harini blogwalking punye blogwalking aku terjumpe satu segmen.yang not bad untuk aku join,joib sesaja je pun :)segmen ni dinamakan saya blogger Negeri...
Terjah blog tuan punya segmen haha =) jumlah join ! http://www.fizgraphic.com/ |
Aku seorang blogger mentah yg berasal dari Johor Bahru.
Banyak yang best dekat Johor ni,kalau nak tahu kena datang dan lihat sendiri tempat-tempat yg best dan menarik.Antaranya ialah :
Air Papan (pantai), Mersing.
Ayer Hitam – Bandar Persinggahan bagi mereka yang dalam
perjalanan dari Johor Bahru ke KL atau sebaliknya. Selain makanan ia terkenal
kerana seramik. Aw Pottery terletak di sini..
Batu Layar- Pantai tempat bermandi manda.
Crocodile World, Teluk Sengat, Desaru – Terletak 20 minit
perjalanan dari Kota Tinggi, antara tarikan pelancong ke Desaru.
Desaru – Pantai peranginan
Taman Negara Endau-Rompin – terletak berdekan pekan Endau
dan bersempadan dengan daerah Rompin di Pahang.
Gunung Arong – Hutan simpan dalam daerah Mersing, antara
tarikan pelancong yang gemarkan keindahan alam semulajadi di Mersing.
Gunung Belumut – Hutan rekreasi Gunung Berlumut antara
tempat menarik di Kluang
Gunung Lambak – Juga dalam daerah Kluang terletak kira-kira
5 kilometer dari pekan Kluang. Penginapan dikenali sebagai Gunung Lambak Eco
Resort terdapat di sini.
Gunung Ledang – Gunung yang kaya dengan kisah misteri
seperti nenek kebayan terletak berdekatan Tangkak dan Sagil dan bersempadan
dengan Melaka. Juga dikenali sebagai Mount Ophir.
Gunung Panti – Terletak tidak jauh dari Kampung Lukut ia
berketinggian 1498 kaki.
Gunung Pulai – Setinggi 2147 kaki terletak dalam daerah
Pontian.
Hutan Bandar Mutiara Rini- Merupakan pusat riadah yang agak
terkenal di Johor Bahru.
Kota Johor Lama, Kota Tinggi.- Juga dikenali sebagai Teluk
Sengat
Kahang Organic Rice Eco Farm – Satu-satunya tempat penanaman
padi yang diiktiraf organik di Malaysia
Kelip-kelip di Kota Tinggi
Legoland - Mula dibuka pada tahun 2012, terletak di
Nusajaya. Ia merupakan tempat permainan dan hiburan bertemakan lego
Air terjun di Kota Tinggi
Kukup – kawasan perikanan di daerah Pontian
Kolam Air Panas Labis
Mersing
Orchid Valley di Jalan Pontian-Kukup.
Parit Jawa – antara pekan utama di daerah Muar. Terkenal
dengan makanan laut segar.
Pantai Penyabong di Endau
Ladang Nanas di Pontian
Pulau Aur, Mersing
Pulau Babi Besar, Mersing
Pulau Kukup, Pontian
Pulau Pemanggil, Mersing
Pulau Rawa, Mersing
Pulau Sibu – Untuk kesini melalu jeti Tanjong Leman.
Terkenal dengan aktiviti skuba diving
Pulau Tinggi – Juga dari Tanjung Leman (dalam daerah
Mersing, 72 kilometer ke selatan pekan Mersing)
Pulau Tioman – Antara pulau popular di Malaysia, terdapat
sebuah lapangan terbang domestik di sini.
Tanjung Balau- Pantai
tempat bermandi dan berkelah, terdapat juga Muzium Nelayan disini.
Teluk Mahkota – juga dikenali sebagai Jason Bay terletak di
Sedili kira-kira 28 kilometer dari pekan Kota Tinggi.
Tanjung Piai – Kawasan paling selatan di Asia, disini
letaknya Taman Negara Tanjung Piai (hutan paya bakau)
ZenXin Organic Park – Jalan Batu Pahat, Kluang Johor.
kalau korang nak bershopping ala glamour gitu,korang boleh datang serbu
JPO(Johor Premium Outlet).
pasal makanan,kalau aku cerita nanti korang terliur je,better datang sendiri johor carik tempat makan yang best.memang takkan menghampakan.specially asam pedas =)
AKU JOIN SEGMEN NI ! ;)
No comments:
Post a Comment