Liyana Jasmay si comel tu dah kahwin =)


Tiada saat lebih membahagiakan selain saat diijab kabul bersama lelaki idaman yang akhirnya sah bergelar suami dan menjadi teman untuk melayari kehidupan selepas ini.
Foto

Begitulah juga dirasakan pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay, 25, saat empunya diri mendengar sendiri lafaz daripada Fathuddin Mazlan, 29, pada majlis akad nikah yang berlangsung ringkas di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.
Yang jelas, penya­nyi Cinta Bersatu itu kelihatan tenang dan bahagia meskipun dalam hatinya siapa tahu debaran untuk melangkah ke alam berumah tangga.

Menjelaskan dia memang sudah bersedia untuk menempuh kehidupan suami isteri, Liyana ternyata seperti tidak percaya kini dia bukan lagi berstatus solo.
“Saya rasa macam bermimpi pun ada. Tidak sang­ka akhirnya saya jumpa dan mengahwini lelaki idaman saya. Semestinya kehidupan selepas ini berbeza kerana sudah bergelar isteri, namun saya benar-benar rasa bahagia sekarang ini.

“Fathuddin adalah lelaki yang cukup sempurna buat saya dan yakin dia juga akan menjadi suami terbaik,” katanya sejurus tamat majlis akad nikah yang bermula jam 9 pagi itu.

Dengan dua kali lafaz tepat jam 10.26 pagi, Liyana sah bergelar isteri kepada Fathuddin yang dinikahkan sendiri bapanya, Datuk Jasmay Md Shah dengan mas kahwin seutas gelang tangan emas bernilai RM5,500.

Liyana menerima lima dulang hantaran daripada pe­ngantin lelaki berupa tas tangan, wang hantaran bernilai RM28,300.88 dalam bentuk cek, sirih junjung, set bara­ngan kemas iaitu cincin, rantai dan anting-anting serta mas kahwin.

Fathuddin pula menerima tujuh dulang merangkumi sirih junjung, kek, buah anggur, kasut kulit Prada, jam tangan Tag Heuer, cincin Bvlgari dan dompet Louis Vuitton (LV).

Anggun dalam persalinan rona putih rekaan Jovian Mandagie, senyuman Liyana juga tidak lekang saat berdampi­ngan dengan Fathuddin sebaik selesai upacara berkenaan dan menarik nafas lega apabila segalanya berjalan lancar.

Meneruskan acara resepsi pada sebelah malamnya di Dewan Merdeka, Pusat Daga­ngan Dunia Putra (PWTC), atur cara majlis berkenaan cukup ringkas namun pastinya bermakna buat pasangan mempelai itu.

Dihadiri kira-kira 1,000 tetamu termasuk dalam kalangan rakan selebriti, sewaktu perarakan masuk ke dalam dewan, Liyana menggayakan sekali lagi persalinan berona putih rekaan Jovian manakala pada acara potong kek, dia memakai gaun rekaan Rizman Ruzaini.

Dimulakan dengan acara merenjis, upacara malam itu diteruskan dengan sesi jamuan sambil dihiburkan band yang juga rakan baik Liyana, AG & The Co menyanyikan lagu-lagu pilihannya khas buat Fathuddin termasuklah Love (Nat King Cole), Selalu De­nganmu (Tompi), Linger (The Cranberries) dan banyak lagi.

Ditanya me­ngenai peranca­ngannya untuk berbulan madu, Liyana berkata, dia mengikut saja pilihan lokasi Fathuddin yang lebih gemar bersantai di pantai dan mahukan ketenangan.

“Selesai saja acara ini, dalam pertengahan Februari saya akan terbang semula ke New York untuk tujuan kerja dan Fathuddin akan ikut sekali. Kemudian, kami akan singgah pula ke kota London untuk membeli-belah.

“Namun kami tidak bercadang berbulan madu di sekitar sana kerana 18 Mac nanti kami akan pulang ke Sabah dan mungkin mencari mana-mana tempat peranginan di sana untuk bulan madu,” katanya yang memutuskan untuk menetap di Sabah selepas ini mengikut suaminya.


Tidak ambil pusing kontroversi

Beberapa hari sebelum menempuh detik bahagianya, umum turut dikejutkan dengan kontroversi yang tercetus mengenai isu gambar praperkahwinan pelakon Khurafat ini.

Bagaimanapun, lali dengan asam garam sebagai artis, Liyana berkata, kontroversi itu langsung tidak menggugat persiapannya malah tidak terlintas di benaknya untuk dipedulikan.

“Mengambil kira pembabitan saya dalam industri sejak kanak-kanak lagi, biasalah perkara sebegitu akan menimpa tidak mengenal masa. Namun, bukan alasan untuk saya pening memikirkan kerana apa yang paling penting adalah hari bahagia saya.

“Apatah lagi Fat­hud­din, dia langsung tidak membaca mengenai la­­poran isu berkenaan dan memang tiada kesan pun ke atas fokus kami,” katanya me­­ngulas mengenai isu salah faham antaranya dengan seorang jurugambar bebas.

Sementara itu, Liyana yang bakal terbang semula ke New York pada 15 Februari ini untuk menjalani penggambaran telemovie sehingga 27 Februari nanti juga kini muncul dengan single terbaru berjudul Jujur.

Antara rakan artis yang hadir termasuklah Datin Paduka Umie Aida dan suami, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan, Yusry dan Lisa Surihani, Awal Ashaari dan Scha Al Yahya, Farish Aziz, Rashidi Ishak dan Vanidah Imran, Marsha Londoh, Dafi, Datin Sofia Jane, Eja, Tam Suhaimi, Fazura, Erma Fatima dan ramai lagi.

Stop Searching for a Prince!

Assalamualaikum dan selamat petang,seperti biasa aku akan start mengupdate blog bila fasa-fasa ataupun aura-aura keboringan dan kebosanan menyerap dalam diri.mengapakah sering merasa bosan?tiada kerja?ya betullah tu,petang ni memang aku takde kerja langsung,semua staf dekat MMPG ni terlibat dengan penutupan sukan dalaman anjuran MMPG.meriahkan?macam sekolah-sekolah gitu :D

bosan dan teramat bosan sampai aku tak sangka yang aku telah mempunyai minat yang agak terkejut kambing dan babun kalau kawan-kawan rapat aku dengar.sejak aku LI lah minat ni terus meresap dalam diri.minat apakah?alooo iteww aluu lah nak bagitahu awok awok,*abaikan kegedikkan aku*.straight to the point,aku sekarang ni terjerumus dalam bidang baca membaca,senang cerita sekarang ni aku makin minat membaca.

Tuptup punya bosan harini,aku pun doklah search kat internet segala dan semua blogger kat malaysia ni,habis aku stalker*tipu je*.and last aku tergerak hati untuk search 'IluvIslam'.sweetkan?ya memang sweet.dekat situ korang akan dapat banyak bahan bacaan.malas nak cerita panjang,korang pergilah baca sendiri.cumanya aku tertarik dengan satu kisah yang mungkin boleh bagi panduan dan pengajaran untuk kita semua,especially kaum perempuan :)



Stop Searching for a Prince!

Nowadays, there is a trend on Facebook/Twitter/blog/tumblr where people would talk about marriage; demanding a great, soleh husband/wife to enter the Jannah together and so on.
Looking at a positive side, I can't deny that it is good for us to have a perspective that a relationship between a man and a woman is a thousand way better with marriage - as all of us (Muslims) get the fact that marriage has more barakah and is a halal way to express love.
Furthermore, a successful marriage is a door to Jannah. I find that it is beautiful when it is said that if a woman is a man's key to paradise (by helping him to fulfill his deen with her through marriage and being an obedient wife), so, a man is a woman's door to Jannah. The key that opens the door - a husband and a wife need each other's help to get there, masya-Allah.
The Prophet Muhammad SAW said: ''The most perfect believer in faith is the one whose character is finest and who is kindest to his wife.'' (Tirmidhi and Nasa'i)
As a Muslim woman, I also want a great man to marry me - the man who lowers his gaze so that I become the only woman he sees, the man who preserved his heart for me, the man whose love will make me stronger - a gift from Allah, insya-Allah. Surely, I want him to encourage me to be closer to Allah in our baitul muslim; baitul dakwah.
But sisters, do you think that a prince of deen will marry you while you just sit in front of your laptop, busy updating your status about marrying a righteous man or sharing almost all of Irma Hasmie's marriage photos and saying how lucky she is to become a wife of a great man? Will a prince of deen look for you just because of your splendid poem about marriage, your 'surat-buat-calon-suami' entries or your 'menanti-bakal-imamku-dunia-akhirat' status? No.
And why do you focus on finding a righteous man (a prince of deen) only? Stop it. Don't let your imagination ruin yourself. There are many doors of Jannah so there are many ways to enter them. Don't just focus on one way (marriage). Be a righteous person first, prepare yourself. Devote yourself to Allah and when you stop searching for a prince and make Allah the King of your heart, He will help you to complete your fairy tale.
"I tell the boys and girls; Allah has already written the name of your spouses for you. What you need to work on is your relationship with Allah. He will send him/her to you when you're ready. It is only a matter of time." - Sheikh Mamdouh
For ladies, remember this - don't worry if you haven't found your life partner. Be a righteous woman not just because you want to marry a righteous man. Marry a righteous man not just because you want him to go with you to Jannah. You can attain Jannah with or without marriage. Now is the time for you be the one that can lead yourself there.
Take Maryam RA as an example. She never did get married but was still a righteous woman in the eye of Allah SWT. He says:
"And (the example of) Mary, the daughter of 'Imran, who guarded her chastity, so we blew into (her garment) through Our Angel, and she believed in the words of her Lord and His scriptures and was the devoutly obedient."
(Surah at-Tahrim, verse 12)
Pray and make du'a for the best, not just for life in dunya but also for hereafter. Ask Allah to forgive our sins, our parents' sins, our family's, teachers' and friends'. Don't forget to make du'a for our brothers and sisters in Palestine, Iraq, Syria, Afghanistan and Burma after every prayer.
And ask Allah to help ourselves to be among the righteous men.

credit to http://www.iluvislam.com and Rabiatul Adawiyah Rosli is a 19-year-old from Kuantan, Pahang. She is a Foundation in TESL student. She shares her writings at adawiyahrosli.blogspot.com

Angan-angan

Assalamualaikum semua dan selamat pagi.bagaimana keadaan anda-anda semua?sihat?Alhamdulillah.semoga hari esok pun kita boleh bangun dan bernafas dengan baik jika diizinkan Allah.kita sepatutnya bersyukur sebab pagi ni kita masih boleh bernafas,sedangkan ada insan lain yang tidak dapat lagi nikmat itu dari Allah.segala yang berlaku adalah kerana Allah tahu ape yg terbaik untuk hambanya.InsyaAllah.

okay tutup acara bermukadimah.

sekarang ni aku sangat bosan.korang tahu tak sesungguh berLI tanpa kawan-kawan yg kite kenal sangat membosankan.yela mane taknya.duduk kat ofis sesorang,takde orang nak berbual dengan kite.lepastu takde kerja,takde segalanya.pokoknya,LI sangat membosankan jiwa aku.lagi-lagi harini,kak nurul,kak ila pergi kursus tinggallah aku terkotang-kanting dalam ofis,si emy pulak boleh cuti.aduhh kalau kena setting up meeting room acane?aku ni dalah lembab kalau sorang2.ah persetankan itu semua!u can do it echa,come on kate nak jadi pakar It yang berkebolehan tinggi =P.

cita-cita aku memang nak jadi seorang yang bijak IT.mase high school dulu,aku bercita-cita untuk jadi lawyer.sekarang ni aku hanya mampu menjadi seorang lawyer buruk ja.dan since high school lagi aku dah berkecimpung dalam bidang IT,mase spm pun aku dah menghadap itu IT.so tak peliklah kenapa aku pilih bidang IT jugak untuk sambung diploma.padahal,lepas spm masetu ayah aku dengan sepenuh kudrat membebelkan aku suruh aku amik diploma in nursing,walaupun kolej-kolej swasta.tapi aku ni demand yang pelik sikit.walau macam mane pun aku taknak kolej atau U swasta.aku tetap nak kerajaan.sebab ape tau,swasta ni korang gagal spm pun boleh masuk,hulurkan saja fulusmu.untungla kalau korang-korang anak orang kaya.sebab tu aku pilih IPTA,IPTA dorang demandkan result spm kita.so,sape yang terbaik,dielah yang dapat.aku memang tak dapat tempat dekat universiti,dan sedih sangat masetu.barulah nak menyesal bagai.okay sangat menyesal,tapi kate orang menyesal dahulu pendapatan,menyesal kemudian tidak berguna.langsung tak berguna dalam hidup.so aku dah tetapkan hati aku.insyaAllah lepas diploma ni kalau aku ade rezeki di Universiti,aku akan sambung degree.mak ayah aku kurang sokong aku untuk sambung degree,dorang ade pemikiran lain.dunia sekarang orang ramai berlumba-lumba mahukan pekerjaan.kadang-kadang company pun taknak amik staff yang terlalu tinggi pendidikan,yela takan pemilik master atau Phd nak gaji bawah 5k kan?buatnya company tu takde duit nak bayar gaji hah?naya dibuatnya.akak kat ofis aku ni ade tanye aku jugak,lepas habis diploma nak sambung lagi ke?aku pun jawablah,hmm nak sambung tapi tak sure samada nak buat part time atau fulltime.tapi akak tu kate better buat part time,sambil kerja sambil belajar.means kita tengah belajar pun kite dah ade kerja yg setaraf dengan diploma kita.so lepas habis degree dah takyah runsing nak carik kerja.tinggal mintak naik gaji je dekat bos =)

hmm tapi aku agak sedikit jeleslah kalau nanti kawan-kawan aku semua dah ade degree,aku yg terhegeh-hegeh hmm ape-ape pun aku tunggu dulu keputusan diploma aku.kalau aku layak sambung u,aku akan sambung.aku nak jd org yg berpendidikan,aku nak orang pandang tinggi kat aku,aku nak orang hormat keluarga aku.aku nak berjaya.

tapi aku sedikit kurang paham dengan diri aku sendiri.kalau boleh aku ni macam nak jadi semua.jadi cikgu,jadi lawyer,jadi doktor,jadi ahli perniagaan.cewahh!ahli perniagaan.memang aku minat berniaga,sangat minat lagi-lagi sekarang teknologi dah canggih dengan menggunakan hujung jari je korang dah boleh shopping.ini sungguh menakjubkan! tetiba terlintas idea aku untuk bukak butik online,tapi yang menyedihkan aku takde modal.mane aku nak cekup duit?aku takde sugar daddy nak mintak-mintak.Astagfirullah,subhanaAllah :(.aku gurau ja tang sugar daddy tu.hmm so aku nak pinjam sape?bank?boleh aku meminjam,tapi aku takut risiko sekiranya butik aku tu tak jalan.solusinya,aku kena mintak pendapat ayah dulu,dan itu harus.


"Sembilan per sepuluh rezeki adalah daripada perniagaan. Manakala hanya satu per sepuluh sahaja rezeki daripada makan gaji."

aku dah berangan-angan dah,aku nak jual baju camne ja,nak tengok?meh aku tunjuk sikit


Description A101

Material: Cotton


Shoulder: 37CM

Sleeve Length: 56CM

Bust: 90CM

Cheung

Short: 61CM
Length: 93CM 



A101-depan
A101-belakang




                           
Description A201


Materials: Ice Cotton


Shoulder: 36CM

Sleeve Length: 38CM

Bust: 118CM

Sweep: 200CM

Top Length: 68CM 

                                         




Description A301


Material: Cotton


Shoulder: 32CM

Sleeve Length: 58CM
Bust: 80CM
Waistline: 70CM
Cheung
Short: 63CM
Length: 71CM 



                                 

                                 



Description A401

Material: Cotton

Bust: 180CM
Shoulder: 45CM
Sleeve Length: 40CM
Top Length: 66-68CM 









Description A501

Material: Cotton

Shoulder: 36CM
Sleeve Length: 57CM
Bust: 86CM
Cheung
Short: 60CM
Length: 73CM 






So camne pendapat korang?cuba komen sikit tak pun boleh DM aku dekat twitter https://twitter.com/NuraishaAng ,terima kasih :)
               









wanita

Pada ketika dan saat ini aku terlalu boring tanpa kerja-kerja disisi,ciss ayat tak boleh go la weyh.hee.Assalamualaikum semua,sorry terlambat bagi salam,walupun salam lambat diberi tetapi korang semua kena cepat menjawab sebabnya jawab salam tu wajib dosa kalau tak jawab.so korang mesti kena jawab.macam tagline Kak maria "Assalamualaikum,tak jawab dosa,jawab sayang" =).okay stop dari membebel.

Dengan keboringan melanda nasib baik ade Mr G teman aku dalam office ni,so tadelah bosan sangat.macam-macam aku search dengan die,tuptup 'ter'search tentang cinta cintun.nak tahu pasal ape?hah pasal fakta-fakta tentang orang perempuan ataupun dengan panggilan yg lebih matang ialah wanita yang orang lelaki tak tahu.ni bukan fakta yg bebukan,ini fakta tentang perasaan jiwa raga dan bakul =).

Lelaki boleh ke hidup tanpa wanita?tak boleh kan?hee nak nyanyi satlah lagu WANITA by KRU ni:

Di sebalik semua lelaki di dunia
Pastinya didukung seorang wanita
Dia berkorban untuk
Memberi yang mampu 
Demi insan yang disanjung dalam hidup

Tatang hatinya bagai permata
Luangkan masa untuk bersama
Bilang padanya kau sayangkan dia
Sepenuh jiwamu

Tenangkan hatinya bila resah 
Setia didalam ceria dan gundah 
Itulah saja balasan diminta
Seorang wanita

Senyumannya mampu mengubati pilu
Ketika dunia tak kelihatan indah
Wajahnya yang ayu 
Menenangkan kalbu
Jgn kau hampakan cintanya yang tulus

Itulah dia seperti dia menyelimutmu
Itulah saja balasan diminta
Seorang Wanita



selesai sudah acara men'yumbangkan' lagu,dah nak hujan please stop =)

okay kat sini aku nak listkan 10 fakta tentang wanita yg lelaki perlu tahu.mesti dan wajib tahu.

1. Kajian oleh Universiti Illinois mengatakan wanita lebih penyayang dan setia berbanding lelaki. Rasulullah S.A.W bersabda, “Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa orang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Lelaki hanya mampu menahan kesakitan sehigga 47 Del tetapi wanita mampu menahan kesakitan sehigga 57 Del ketika sakit bersalin. Itu bersamaan 20 tulang dipatahkan serentak. Khas untuk lelaki, hargailah ibu dan isteri anda ♥
3. Wanita suka menangis tetapi bukan tanda mereka lemah. Wanita menangis untuk mencari dan mendapatkan kembali kekuatan diri. 
4. Wanita suka ‘shopping’ sebab itu sahajalah masa di mana mereka rasa dapat mengawal keadaan mengikut kehendak mereka. 
5. Mengikut kajian, dalam keadaan stress atau situasi tidak terkawal, lelaki cenderung untuk mengelak tetapi wanita cenderung memilih untuk menyelesaikannya.
6. Kajian menunjukkan memori wanita lebih kuat berbanding lelaki terutama perkara yang berkaitan dengan emosi. Sebab itu wanita lebih sensitif. 
7. Naluri wanita lebih kuat dari lelaki. Ibu lebih bersikap melindungi dan tahu secara semulajadi bila situasi merbahaya untuk anak sedangkan bapa perlu berfikir sejenak sebelum sedar akan bahaya. 
8. Rasulullah S.A.W bersabda, “ Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.”
9. Wanita yang menyusui anaknya akan diberi satu kebajikan bagi setiap teguk susunya. 
10. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu ♥

semuanya tak


Tak kenal maka tak cinta,tak cuba tak tahu,tak rase kite tak tahu rasenya.

benda ni semua dah sinonim dalam hidup kite semua sebenarnya.untuk kali ini aku rasekan kesemua kaedah diatas sangat-sangat berkesan.baru kini ku akui.cehh.berbalik kepada kaedah diatas.hmm kaedah ke?ke menjadah?okay aku termencarut -.- .aku pun tak tahu nak kategorikan ape kesemua diatas tu,tapi yang penting kala ini detik dan saat ini aku tersangat mempercayai dan berani untuk mengiyakan segala kata-kata mak aku.actually sampai bab-bab pakwes-pakwes pun aku akan cerita dekat mak tanpa satu pun tertinggal.bagi aku kalau tak cerita tu macam ade something wrong.bagi aku lagi,mak aku wajib tahu aku kawan dengan sape,aku kawin dengan sape.eh!sorry type,kawin pulak nampak sangat gatalnya aku.huhu =) sebenarnya wajib jugak aku cerita dekat ayah,tapi cumanya aku ni seorang anak yg pemalu dan penyegan.bhahaha,mampus buat mak ayah aku menyampah je dengar macamtu.pemalu?penyegan?ohh noo bagi doranglah agaknya,aku inilah anak yg paling tak tahu malu,sempoi dan comel bhahaha tu dorang cakap aku tak cakap.okay berhenti dari membebel echa oi.

