Pilihan Kosong

Salam sejahtera semuanya yang sudi meluangkan masa untuk membaca segala bebelan yang tertepu didalam hati dan juga mindaku yang sunggu serabut seperti cable-cable komputer yang bersilang sana sini.Pilihan Kosong tajuk entri aku kali ini,berkisah apakah?menurut kalian apa?maka tidak perlulah aku mengeluarkan tanda soal yang gampang ini sekiranya pertanyaan aku itu aku sendiri sukar untuk menyimpulkan satu kesimpulan daripada sebuah cerita yang tersangat dan maha panjang.bukan dinamakan manusia sekiranya hidup mereka sering ketawa,bahagia serta girang-girang.sudah dinamakan manusia,manusia adalah makluk Tuhan yang paling tegar tidak sesekali mudah untuk membiarkan diri jatuh terlentang ke tanah.namun,tidak semua manusia yang mempunyai nasib yg bertuah,bisa hidup tanpa jatuh walaupun sesaat.emak aku selalu berkata,mungkin juga bertujuan untuk memberi aku semangat agar aku terus semangat untuk terus maju dan maju kehadapan.InshaAllah mak.akuadalah manusia yang sentiasa menerima dugaan dan ujian dari Tuhan,dan aku akui kadangkala aku sering tersasar,tersasar dari jalannya.aku seperti bukan aku yang dulu.bagi aku,aku adalah seorang hamba yang sangat bodoh,lebih tepat lagi adalah manusia yang bodoh sombong.sudahlah bodoh sombong pulak.ketika berada di office tadi tiba-tiba mataku tertacap pada satu sudut yang terdapat tampalan kertas yang bertulis mutiara hati,yang berbunyi begini

"Manusia hendaklah sentiasa mengucapkan syukur kerana setiap kali kita buka mata dari tidur,kita sentiasa diberi banyak pilihan".

Pilihan ape yang dimaksud dari Mutiara Hati diatas?maksudnya ialah setiap hari kita diberi untuk menyayangi ibubapa kita kurang atau lebih?adakah kita mahu menunaikan ibadat lebih atau kurang?tepuk dada tanya keinginan.itu semua adalah bergantung kepada setiap individu.apabila kita sudah diberikan pilihan,ketika kita memilih,adakah kita pilih hanya untuk kepentingan diri bersifat sementara atau untuk kepentingan diri yang hakiki dan sejati?

"jangan biarkan orang lain mempengaruhi keputusan anda,kerana yang harus hidup dengan pilihan yang anda buat adalah ANDA".

sumber dari Google