Membanting Tulang

Arghhhhh!tensionnya,stressnya dan tekanannya.hmm memang ketiga-tiga itu tidak sama sebutannya dan ejaannya tapi maksudnya masih hampir-hampir sama bagi yang memahami.kala ini aku sangat penat,maklumlah hamba ni sudah pun berkerja.oppss!berkerjalah sangatkan?sekarang ini aku sedang menjalani latihan industri,bila nak habis?padahal baru je bermula minggu lepas pada 7/12/2012 aku ade 5 bulan lagi untuk berkhidmat.apabila aku sudah berada dalam situasi berkerja aku teringat kembali kata-kata emak dan ayah aku,tiada kerja yang mudah dan tidak penat,kerja goyang kaki pun penat lenguh-lenguh kaki dok bergoyang.kerja korek hidung pun penat jugak,sebab memerlukan tenaga yang banyak untuk mencungkil segala hasil kekotoran yang terperangkap dalam rongga hidung kita kan?dan kesimpulannya semua pekerjaan memenatkan.bila dah rasa kerja penat mulalah nak merungut penyesalan,"ish belajar lagi bestlah dari kerja,belajar baca buku je,buat esaiment,sambil buat esaiment boleh layan Facebook,boleh tengok cerita dan sebagainya.walaupun belajar penat tapi seronok sebabnya ade kawan-kawan.rase penat tu semua terbang hilang bila duduk berceloteh,bergosip,bertukar-tukar pendapat la konon dan sebagainya,hmm aku tersangat rindukan suasana belajar.

bukan maksud aku nak cakap yang Praktikal aku ni tak best.lepas lapor diri masetu dekat Majlis Perbandaran Pasir Gudang aku telah ditempatkan dibahagian Teknologi Maklumat sebabnya aku bakal pemegang Diploma in Networking system *ayat macam bagus sangat,ingtkan pemegang Phd dan Master dari Universiti Harvard =).so far staf-staf dekat office aku tu baik,lagi-lagi para juruteknik-juruteknik aku meh aku mention kak Ila,kak Noorul dan abang Amir.dan yang paling not bad best aku dapat kawan baru nama dia Aminur Rashid tapi aku dengar kak Ilah,kak noorul,abang Amir dan staff-staff yg lain panggil die Amy.dia sangat baik dan banyak sangat ilmu IT,so aku bolehlah belajar dari dia.ngeh3!memang aku kena belajar dari dorang untuk tambahkan pengetahuan IT aku yang tak seberapa ni,yela mane taknya,dekat politeknik aku belajar Teori je,kurang Praktikal kalau ade pun maybe aku dah terlupa haha.first day aku masuk,aku dah kena belajar format komputer.tu paling basic lah weyh tapi aku masih terkial-kial nak buat,so sad.amat memalukan,budak IT tapi tak reti buat tu.nasib baiklah dorang baik,"hm takpe awak boleh belajar lagi,sejuk hati den dengar".lepas siap format aku betul-betulkan pc mane yang rosak.Alhamdulillah ade yang berjaya hidup semula yang lain tak hidup tu memang jangka hayat die memang dah nak mati dan layak untuk dibaling kebawah dari tingkat 14.

hari yang ade kerja aku tak heran kalau penat tapi yang aku heran kala ini aku penat macam nak gila jugak tapi aku takde buat satu haprak pun kat office juat duduk menahu je,penat nak mendongak dagu.haha =)sekejap kesana-sekejap kesini tanpa arah tujuan.last-last aku amik majalah PC,surat khabar then bace.dengan kaki bersilang dan berlagak seperti bos,lalu aku membaca setiap baris ayat yg terdapat pada kertas majalah dan surat khabar.sungguh awesome!so ape aku nak tulis untuk report aku harini?hmm berfikir sambil garu-garu kepala.