Pimple comel =)

Sape yang seumur dia hidup sampai sekarang ni tak pernah ade sebijik jerawat pun timbul melekat dekat ruang muka?kalau ade korang adalah manusia yg beruntung,dan tak semua yg beruntung.masalah jerawat bukan saja menyerang dan menyusahkan kaum wanita tetapi kaum lelaki jugak ade yang menjadi mangsa serangan mereka.dasat betul jerawat!

aku sendiri cukup terseksa dengan masalah jerawat ni mase sekolah menegah dulu.kate orang-orang,jerawat ni timbul sebab kite banyak sangat berangan.betul ke?hehe =).aku ingat lagi,mase aku form 1 lah zaman kegemilangan si jerawat nak menunjuk dan menimbulkan tanduk memasing,memasing berebut nak keluar dekat muka aku yg comel.setan sungguh!sampai masetu aku down gila,aku memang tak ade keyakinan nak berdepan dengan orang ramai,lagi-lagi kawan sekolah.faham-faham jela mase sekolah,form 1 lagipun bebudaknya semua masyaAllah degil nak mampus,lelaki perempuan same!haha =).macam-macam produk aku pakai tapi masih takde kesan pape.sedih gila masetu,masalah jerawat aku sampai aku sendiri taknak tak suka nak tengok muka dekat cermin.sampai macam tu sekali tau.setiap kali solat pun aku tak lupa berdoa pada Allah,mintak supaya jerawat aku ni hilang.aku malu!

Masa aku kat form 3,semakin lama jerawat aku semakin hilang.padahal masetu aku dah tak guna ape-ape pencuci muka pun.sumpah tak tipu.disebabkan aku dah give up.aku cakap dekat mak,yg aku dah malas nak jage muka,malas nak amik kisah,lantak diela!tapi dari sehari ke sehari muka aku semakin okay sampailah aku form 5.sehinggakan ade budak form 4 perempuan tegur aku,"eh kau guna pencuci ape ek?bersihla muka kau".aku pun jawablah "kau perli ea?aku tak guna papelah".dalam hati dah suka-suka dah ade orang puji.ngehngehngeh =) Alhamdulillah Ya Allah.sampai sekarang jerawat masih ade dekat muka ni tapi tak banyak kadang-kadang cuma ade seketul dua je tu pun ade mase bulan aku tengah mengambang.

cara nak hilangkan senang saje.korang kena rajin cuci muka sebelum tidur,jangan picit jerawat tu dengan menggunakan kuku sebab yg aku dengar kuku mempunyai satu kuman,not sure kuman ape yg ade pada kuku tu.kalau korang picit guna kuku boleh menyebabkan kulit muka berparut.so biarkan je jerawat tu tumbuh dan kering semula.


Di bawah ini terdapat cara menghilangkan jerawat dan mengurangkan masalah darinya.
  • Bahan paling mudah untuk mengeringkan jerawat adalah krim yang mengandungi Benzoyl Peroxida. Dalam kepekatan 5 atau 10 peratus ia mengering dan memudahkan sumbatan liang minyak tanggal. Kesannya boleh dilihat dalam tempoh empat hinga enam bulan.
  • Basuh kulit setiap hari tapi jangan terlalu kasar atau kerap.
  • Gunakan pencuci kulit muka yang lembut dan air. Pencuci yang mengandungi granule boleh juga digunakan.
  • Cuba elakkan sauna muka kerana ia mungkin menjadikan jerawat bertambah teruk.
  • Jaga pemakanan anda. Amalkan pemakanan seimbang.
  • Dapatkan rehat yang cukup kerana jerawat mungkin timbul dari perasaan tertekan, ber masalah dan badan yang letih.
  • Memakai pakaian bersenam atau harian yang longgar. Memakai pakaian ketat, tudung atau headband ketat dari kain yang tidak meresap peluh menambahkan pengeluaran minyak dan risiko jerawat dari kulit berminyak.
  • Pilih fesyen rambut yang tidak terlalu menutup wajah dan jaga rambut supaya tidak berminyak yang biasanya datang dari kulit kepala yang kuat berpeluh. Penggunaan bahan penjagaan rambut berminyak harus dielak. Ikat rambut ketika tidur supaya tidak menutup muka.
  • Guna mekap muka berasaskan air. Beli mekap yang "noncomedogenic" atau "nonacnegenic".
  • Basuh mekap sebelum tidur. Jangan terlalu banyak menggunakan pelembab kulit muka terutamanya waktu malam.Elak cahaya ultra ungu matahari atau lampu. Pendedahan yang melampau atau lama merosakkan kulit dan lapisan kulit akan menjadi tua premature dan menutup liang sebum.
  • Jangan picit jerawat kerana ia akan menambahkan radang pada kulit dan kulit akan menjadi berlubang dan berparut.

                                                   

No comments: