Terkunci

RAHSIA INI TELAH LAMA AKU PENDAMKAN,TIBA MASANYA SEGALA-GALANYA TUK DICERITAKAN.

AKU NAMPAK KAU TAPI BUKAN AKU YANG DISISI.

Alhamdulillah,aku dah boleh bangun.aku dah boleh terima atas segala apa yang telah terjadi atas hubungan kita.thanks to Allah,sebabnya telah memakbulkan doa-doa aku,setiap kali selepas solat aku sentiasa dan tak pernah lupa untuk berdoa agar Dia memberi aku kekuatan untuk aku terima segala ujian dan dugaan ni.Alhamdulillah.dan seingat aku dah cukup sebulan kami putus.memang mase awal-awal aku tersangat down,hanya Allah,emak ayah,adik-adik dan kawan rapat aku saja yan tahu keadaan aku macam mane.merekalah tempat aku menangis,merekalah tempat aku bercerita dan tak lupa juga siss qiqi a.k.a kakak sedara aku yang paling rapat.dialah yang banyak membantu aku untuk bangun.cerita aku sepertinya tidak perlu untuk aku ungkit dan ceritakan lagi,sebabnya aku taknak orang simpati dekat aku.dan aku juga taknak orang lain memperlekehkan aku,aku tahu,kita sebagai manusia bukan semua manusia yg lain suka dengan kita right?tapi takpe aku tak kisah pun kalau ade yang tak sukakan aku,aku tak terluak ape pun.tade kaitan dengan aku.ade aku kisah?

Walaupun dah sebulan kta putus tapi aku masih rindu.aku rindu.aku rindu dengan kenangan-kenangan kita.aku tak rindu kau.aku rindu kenangan kita.walaupun kau tak rindukan kenangan kita sama sekali,aku tak kisah.aku pun taknak kisah.aku boleh hidup dan rindukan kenangan kita tu sesorang.mustahillah kau nak rindu,kau nak ingatkan kenangan kita semula kan?yela kau pun dah ade pengganti aku.sungguh mudah!but its okay.bukan salah kau totally,ade salah aku juga.salah aku terlalu bodoh percayakan kau,salah aku terlalu setia dengan kau,tu semua salah aku bukan salah kau.segala yang berlaku ada hikmahnya.tuhan mahu aku berjumpa dengan orang yg silap dahulu sebelum aku berjumpa dengan orang yg benar.dan mungkin memang aku pun bukan yang terbaik untuk kau.aku memang tak layak untuk kau,sepatutnya aku kena sedar diri dari awal dulu.kau pandai,aku bodoh.kau pernah study foundation in law sedangkan aku hanya diploma cikai di Politeknik.kau boleh speak english sedangkan aku speak jawa pun tak pandai.kau dulu sekolah bagus,sedangkan aku?sekolah corot.segala perbezaan kita tu semua hanya kita manusia sahaja yang gemar pertikaikan.sedangkan Allah memandang semua hambaNya semua sama yang membezakan adalah tahap keimanan.semoga kau bahagia dengan life kau.dan aku bahagia dengan life aku.

tetapi satu kesan yang kau berikan dekat aku sampai sekarang ni belum hilang ialah kerana kau,aku masih belum dapat nak buka hati aku untuk mane-mane lelaki.kadang-kadang aku benci dengan kata-kata manis dari lelaki.kesian dorang,kerana kau aku terpaksa hukum dorang.aku tiada niat untuk menghukum dorang.tapi aku tak boleh tipu diri aku sendiri yang hati aku masih belum terbuka untuk mane-mane orang lagi.aku mintak maaf sangat aril.2 kali aku buat kau tertunggu-tunggu.aku takde niat nak perbodoh-bodohkan kau,aku dah try.aku kenal kau since kita mase sekolah menengah dulu.sepatutnya aku lebih mudah percayakan kau.tapi entahlah.im so sorry =(

aku tak pernah nak samekan kau dengan lelaki yang pernah aku kawan dulu,but semua yang aku lalui dulu tu dah banyak mengajar aku untuk lebih berhati-hati dalam berkawan dengan lelaki.mak aku selalu ingatkan aku,kita jadu perempuan jangan terlalu percayakan lelaki,lelaki zaman sekarang tak same macam zaman dulu.tapi aku tak pernah nak dengar.kononnya terasa syok bila diri disayangi.tapi sebaliknya dikhianati.thanks hairee sebab kau dah buat aku macam ni.jangan salah tafsirkan thanks aku ni,thanks aku bukan untuk dapatkan simpati kau,thanks aku thanks yg penuh dengan kegembiraan.sebab kau tutupkan pintu hati aku untuk bercinta dengan kaum Adam untuk mase ini.aku yakin dan aku hanya tunggu jodoh dari Allah.insyaAllah itu lebih baik =)

No comments: