si tanggang modern

Pernah tak korang menyakitkan hati orang yang korang sayang?i mean your mum.pertanyaan  itu aku rasa korang tak perlu jawab dibibir tetapi korang perlu jawab ia dihati kerana hati tak pernah sesaat untuk menipu dan berbohong.jika pernah,adakah korang pernah menyesali atas segala perbuatan korang?adakah korang meminta maaf pada mak,ibu,mama dan umi korang?kalau ada korang adalah anak yang soleh dan bakal-bakal penghuni Syurga Allah.itu pasti!anak yang soleh dan solehah yang hidupnya sentiasa diberkati oleh ibubapa dan diberkati Allah dimana sahaja mereka berada.

pagi tadi dimana sekali lagi untuk aku yang berumur 19 tahun ini dimarah oleh emak,agak kelakar la sebab sudah besar panjang pun masih lagi dimarahi seperti belum matang.bila aku fikir-fikir lagi kalau adik aku yang berumur 5 tahun tu kena marah boleh diterima lagi,ni aku yang berumur 19 tahun.ia sungguh memalukan.dan seperti biasalah mak aku kalau marah dia takan menggunakan tangan,tak macam ayah aku.mak hanya mengeluarkan kata-kata yang pedas,lantas terasa ingin terbakar telinga ni namun nasib baik cuaca yang sejuk so telinga aku pun turut terasa sejuk.tapi aku tak kisah pun kena marah pagi tadi,sebabnya tu semua dari aku juga.aku dah buat salah so aku patut kena terima semua tu.kadang-kadang kan kepala baran aku ni sedikit memberontak nak lawan balik kata-kata mak aku,tapi cepat-cepat aku membetulkan kepala otak aku ni.kau dah nak mampus ke cha?dah bodoh sangat nak lawan nak kurang ajar nak sakitkan hati orang yang dah bagi kau makan,pakai walaupun tidak mewah,bagi kau hidup dalam dunia.aku tidak sanggup untuk berbuat seperti itu.namun aku bukan seorang anak yang baik,aku tidak sedar kadang-kadang aku ada buat mak marah.tapi satu je prinsip aku,aku takan nak tunjuk besar kepala dengan menjawab melawan balik bagi aku mak ayah aku marah ada sebab,dan sebabnya ialah aku membuat kesalahan.kesalahan itu sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk menegur agar mereka tidak disoal di akhirat nanti.aku lebih rela sakitkan hati prang lain dari aku nak sakitkan hati mak dan ayah aku.bagi aku dorang segalanya,kadang-kadang ade orang cakap, yang mereka boleh hidup kalau hanya ade mak,kalau takde ayah pun takpe.kadang-kadang ade juga mereka cakap,yang mereka boleh hidup dengan ade ayah saje kalau emak takde pun takpe.tapi aku,aku perlukan dua-dua,aku perlukan emak dan ayah,aku tak boleh hidup kalau takde dorang.aku selalu doa semoga mereka panjang umur,lebih baik Allah tarik nyawa aku dahulu berbanding mereka,sebabnya aku taktahu macam mane nak tempuh hari-hari dalam hidup tanpa mereka.