berbalik kepada kata,kaedah-kaedah,dan sebarisan dengan mereka,nak dijadikan cerita.dulu kala,aku pernah dikecewakan oleh lelaki yg teramat teramit aku sayang.die macam mane pun aku sayang,aku tak kisah,bagi aku die segalanya.since aku couple dengan die,aku dah tanamkan niat dalam diri.aku dah taknak main-main dalam hubungan ni,aku sayangkan die,sayangkan masa depan kami yang mungkin kami akan dirikan berdua.ada anak yg comel,ade rumah sendiri,ade keluarga yang harmoni dan bahagia.namun,sayang seribu kali sayang,aku hanya dapat berangan-angan mat jantan,eh mat jenin,segala yang aku rancang segala yang die rancang segala yang kami rancang hancus sekelip mata dan sederaian airmata seorang insan seorang wanita bodoh yang mencintai die.namun ape yang perlu aku lakukan?adakah aku harus melutut dikakinya agar die tidak tinggalkan aku?adakah aku perlu memeluk tubuhnya,agar die sentiasa dengan aku?oh my sorry im muslims.yup u are right,aku islam tapi aku jahil.bukan aku tak pergi sekolah agama,mak ayah aku dah cukup bagi aku pendidikan.so kalau ade sape-sape yg pernah ternampak aku jejalan kat shopping mall with the guys hmm mybe dgn pkwes dulu sambil berpegang tangan ,aku warning dekat kau wahai konon-konon bidadari syurga jangan salahkan mak ayah aku,jangan nak mengata "ish2 anak sapela tu,mak bapak tak ajar".tu aku pantang.pantang nenek moyang aku.kau nak hina,nak nasihat,nasihat aku.depan-depan datang jumpe aku.nak tengok juga orang yg nak 'menasihat' aku tu,nak tengok jugak anak-anak die yg solehah sangat.so pokoknya,sila jaga kain sendiri dulu,kalau kain diri sendiri tu takde koyak,tade senget-senget baru tegur.aku bukan nak memandang rendah terhadap ustaz,ustazah dan sesapa saja yg dekat dirinya dengan Allah tp aku kesal sikit dengan orang yg tak berapa nak bagus tu yg lebihlebih.okay tutup cerita.sambung  topik yg aku cuba ceritakan diatas.die tinggalkan aku dengan kesan yg  begitu mendalam.aku  takpernah menangis kerana lelaki di depan mak adik-adik aku.tapi itu adalah pertama kali aku lakukan.aku telah tunjukkan dekat mereka yg aku terlalu lembik,terlalu lemah macam nak mampus.dan aku rasekan aku dah takde sape-sape yg menyayangi aku lagi.sedangkan aku tahu aku masih mempunyai kasih dan sayang dari kedua org tua ku.aku rasakan die la segala-galanya dalam hidup aku.bg aku juga dulu,aku tak boleh hidup tanpa die.aku tutup pintu hati aku buat lelaki lain.namun itu hanya aku yg lakukan.Allah tahu ape yg terbaik untuk aku.sebulan aku down,setiap hari sebelum tidur aku akan menangis,ingatkan kenangan-kenangan kami,sedih.aku taktahu ape kurang diri aku sampai mudah die curang belakang aku.namun aku nak buat mcm mane lg kan?kemudian datanglah seorang yg dahulunya kawan aku untuk ubat rase sakit hati aku terhadap lelaki.betapa belagaknya aku,aku yg pula menyakitkan dan memainkan hatinya.sorry kawan,masetu aku belum bersedia,dalam hati aku masih ade die.thats why aku tak boleh terima kau.aku boleh tipu semua orang,aku boleh!tapi aku tak boleh tipu diri aku sendiri.so better aku lepaskan kau.andai one day nnt kau lah jodoh aku.aku terima.

Hari ke hari aku berdoa agar aku dapat melupakan hairee.and aku dapat buat benda tu,aku dapat lupakan die totally!dan dahulunya kawan aku,aku boleh terima kau sebagai peneman hidup aku insyaAllah suatu hari nanti.aku tak berharap sgt untuk hubungan kalini,aku dah penat.4kali dah aku kena tipu,heartbroken.bukan aku tak serious untuk hubungan ni,aku serious cmne aku serious untuk hubungan yg lepas-lepas.but kalini aku lebih berjaga-jaga dan aku akan sentiasa jage hubungan ni.aku akan jage semoga hubungan ni tak tercemar dan tak mendekati perlakuan-perlakuan maksiat.maksiat disini aku tegaskan buakan hnya tidur dengan lelaki,bercium-cium bagai tapi maksiat berpegang tangan yg kebanyakkan rakan-rakan seusia aku anggap biasa.aku pun begitu dahulunya.tapi au sedaya upaya untuk memperbaiki kelemahan aku soerang manusia yg beragama islam.insyaAllah =)

Dulunya,aku selalu cakap dekat mak.’orang tak bolehlah dengan aril tu mak,blablablabla”.tenanga je mak jawab,”cuba dahulu,tak cuba tak tahu,mak tgk aril tu okayla”.aku selalu jawab,orang dah cuba.tapi hakikatnya aku tak pernah mencuba,tak pernah nak mencuba untuk melupakan hairee.tu semua salah aku.aku hilang aril untuk pertama kali.tapi maybe persahabatan kami kuat.aku dapat die unutk kedua kalinya.and now,aku dah cuba dan aku terima kesannya.dan secara jujurnya,aku happy =)

kita hanya merancang tuhan yang menentukan,tak semua yg dirancang mnjadi kenyataan dan menjadi hak milik kita.sometimes benda yang kita tak rancang tula yg kite dapat.Allah itu sanga hebat,Allah sayang semmua hamba-hambanya thats why Allah sentiasa bagi hamba-hambanya surprise =) syukur.

Kelebihan / Fadhilat Ayat Al-Kursi

Assalamualaikum dan selamat malam semua.entry kalini aku malas nak membebel,mencarut yg bebukan.entry kalini aku nak share dengan korang yg rajin nak singgah dan bace setiap isi entry aku.aku takde pape idea nak tulis malam ni,bab-bab agama aku takut nak tulis,takut nak keluarkan pendapat aku,bukan sebab ape.sebabnya hanya satu,aku merasakan aku adalah hamba yang belum cukup ilmu agama,walaupun mak ayah aku dah hantar aku pergi sekolah agama,bukan tak cukup itu sudah mencukupi.tp yg sedihnya aku terlalu sibuk dgn dunia,semuanya dunia.so semua salah aku.so,let's start kku terjumpe satu laman web yg mengandungi terlalu banyak ilmu didalamnya.semoga ape yg aku kongsikan ini,dapat memberi kita plajaran dan pengajaran =)

                                     

                                                            بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



Ayat 255 dari Surah Al-Baqarah yang lebih dikenalisebagai ‘Ayat Al-Kursi’ ini juga digelar ‘Penghulu Segala Ayat Al-Quran’.
Ayat ini diturunkan selepas hijrah Nabi Muhammad SAW, dengan diiringi oleh beribu-ribu malaikat karena kebesaran dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga telah menjadi gempar kerana adanya satu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan mereka. Maka Rasulullah SAW dengan segera memerintahkan Zaid bin Tsabit (penulis Al-Quran) agar menulis serta menyebarkannya.
Ayat ini disebut ‘Ayat Kursi’ kerana di dalamnya terdapat perkataan ‘KURSI’, bermaksud‘Tempat Duduk Yang Megah Lagi Yang Mempunyai Martabat’. Iaitu syiar ataskebesaran Tuhan yang meliputi 7 lapis langit dan 7 lapis bumi.

Lafaz bacaan dari huruf Arab ke huruf Rumi:
Allahu Laa Ilaaha Illa Huwal Hayyul Qayyumu. Laa Ta’khudzuhuu Sinatuw Wa Laa Nauum. Lahuu Maa Fissamaawaati Wa Maa Fil Ardh. Man Dzal Ladzii Yasfa’u ‘Indahuu Illaa Bi Idznihi. Ya’lamu Maa Baina Aidiihim Wa Maa Khalfahum. Wa Laa Yuhi Thuuna Bi Syai-In Min ‘Ilmihii Illaa Bi Maasyaa-A. Wasi’a Kursiyyuhussamaawaati Wal Ardha. Wa Laa Ya-Udhuu Hifzhuhumaa Wahuwal ‘Aliyyul Azhiim.
.
.

Hikmat Ayat Al-Kursi (Kekuasaan Allah)


Ayat Kursi adalah seutama-utama ayat dalam Al-Quran. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Fadhilat dan kehebatanayat ini telah diterangkan dalam 99 hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain. Antaranya adalah:
  1. Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad SAW.
  2. Sesiapa berwudhuk lalu membaca ayat Al-Kursi sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan paramalaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.
  3. Sesiapa membaca Al-Qursi sebelum keluar rumah, maka Allah mengutuskan 70 000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan untuknya.
  4. Sesiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.
  5. Membacanya dapat menghilangkan rasa marah, dijauhi bala bencana dan gangguan syaitan.
  6. Sesiapa membacanya ketika dalam kesempitan nescaya Allah azza wa jalla akan memberikan pertolongan kepadanya dan jika seseorang itu miskin akan menjadi kaya.
  7. Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segalakefakiran didepan matanya.
  8. “Sesiapa dikalangan umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan solat sunat dua rakaat, Allah memelihara daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”
  9. Sesiapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya dan menghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari,
  10. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, InsyaAllah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

 Sesiapa membaca ayat Al-Kursi sebanyak 170 kali:
    1. Di tengah malam atau  dikuti solat Hajat, Insya Allah berhasil hajatnya.
    2. Memperolehi hidayah dan petunjuk dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.
    3. Meningkatkan kecerdikan dan terang hati.
    4. Terlepas dari masalah dan kesukaran serta dimudahkan rezeki dan cita-cita.
.
Sesiapa membaca ayat Al-Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas solat fardhu, ia akan;
    1. Berada dalam lindungan Allah hingga solat yang lain dan terpelihara daripadatipudaya dan ganguan syaitan.
    2. Allah menganugerahkannya hati-hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala para nabi juga dilimpahkan padanya rahmat.
    3. Allah akan mengambil rohnya seperti orang yang berperang bersama para nabi sehingga mati syahid.
    4. Terpelihara dari kekerasan malaikat maut dan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya.
    5. Allah Azza Wa Jalla tidak menegah akan dia daripada masuk syurga.
    6. Dikurniakan pahala seumpama pahala orang yang muttaqin dan pahala balasan amal orang-orang siddiqin iaitu syurga.
 Sesiapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya;
    1. Allah SWT. mewakilkan dua Malaikat memeliharanya dan menjaga selama tidurnya hingga subuh.
    2. Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga ke Subuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya.
    3. Terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
    4. Allah mengurniakan keselamatan kepadanya dan jiran- jirannya.
    5. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.

Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan;
    1. Mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
    2. Terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
    3. Allah akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

Khasiat Ayat Kursi:

Khasiat menurut ramai alim ulama terdahulu, antaranya;

  1. Syeikh Abul ‘Abas Al-Bunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), lalu ditiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, Insya Allah, dicerdaskan akal fikirannya dan dimudahkannya menerima ilmu pengetahuan.
  2. Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membaca ayat kursi setiap hari sebanyak 18 kali; Insya Allah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjat dan martabatnya, diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana.
  3. Syeikh Al-Bunni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka Insya Allah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dan melapangkan fikirannya, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
  4. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran dengan isyarat nafas sambil membaca ayat Kursi. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya ke dalam garis lingkaran tersebut menghadap ke arah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebanyak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, Insya Allah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.
  5. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi al-Quran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an).
  6. Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Sesiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.
  7. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah SAW.
  8. Sesiapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
  9. Mereka yang mengamalkan membaca 7 kali ayat Kursi dan 7 kali bagi setiap 3 Qulselepas selesai Solat Jumaat, Insya Allah akan mendapat hikmah dan kelebihan yangtidak terduga.
  10. Jika berpindah ke rumah baru, maka pada malam pertama menduduki rumah itu, eloklah membaca ayat Kursi 100 kali, Insya Allah anda sekeluarga terhindar daripada gangguan zahir dan batin.
  11. Sesiapa membaca Surah Al-Fatihah, Ayatul Kursi & Surah Al Nash dan diniatkan lalu ditiup pada tengah kepala anak-anak, nescaya boleh menjagakeselamatannya, memudah menerima nasihat dan ia tidak akan bercakap dustalagi
  1. Setiap lelaki dan wanita (baik buat isteri-isteri) yang mengamalkan membaca ayat kursi7 kali sebelum keluar rumah atau semasa perjalanan ke tempat kerja atau kemana sekalipun kecuali bukan niat melakukan maksiat pada Allah SWT maka dia terselamatdaripada segala kejahatan yang datang dari syaitan, jin dan manusia antaranya:
    • Terselamat dari terkena sihir; seperti ubat pengasih (mengasih seseorang tanpa kehendak hatinya), penganiayaan (santau ), penipuan dan sebagainya kerana semua ini ada bersangkutan dengan jin dan syaitan.
    • Terselamat daripada kejahatan seperti kes ragut, rogol, kecurian, mahupun  terkena pembuli jalanan.
    • Dijauhkan dari musibah jalanan seperti ketika memandu, kemalangan jalanraya, tayar pancit dan sebagainya.
.
Semua khasiat dan fadhilat di atas tidak akan berlaku tanpa izin Allah SWT, bergantung atas keyakinan kita padaNya iaitu hikmah kalamnya terhadap mereka yang beriman dan bertaqwa pada Allah SWT dan RasulNya Nabi Muhammad SAW.
Oleh itu carilah keredaan Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya serta menjauhi segala larangan-Nya di samping berikhtiar dengan sesungguh hati.
.
Wallahu A’alam Bissowab
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

copy and paste from http://shafiqolbu.wordpress.com/2011/10/01/kelebihan-fadhilat-ayat-al-kursi/