudah menutup aurat dengan memakai tudung yang labuh, baju yang longgar, tetapi pergelangan kaki masih tidak tertutup, itu menandakan kita punya masalah dalam memahami aurat yang dilandaskan syarak. Pakailah pakaian seperti mana kita solat kerana solat kita hanya sah dengan menutup aurat dengan sempurna. Jika di tempat awam kita diwajibkan begitu, apatah lagi di Masjid atau tempat-tempat mulia bukan? Adakah kita rela dibakar oleh Neraka hanya kerana kita mengambil ringan akan hal ini?
Seorang muslimah sejati akan berbicara begini:
  • Ku RELA stoking kaki ku BASAH terkena air yang melimpah daripada kakiku TERKENA PECIKKAN API NERAKA.
  • Ku RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala aurat yang ku JAGA daripada ku berendam dalam LAUTAN NERAKA.
  • Ku RELA rambutku disimpan RAPI terpelihara juga TUDUNGku labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG rambutku hingga MENDIDIH OTAK.

Tips pemilihan tudung

Jenis Tudung dan Gaya yang seiring Bentuk Muka.



Wajah Oval:
Anda bebas meimilih gaya tudung yang diinginkan. Walaupun anda menggunakan selendang, anda tetap boleh mengenakan selendang bersama anak tudung ataupun tanpa tanpa anak tudung. Ini kerana, bentuk wajah sebegini sememangnya menjadi idaman semua.



Wajah Petak:
Tulang rahang anda kelihatan jelas dengan memiliki bentuk wajah sebegini. Bahagian dagu pula kurang kelihatan. Anda perlu bijak menggayakan tudung atau selendang untuk menyembunyikan tulang rahang anda. Caranya, pilihlah gaya lilitan apabila menggayakan selendang. Elakkan menbuat ikatan ke belakang tengkuk kerana ini hanya akan memperlihatkan tulang rahang anda.


Wajah Panjang:
Anda memiliki dagu yang panjang. Untuk mengelakkan kening nampak tinggi, anda disarankan memakai anak tudung ke bawah sedikit menghampiri atau menutupi sedikit di bahagian kening. Penggunaan anak tudung syria dijangka dapat membantu untuk menutupi sedikit bahagian kening anda yang tinggi. Namun begitu, wajah sebegini sesuai menggayakan apa jua jenis selendang.


Wajah Bulat:
Wajah sebegini disarankan untuk memilih anak tudung yang lebih anjal agar tidak membuatkan pipi anda tampak kelihatan lebih tembam. Ini akan membuatkan ilusi wajah anda kelihatan memanjang. Anda disarankan memilih selendang yang nipis agar kepala anda tidak akan kelihatan lebih besar, Selendang pashmina nipis atau mini sangat sesuai untuk wajah anda.


Wajah segitiga/ berlian:
Seperti betuk wajah oval, anda bebas menggayakan apa jua jenis selendang. Ini kerana wajah anda yang tirus mudah digayakan dengan apa jua anak tudung dan selendang. Namun begitu, untuk membuatkan wajah anda tampak sekata, tarik selendang atau anak tudung ke hadapan sedikit pada bahagian rahang agar sekata dengan bahagian pipi dan kening.

Liyana Jasmay si comel tu dah kahwin =)


Tiada saat lebih membahagiakan selain saat diijab kabul bersama lelaki idaman yang akhirnya sah bergelar suami dan menjadi teman untuk melayari kehidupan selepas ini.
Foto

Begitulah juga dirasakan pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay, 25, saat empunya diri mendengar sendiri lafaz daripada Fathuddin Mazlan, 29, pada majlis akad nikah yang berlangsung ringkas di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.
Yang jelas, penya­nyi Cinta Bersatu itu kelihatan tenang dan bahagia meskipun dalam hatinya siapa tahu debaran untuk melangkah ke alam berumah tangga.

Menjelaskan dia memang sudah bersedia untuk menempuh kehidupan suami isteri, Liyana ternyata seperti tidak percaya kini dia bukan lagi berstatus solo.
“Saya rasa macam bermimpi pun ada. Tidak sang­ka akhirnya saya jumpa dan mengahwini lelaki idaman saya. Semestinya kehidupan selepas ini berbeza kerana sudah bergelar isteri, namun saya benar-benar rasa bahagia sekarang ini.

“Fathuddin adalah lelaki yang cukup sempurna buat saya dan yakin dia juga akan menjadi suami terbaik,” katanya sejurus tamat majlis akad nikah yang bermula jam 9 pagi itu.

Dengan dua kali lafaz tepat jam 10.26 pagi, Liyana sah bergelar isteri kepada Fathuddin yang dinikahkan sendiri bapanya, Datuk Jasmay Md Shah dengan mas kahwin seutas gelang tangan emas bernilai RM5,500.

Liyana menerima lima dulang hantaran daripada pe­ngantin lelaki berupa tas tangan, wang hantaran bernilai RM28,300.88 dalam bentuk cek, sirih junjung, set bara­ngan kemas iaitu cincin, rantai dan anting-anting serta mas kahwin.

Fathuddin pula menerima tujuh dulang merangkumi sirih junjung, kek, buah anggur, kasut kulit Prada, jam tangan Tag Heuer, cincin Bvlgari dan dompet Louis Vuitton (LV).

Anggun dalam persalinan rona putih rekaan Jovian Mandagie, senyuman Liyana juga tidak lekang saat berdampi­ngan dengan Fathuddin sebaik selesai upacara berkenaan dan menarik nafas lega apabila segalanya berjalan lancar.

Meneruskan acara resepsi pada sebelah malamnya di Dewan Merdeka, Pusat Daga­ngan Dunia Putra (PWTC), atur cara majlis berkenaan cukup ringkas namun pastinya bermakna buat pasangan mempelai itu.

Dihadiri kira-kira 1,000 tetamu termasuk dalam kalangan rakan selebriti, sewaktu perarakan masuk ke dalam dewan, Liyana menggayakan sekali lagi persalinan berona putih rekaan Jovian manakala pada acara potong kek, dia memakai gaun rekaan Rizman Ruzaini.

Dimulakan dengan acara merenjis, upacara malam itu diteruskan dengan sesi jamuan sambil dihiburkan band yang juga rakan baik Liyana, AG & The Co menyanyikan lagu-lagu pilihannya khas buat Fathuddin termasuklah Love (Nat King Cole), Selalu De­nganmu (Tompi), Linger (The Cranberries) dan banyak lagi.

Ditanya me­ngenai peranca­ngannya untuk berbulan madu, Liyana berkata, dia mengikut saja pilihan lokasi Fathuddin yang lebih gemar bersantai di pantai dan mahukan ketenangan.

“Selesai saja acara ini, dalam pertengahan Februari saya akan terbang semula ke New York untuk tujuan kerja dan Fathuddin akan ikut sekali. Kemudian, kami akan singgah pula ke kota London untuk membeli-belah.

“Namun kami tidak bercadang berbulan madu di sekitar sana kerana 18 Mac nanti kami akan pulang ke Sabah dan mungkin mencari mana-mana tempat peranginan di sana untuk bulan madu,” katanya yang memutuskan untuk menetap di Sabah selepas ini mengikut suaminya.


Tidak ambil pusing kontroversi

Beberapa hari sebelum menempuh detik bahagianya, umum turut dikejutkan dengan kontroversi yang tercetus mengenai isu gambar praperkahwinan pelakon Khurafat ini.

Bagaimanapun, lali dengan asam garam sebagai artis, Liyana berkata, kontroversi itu langsung tidak menggugat persiapannya malah tidak terlintas di benaknya untuk dipedulikan.

“Mengambil kira pembabitan saya dalam industri sejak kanak-kanak lagi, biasalah perkara sebegitu akan menimpa tidak mengenal masa. Namun, bukan alasan untuk saya pening memikirkan kerana apa yang paling penting adalah hari bahagia saya.

“Apatah lagi Fat­hud­din, dia langsung tidak membaca mengenai la­­poran isu berkenaan dan memang tiada kesan pun ke atas fokus kami,” katanya me­­ngulas mengenai isu salah faham antaranya dengan seorang jurugambar bebas.

Sementara itu, Liyana yang bakal terbang semula ke New York pada 15 Februari ini untuk menjalani penggambaran telemovie sehingga 27 Februari nanti juga kini muncul dengan single terbaru berjudul Jujur.

Antara rakan artis yang hadir termasuklah Datin Paduka Umie Aida dan suami, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan, Yusry dan Lisa Surihani, Awal Ashaari dan Scha Al Yahya, Farish Aziz, Rashidi Ishak dan Vanidah Imran, Marsha Londoh, Dafi, Datin Sofia Jane, Eja, Tam Suhaimi, Fazura, Erma Fatima dan ramai lagi.

Stop Searching for a Prince!

Assalamualaikum dan selamat petang,seperti biasa aku akan start mengupdate blog bila fasa-fasa ataupun aura-aura keboringan dan kebosanan menyerap dalam diri.mengapakah sering merasa bosan?tiada kerja?ya betullah tu,petang ni memang aku takde kerja langsung,semua staf dekat MMPG ni terlibat dengan penutupan sukan dalaman anjuran MMPG.meriahkan?macam sekolah-sekolah gitu :D

bosan dan teramat bosan sampai aku tak sangka yang aku telah mempunyai minat yang agak terkejut kambing dan babun kalau kawan-kawan rapat aku dengar.sejak aku LI lah minat ni terus meresap dalam diri.minat apakah?alooo iteww aluu lah nak bagitahu awok awok,*abaikan kegedikkan aku*.straight to the point,aku sekarang ni terjerumus dalam bidang baca membaca,senang cerita sekarang ni aku makin minat membaca.

Tuptup punya bosan harini,aku pun doklah search kat internet segala dan semua blogger kat malaysia ni,habis aku stalker*tipu je*.and last aku tergerak hati untuk search 'IluvIslam'.sweetkan?ya memang sweet.dekat situ korang akan dapat banyak bahan bacaan.malas nak cerita panjang,korang pergilah baca sendiri.cumanya aku tertarik dengan satu kisah yang mungkin boleh bagi panduan dan pengajaran untuk kita semua,especially kaum perempuan :)



Stop Searching for a Prince!

Nowadays, there is a trend on Facebook/Twitter/blog/tumblr where people would talk about marriage; demanding a great, soleh husband/wife to enter the Jannah together and so on.
Looking at a positive side, I can't deny that it is good for us to have a perspective that a relationship between a man and a woman is a thousand way better with marriage - as all of us (Muslims) get the fact that marriage has more barakah and is a halal way to express love.
Furthermore, a successful marriage is a door to Jannah. I find that it is beautiful when it is said that if a woman is a man's key to paradise (by helping him to fulfill his deen with her through marriage and being an obedient wife), so, a man is a woman's door to Jannah. The key that opens the door - a husband and a wife need each other's help to get there, masya-Allah.
The Prophet Muhammad SAW said: ''The most perfect believer in faith is the one whose character is finest and who is kindest to his wife.'' (Tirmidhi and Nasa'i)
As a Muslim woman, I also want a great man to marry me - the man who lowers his gaze so that I become the only woman he sees, the man who preserved his heart for me, the man whose love will make me stronger - a gift from Allah, insya-Allah. Surely, I want him to encourage me to be closer to Allah in our baitul muslim; baitul dakwah.
But sisters, do you think that a prince of deen will marry you while you just sit in front of your laptop, busy updating your status about marrying a righteous man or sharing almost all of Irma Hasmie's marriage photos and saying how lucky she is to become a wife of a great man? Will a prince of deen look for you just because of your splendid poem about marriage, your 'surat-buat-calon-suami' entries or your 'menanti-bakal-imamku-dunia-akhirat' status? No.
And why do you focus on finding a righteous man (a prince of deen) only? Stop it. Don't let your imagination ruin yourself. There are many doors of Jannah so there are many ways to enter them. Don't just focus on one way (marriage). Be a righteous person first, prepare yourself. Devote yourself to Allah and when you stop searching for a prince and make Allah the King of your heart, He will help you to complete your fairy tale.
"I tell the boys and girls; Allah has already written the name of your spouses for you. What you need to work on is your relationship with Allah. He will send him/her to you when you're ready. It is only a matter of time." - Sheikh Mamdouh
For ladies, remember this - don't worry if you haven't found your life partner. Be a righteous woman not just because you want to marry a righteous man. Marry a righteous man not just because you want him to go with you to Jannah. You can attain Jannah with or without marriage. Now is the time for you be the one that can lead yourself there.
Take Maryam RA as an example. She never did get married but was still a righteous woman in the eye of Allah SWT. He says:
"And (the example of) Mary, the daughter of 'Imran, who guarded her chastity, so we blew into (her garment) through Our Angel, and she believed in the words of her Lord and His scriptures and was the devoutly obedient."
(Surah at-Tahrim, verse 12)
Pray and make du'a for the best, not just for life in dunya but also for hereafter. Ask Allah to forgive our sins, our parents' sins, our family's, teachers' and friends'. Don't forget to make du'a for our brothers and sisters in Palestine, Iraq, Syria, Afghanistan and Burma after every prayer.
And ask Allah to help ourselves to be among the righteous men.

credit to http://www.iluvislam.com and Rabiatul Adawiyah Rosli is a 19-year-old from Kuantan, Pahang. She is a Foundation in TESL student. She shares her writings at adawiyahrosli.blogspot.com