Terasa dipagi Aidilfitri

Manusia sering merungut dan memaki hamun jika menghadapi sesuatu masalah,aku juga manusia dan aku juga sering terpesong dari ajaran islam apabila menghadapi masalah.aku menulis entry ini bukan untuk menunjuk-nunjuk bahawa akulah manusia yang sempurna,akulah manusia yang cukup pegangan agama islam,aku mengaku aku seorang hamba yang goyah pegangan,aku sering terbabas dan terlalai oleh akibat arus kehidupan yang sungguh liar dan menganas.namun aku tidak mahu terus-terusan bersikap bodoh sombong,aku sedaya upaya untuk memuhasabah diri,bagi aku tiada tempat yang aku boleh mengadu,menangis dan merintih jika ditimpa masalah selain hanya kepada Allah tempat aku segalanya.

segala isi cerita yang aku pernah tempuhi bersama kau untuk beberapa jangka masa itu aku ingin lupakan,dan aku sudah memaafkan segala yang berlaku,memang agak sukar untuk aku maafkan,namun aku sedaya upaya untuk memaafkan agar tiada dosa yang kau tanggung dan aku tidak menjadi manusia yang berhati busuk dan berdendam.sedikit pun aku tidak akan berdendam.aku anggap ni semua adalah takdir untuk kita.Allah Maha mengetahui segala-galanya,mungkin ini adalah jalan yang terbaik.kau dengan cara kau dan aku dengan cara aku.kita sebagai hambanya yang lemah hanya mampu merancang tapi dia yang berkuasa menentukan.Akhir kata dari aku,aku maafkan atas semua yang kau lakukan dan terima kasih atas manifesto2 kau selama ini.sekiranya aku punya kesalahan,aku memohon kemaafan,halalkan segala makan,minum yang aku pernah ambil dari kau sekeluarga.

terima kasih