sakit puan =(

Wahai kaum adam dan sekalian makhluk Allah di bumi ini,kalian semua haruslah fahami dan mengerti bahawa kaum wanita yang lemah lembut,sopan santun ni mempunyai satu penyakit yang seringkali datang setiap kali bulan mengambang,haha=) banyaklah aku punya mengambang,i mean hmm datang bulan,erkk..malu itew malu iteww.entry ini juga bakal aku namakan dengan nama yang comel iaitu sengugut.comelkan?dah macam sesunggut semut haha=).aku sure dan teramat sure,pasti ramai dikalangan kaum hawa yg sering mengalami masalah begini,dan aku juga mengaku,aku pun sering mengalami ketika datang haid.sakitnya jangan cakaplah macam nak mati rasenya.hanya tuhan sahaja yang tahu,tu belum lagi tiba nak melahirkan anak,mampus terkeluar anak tekak meneran.haha okay tu aku tipu je,sebabnya aku tengok makcik-makcik yg ramai anak relax je dorang punya anak tekak,masih baik-baik je.

nak dijadikan cerita,boleh pulak kali ni bulan mengambang elok je hari isnin,hari dimana aku telah berazam untuk menjadi seorang pekerja yg berdedikasi dan paling bersemangat tuptup!die mai die mai daaahhh.hampeh.dalah situasi meja aku bekerja lebih berhampiran dengan para lelaki.malulah aku.erkk.kak nurul sangat perihatin,aku suka die.sampai die boleh tercakap kuat pulak yg aku sengugut.terang-teranglah si para lelaki kat ofis aku dengau,ye dak?kak nurul kak nurul =).

Normallah kan?tapi nasib baik cepat je sakitnya hilang.kalau tak camnelah aku nak balik,nak berdiri pun separuh nak mengigil,dengan aircond yg sejuk nak mampus.keras den! lentok punya lentok menahan kesakitan,akhirnya aku ketiduran.alolololo cian die =).dan kalau korang(kaum hawa) nak tahu,salah satu ubat yg mujarab bagi aku untuk menghilangkan penyakit ni ialah tidur.tu bagi akulah,korang aku tak tahu.ngeh3 =).

ada beberapa cara nak hilangkan penyakit sengugut ni.tapi ni petua orang dulu2lah,kadang2 mane ade muda mudi laaa ni nak ikotkan?semua cakap,"come on zaman dah majulah,percaya sangat".hello takde zaman dul,takdenya wujud zaman sekrang ni.emosional pula aku.abaikan.sharing is caring kan?nah kat bawah ni petua2nya.sama2 try =) .

selamat mencuba.



Petua 1

Ambil sembilan biji pinang tua, dibakar tanpa minyak hingga menjadi arang, dan kemudian ditumbuk hingga halus. Campurkan serbuk pinag bakar itu dengan secawan air suam dan minum selama sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

Petua 2

Ambil segenggam halia, tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap minum air tadi didahulukan dengan selawat.

Petua 3

Minum air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

Petua 4

Campurkan serbuk halia atau halia yang ditumbuk lumat dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Isikan dalam kapsul kosong. Makan 2 biji selepas makan tengahari dan malam 2 minggu atau seminggu sebelum haid.

Petua 5

Semasa sakit ketika haid, minumlah air teh pahit tanpa gula.
 


Petua 6

Minum madu segelas sebab madu melancarkan pendarahan kita. Kan madu ubat segala penyakit?


No comments: