Dengan keboringan melanda nasib baik ade Mr G teman aku dalam office ni,so tadelah bosan sangat.macam-macam aku search dengan die,tuptup 'ter'search tentang cinta cintun.nak tahu pasal ape?hah pasal fakta-fakta tentang orang perempuan ataupun dengan panggilan yg lebih matang ialah wanita yang orang lelaki tak tahu.ni bukan fakta yg bebukan,ini fakta tentang perasaan jiwa raga dan bakul =).
Lelaki boleh ke hidup tanpa wanita?tak boleh kan?hee nak nyanyi satlah lagu WANITA by KRU ni:
Di sebalik semua lelaki di dunia
Pastinya didukung seorang wanita
Dia berkorban untuk
Memberi yang mampu
Demi insan yang disanjung dalam hidup
Tatang hatinya bagai permata
Luangkan masa untuk bersama
Bilang padanya kau sayangkan dia
Sepenuh jiwamu
Tenangkan hatinya bila resah
Setia didalam ceria dan gundah
Itulah saja balasan diminta
Seorang wanita
Senyumannya mampu mengubati pilu
Ketika dunia tak kelihatan indah
Wajahnya yang ayu
Menenangkan kalbu
Jgn kau hampakan cintanya yang tulus
Itulah dia seperti dia menyelimutmu
Itulah saja balasan diminta
Seorang Wanita
selesai sudah acara men'yumbangkan' lagu,dah nak hujan please stop =)
okay kat sini aku nak listkan 10 fakta tentang wanita yg lelaki perlu tahu.mesti dan wajib tahu.
1. Kajian oleh Universiti Illinois mengatakan wanita lebih penyayang dan setia berbanding lelaki. Rasulullah S.A.W bersabda, “Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa orang penyayang tidak akan sia-sia”.
2. Lelaki hanya mampu menahan kesakitan sehigga 47 Del tetapi wanita mampu menahan kesakitan sehigga 57 Del ketika sakit bersalin. Itu bersamaan 20 tulang dipatahkan serentak. Khas untuk lelaki, hargailah ibu dan isteri anda ♥
3. Wanita suka menangis tetapi bukan tanda mereka lemah. Wanita menangis untuk mencari dan mendapatkan kembali kekuatan diri.
4. Wanita suka ‘shopping’ sebab itu sahajalah masa di mana mereka rasa dapat mengawal keadaan mengikut kehendak mereka.
5. Mengikut kajian, dalam keadaan stress atau situasi tidak terkawal, lelaki cenderung untuk mengelak tetapi wanita cenderung memilih untuk menyelesaikannya.
6. Kajian menunjukkan memori wanita lebih kuat berbanding lelaki terutama perkara yang berkaitan dengan emosi. Sebab itu wanita lebih sensitif.
7. Naluri wanita lebih kuat dari lelaki. Ibu lebih bersikap melindungi dan tahu secara semulajadi bila situasi merbahaya untuk anak sedangkan bapa perlu berfikir sejenak sebelum sedar akan bahaya.
8. Rasulullah S.A.W bersabda, “ Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.”
9. Wanita yang menyusui anaknya akan diberi satu kebajikan bagi setiap teguk susunya.
10. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu ♥
No comments:
Post a Comment