Angan-angan

Assalamualaikum semua dan selamat pagi.bagaimana keadaan anda-anda semua?sihat?Alhamdulillah.semoga hari esok pun kita boleh bangun dan bernafas dengan baik jika diizinkan Allah.kita sepatutnya bersyukur sebab pagi ni kita masih boleh bernafas,sedangkan ada insan lain yang tidak dapat lagi nikmat itu dari Allah.segala yang berlaku adalah kerana Allah tahu ape yg terbaik untuk hambanya.InsyaAllah.

okay tutup acara bermukadimah.

sekarang ni aku sangat bosan.korang tahu tak sesungguh berLI tanpa kawan-kawan yg kite kenal sangat membosankan.yela mane taknya.duduk kat ofis sesorang,takde orang nak berbual dengan kite.lepastu takde kerja,takde segalanya.pokoknya,LI sangat membosankan jiwa aku.lagi-lagi harini,kak nurul,kak ila pergi kursus tinggallah aku terkotang-kanting dalam ofis,si emy pulak boleh cuti.aduhh kalau kena setting up meeting room acane?aku ni dalah lembab kalau sorang2.ah persetankan itu semua!u can do it echa,come on kate nak jadi pakar It yang berkebolehan tinggi =P.

cita-cita aku memang nak jadi seorang yang bijak IT.mase high school dulu,aku bercita-cita untuk jadi lawyer.sekarang ni aku hanya mampu menjadi seorang lawyer buruk ja.dan since high school lagi aku dah berkecimpung dalam bidang IT,mase spm pun aku dah menghadap itu IT.so tak peliklah kenapa aku pilih bidang IT jugak untuk sambung diploma.padahal,lepas spm masetu ayah aku dengan sepenuh kudrat membebelkan aku suruh aku amik diploma in nursing,walaupun kolej-kolej swasta.tapi aku ni demand yang pelik sikit.walau macam mane pun aku taknak kolej atau U swasta.aku tetap nak kerajaan.sebab ape tau,swasta ni korang gagal spm pun boleh masuk,hulurkan saja fulusmu.untungla kalau korang-korang anak orang kaya.sebab tu aku pilih IPTA,IPTA dorang demandkan result spm kita.so,sape yang terbaik,dielah yang dapat.aku memang tak dapat tempat dekat universiti,dan sedih sangat masetu.barulah nak menyesal bagai.okay sangat menyesal,tapi kate orang menyesal dahulu pendapatan,menyesal kemudian tidak berguna.langsung tak berguna dalam hidup.so aku dah tetapkan hati aku.insyaAllah lepas diploma ni kalau aku ade rezeki di Universiti,aku akan sambung degree.mak ayah aku kurang sokong aku untuk sambung degree,dorang ade pemikiran lain.dunia sekarang orang ramai berlumba-lumba mahukan pekerjaan.kadang-kadang company pun taknak amik staff yang terlalu tinggi pendidikan,yela takan pemilik master atau Phd nak gaji bawah 5k kan?buatnya company tu takde duit nak bayar gaji hah?naya dibuatnya.akak kat ofis aku ni ade tanye aku jugak,lepas habis diploma nak sambung lagi ke?aku pun jawablah,hmm nak sambung tapi tak sure samada nak buat part time atau fulltime.tapi akak tu kate better buat part time,sambil kerja sambil belajar.means kita tengah belajar pun kite dah ade kerja yg setaraf dengan diploma kita.so lepas habis degree dah takyah runsing nak carik kerja.tinggal mintak naik gaji je dekat bos =)

hmm tapi aku agak sedikit jeleslah kalau nanti kawan-kawan aku semua dah ade degree,aku yg terhegeh-hegeh hmm ape-ape pun aku tunggu dulu keputusan diploma aku.kalau aku layak sambung u,aku akan sambung.aku nak jd org yg berpendidikan,aku nak orang pandang tinggi kat aku,aku nak orang hormat keluarga aku.aku nak berjaya.

tapi aku sedikit kurang paham dengan diri aku sendiri.kalau boleh aku ni macam nak jadi semua.jadi cikgu,jadi lawyer,jadi doktor,jadi ahli perniagaan.cewahh!ahli perniagaan.memang aku minat berniaga,sangat minat lagi-lagi sekarang teknologi dah canggih dengan menggunakan hujung jari je korang dah boleh shopping.ini sungguh menakjubkan! tetiba terlintas idea aku untuk bukak butik online,tapi yang menyedihkan aku takde modal.mane aku nak cekup duit?aku takde sugar daddy nak mintak-mintak.Astagfirullah,subhanaAllah :(.aku gurau ja tang sugar daddy tu.hmm so aku nak pinjam sape?bank?boleh aku meminjam,tapi aku takut risiko sekiranya butik aku tu tak jalan.solusinya,aku kena mintak pendapat ayah dulu,dan itu harus.


"Sembilan per sepuluh rezeki adalah daripada perniagaan. Manakala hanya satu per sepuluh sahaja rezeki daripada makan gaji."

aku dah berangan-angan dah,aku nak jual baju camne ja,nak tengok?meh aku tunjuk sikit


Description A101

Material: Cotton


Shoulder: 37CM

Sleeve Length: 56CM

Bust: 90CM

Cheung

Short: 61CM
Length: 93CM 



A101-depan
A101-belakang




                           
Description A201


Materials: Ice Cotton


Shoulder: 36CM

Sleeve Length: 38CM

Bust: 118CM

Sweep: 200CM

Top Length: 68CM 

                                         




Description A301


Material: Cotton


Shoulder: 32CM

Sleeve Length: 58CM
Bust: 80CM
Waistline: 70CM
Cheung
Short: 63CM
Length: 71CM 



                                 

                                 



Description A401

Material: Cotton

Bust: 180CM
Shoulder: 45CM
Sleeve Length: 40CM
Top Length: 66-68CM 









Description A501

Material: Cotton

Shoulder: 36CM
Sleeve Length: 57CM
Bust: 86CM
Cheung
Short: 60CM
Length: 73CM 






So camne pendapat korang?cuba komen sikit tak pun boleh DM aku dekat twitter https://twitter.com/NuraishaAng ,terima kasih :)
               









No comments: