Contest #TheMostMemorable2012Moment

Hello readers dan para stalker yang rajin untuk melawat blog cikai aku ni,korang tahu ke cikai tu ape?hee rasenya,yang aku tahu cikai ni banyak digunakan oleh orang Johor jela,negeri-negeri lain mungkin susah nak faham what is cikai?cikai is something yang buruklah,tak bagus mane pun,hah sesuailah untuk gelaran blog aku yg masih mentah babeng ni =).actually,takde peristiwa-peristiwa yang best pun yg berlaku dalam hidup aku,semuanya biasa-biasa je.tu yang aku tak tahu nak update ape.and guess what?aku nak try join satu contest yg agak best,bukan agak lagi tapi memang superb best.mane tidaknya denga tajuk contest #TheMostMemorable2012Moment mestilah bestkan.lagi-lagi contest ni memerlukan aku untuk tayangkan satu gambar yang sangat bermemori untuk aku sepanjang tahun lepas iaitu tahun 2012.tahu lepas adalah tahun yang penuh dengan turun naik kisah hidup dan persahabatan aku.so sad=(




eh jangan sedih-sedih ni kan kite dah masuk tahun baru,tahun 2013.semangat dan azam baru ade.so,buka sekali buku baru untuk jadikan 2012 sebagai pengajaran dan mungkin 2013 lebih baik.right?

dengan lafaz bismillah aku join contest ni =)




Nak join?click la banner ni =)
                         

Aku nak mempersembahkan gambar yg paling bermakna untuk aku sepanjang 2012 untuk contest ni.


A hashtag  #TheMostMemorable2012Moments

Gambar ni diambil di Jusco Seberang Perai,ketika ini kami sakan shopping barang makanan untuk sahur dan berbuka.yang menjadikan gambar ini sangat bermakna ialah ikatan persahabatan kami yang terjalin sejak semester satu lagi,tapi yang menyedihkan pada tahun 2012 persahabatan kami renggang dan semakin jauh kerana mempunyai salah faham yang agak susah untuk diselesaikan kerana tiada sefahaman dan kematangan dari kami.semoga 2013 ade kesempatan untuk mai berbaik-baik.insyaAllah =)

Im living at Pasir Gudang,Johor.

tag kepada sicomel  dan SchaFyka 

JOIN !
                   


Segmen Tambah Follower Awal Tahun 2013 oleh Emmymazli


Assalamualaikum dan selamat pagi semua,masih sempat untuk aku ucapkan selamat pagi sebabnya ketika ini baru jam baru menunjukkan ke pukul 11:31 am,pagi masih muda untuk orang muda macam kite-kite semua ni kan?tengah takde kerja ape-ape kat ofis ni,ape lagi jari aku melilau menaip-naip blog yang comel-comel,cantik-cantik,hot-hot untuk aku blogwalking.bosan doe kalau asyik main FB Twitter,sekali sekala nak jugak join segmen yang best dianjurkan oleh blogger-blogger lain.kan?


Dan tadi blogwalking punye walking aku pun terperasan satu segmen yang kelihatan menarik untuk aku join,ape lagi aku pun tak melengah-lengahkan mase untuk join.yehhaaa =)
Segmen yang aku join ni bernama jeng jeng jeng!!hah ni namenya Segmen Tambah Follower Awal Tahun 2013 oleh Emmymazli

                             

You know what?kali pertama aku jumpa tuan blog yang sangat berani untuk meminta pendapat,komen dari blogger lain untuk membaikpulih blog dia.wahh awak sangat hebat dan sangat open minded,saya suka.and saya pun nak jadi macam awak yg open minded but susah,hihi,maklumlah tahap kesabaran orang ni lain-lain.dan ni turn saya untuk komen about ur blog.bagi saya blog awak sangat meriah,best.banyak pink-pink saya pun suka pink-pink.sebuah blog yang tak susah nak baca  sebab awak gunakan font yg memudahkan blogger lain untuk bace entry awak.good job.walaupun saya baru juga dlam dunia blog yg saya boleh cakap blog awak simple but nice.Thumbs up awak =)

JOIN! =)

Rungutan =(


Aduh!setanlah!alamak!malang seyh aku!untungla orang lain.hmm tulah ayat yang sering keluar dan meniti dibibir kita semuakan?kalau u olls tak cmtu bagusla,tapi aku ngaku sometimes aku memang banyak merungut daripada redha,sabar dengan apa yang berlaku.sudah name pun manusia,manusia memang tak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan dan maybe melakukan kesilapan yang pernah dibuat dan diulang kembali.berkait rapat denga manusia ialah masalah.sape yang tak pernah ade masalh tu aku rase bukan namanya manusia,si kucing comel tu pun aku rase die ade masalah cumanya kita tak tahu je,hee yela mane kau tahu die ade masalah dengan husband die?die tangah gaduh dengan pakwe die pun kite tak tahu,sebabnya die cakap menggunakan loghat kucing.haha =).ape ingt kucing takde loghat ke?sedangkan  kite manusia pun ade loghat.okay abaikan mengenai loghat.loghat biar berbeza,asalkan kite semua tetap same,kite same sebab kite MANUSIA.alhamdulillah.


                                         


Nak dijadikan cerita,harini aku rase rezeki sangat mencurah-curah.ceh takdela tercurah sangat cumanya harini dapat makan free so savelah sikit duit aku kan.bukan kedekut ke ape,Cuma nak berjimat cermat ja.nak menabung untuk continue study nanti manelah tahu aku ade rezeki continue degree kan?Insyaallah.sebab parents aku pun not sure boleh bantu.bukan dorang tak boleh bantu.cumanya aku taknak susahkan dorang =).


Sambung balik untuk harini,walaupun aku dah kenyang aku tetap keluar rehat sebab nak temankan kawan aku si nyot yun tu,die nak pergi pejabat pos sebab adelah hal yang nak diselesaikan.then die nak pergi bank pula,juga dengan urusan die.aku follow jela sebab aku takde pape hal yang nak diuruskan.mase dalam bank,sementara aku tunggu si nyot yun tu settlekan urusan die,mate aku seperti biasalah melilau sana,melilau sini.sekalikan aku terpandang seorang hamba allah ni.die ade tangan,tapi kenapa tangan die kecil?die ade tangan,tapi kenapa tangan die keras?kenapakah?bila aku tengok betul-betul barulah aku perasan yang die guna tangan palsu.Oh My.die sangat kuat.die sangat kuat teruskan hidup die walaupun tanpe satu tangan.cuba korang bayangkan kalau korang dan aku ditempat die?Oh My,aku tak sure yg aku boleh bangun ke tak.dala aku ni lembik nak mampus.kadang-kadang orang yang ade semangat kuat pun boleh down disebabkan oleh pandangan manusia.tu baru pandangan manusia,belum lagi kata-kata.tak baik aku bersangka buruk.no!aku tak sangka buruk but inilah kenyataan dunia sekarang.


Memanglah kadang-kadang kita pandang biasa je.eleh tu baru takde tangan.ade lagi orang lain lagi teruk.lain orang,lain rezekinya lain qada’ dan qadarnya yang Allah aturkan.but aku masih nak cakap yg die seorang yg kuat.Alhamdulillah aku sekeluarga allah jadikan dengan sempurna.Syukur Alhamdulillah=)

Segmen | Pencarian Bloglist Januari 2013 Blog GPP


Assalamualaikum  dan selamat pagi semua wahai makhluk Tuhan.semoga pagi yang cerah ni mampu memberi  sinar yang cerah pada kehidupan anda dan anda sepanjang harini.alright?okay baik.pagi ni aku masih lagi sihat dan wajib menghadirikan diri di ofis,sebabnya aku malas nak fikirkan ape alasan yang aku nak bagi kalau aku cuti.ingat senang ke budak praktikal nak ponteng?same jugak student-student poli yang lain kan?

Harini aku masih tade kerja yang berat aku buat,semua kerja yg senang-senang.just buat filing-filing maklumat komputer sepanjang tahun lepas.


So,tengah bosan gila ni.ape lagi aku doklah stalker blog-blog blogger yg hot-hot.yg famous-famous nak dibandingkan yang aku masih mentah gilak ni!.
Tetiba aku terpandang satu lagi segmen yang agak mudah untuk aku join,tak susah mane pun syarat-syaratnya.so,aku dengan sebulat suara nak sebentuk Love hati aku nak join segmen ni =)

ni entry yang aku re-Update je =)


 



Dalam segmen ni memerlukan aku untuk menyatakan azam tahun baru aku.mungkin belum terlambat lagi,yela walaupun harini dah berapa haribulan kan?takpe-takpe aku masih sempat nak berazam.baiklah,seperti tahun lepas banyak azam-azam aku yg  tak tertunai.aku mengaku =).so,tahun 2013 ni aku tetapkan hati dengan azam baru aku.antaranya ialah:


1)aku nak jadi seorang anak yang baik dan of course Solehah,anak solehah untuk mak ayah aku=).

2)aku nak jadi seorang hamba Allah yang lebih beriman.insyaAllah =).

3)aku nak jadi seorang yang berjaya.aku taknak kalah dengan kawan-kawan seperjuangan aku.itu mesti !

4)aku nak belajar pandai-pandai,then dapat kerja yg bagus.aku nak bawa mak ayah aku ke Tanah Suci Mekah.insyaAllah =)

AKU JOIN!

Cantik Luar Dalam

6 Tip Cantik Buat Muslimah 


1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik:
Cuci muka minimal 5 kali sehari, iaitu dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan oleh kain atau tuala, biarkan air itu menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sejadah, solat, berzikir, dan berdoa.

2. Untuk menghilangkan stress:
Stres adalah salah satu penyebab kedut dan kerut pada wajah.
Perbanyakkanlah aktiviti fizikal. Jika tidak ada waktu untuk pergi ke studio fitness, spot-gym, dan lain-lain. Cukup dengan memperbanyak solat. Dengan solat bererti kita menggerakkan seluruh tubuh. Sampaikan segala keluh kesah kita kepada Allah SWT dengan zikir dan doa.

3. Untuk pelembab, agar awet muda:

Senyumlah. Senyum di bibir, senyum di hati. Sentiasa berkata kepada diri sendiri bahawa kamu adalah cantik dan tidak memerlukan pembedahan plastik. Baca juga doa setiap kali bercermin:



4. Untuk mendapatkan bibir cantik:
Selalulah bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak bercakap bohong, atau menyakiti hati orang lain, tidak sombong diri atau takabur.

5. Agar tubuh langsing:
Lakukandietyang teratur iaitu dengan berpuasa seminggu 2 kali, hari Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi berpuasa seperti nabi Daud AS. Makanlah makanan yang halal, banyak sayuran, buah-buahan, air putih.

Maksud hadis:

Rasulullah bersabda: “Puasa yang paling Allah cintai ialah puasa Nabi Daud, iaitu dia berpuasa satu hari dan berbuka satu hari. Solat yang paling Allah sukai ialah solat Nabi Daud, iaitu dia tidur hingga pertengahan malam lalu bangun mendirikan shalat pada sepertiga malam dan tidur lagi di akhir seperenam malamnya.” [Shahih al-Bukhari, no: 3167].

6. Untuk mengembangkan potensi dan keupayaan diri:
Sebarkan salam dan sapaan, maka dengan demikian kita akan dikenali dan disayangi ramai.
Wallahualam.

Copy dan Paste maklumat dari http://www.xpresi.org/6-tip-cantik-buat-muslimah/

Kecacatan comel

Siapa yang ade lesung pipit?sila angkat tangan,aku nak bagi gula-gula.sebab apa aku nak bagi gula-gula?kenapa aku tak bagi hadiah lain?hee sebabnya sesiapa yang ade lesung pipit ni adalah seorang yang amat comel,manis,cantik,manje macam aku hahaha=) maaflah aku terover memuji diri.so what?daripada takde sape yg nak puji diri aku ni kan?aku pujilah sendiri ciptaan Allah yang Maha Bijaksana.

Lesung pipit atau lekuk kecil yang ada di pipi seseorang memang bisa menambah kecantikan atau ketampanan. Tapi tak semua orang memiliki lesung pipit di muka.kenapa ada orang yang memiliki lesung pipit dan ada juga yang tidak? Beberapa masyarakat ada yang percaya dengan mitos bahwa lesung pipit boleh terbentuk dengan cara menusukkan ujung cabai(lada) ke pipi bayi.means,nanti bila korang ade anak,korang buatlah.tu pun kalau tak pijar muka baby korang.

Alhamdulillah aku ade lesung pipit =)

Tapi ternyata mitos tersebut tidaklah benar, kerana lesung pipit terjadi akibat kelainan dari otot pipi yang diturunkan. Lesung pipit bisa muncul di kedua pipi atau hanya di salah satu pipi saja dan biasanya akan terlihat dengan jelas di wajah seseorang ketika ia sedang tersenyum, berbicara atau tertawa.Beberapa orang memiliki lesung pipi yang dalam dan sangat terlihat, sedangkan yang lainnya hanya terlihat samar-samar. Fenomena lesung pipit dipengaruhi oleh faktor genetik dan diperlukan gen lesung pipit yang dominan. 

Jika salah satu mak ayah atau sedara marah yg ade pertalian darahnya memiliki lesung pipit, maka ada kemungkinan lesung pipit ini akan diturunkan ke generasi berikutnya. Anak-anak yang terlahir dari salah satu orangtua dengan lesung pipit akan memiliki kesempatan sebesar 25-50 persen. 

Seperti dikutip dari NCTimes, Rabu (29/12/2010) Dr Joel Pessa, seorang ahli bedah plastik di University of Texas Health Science Center dalam makalah yang diterbitkan jurnal Clinical Anatomy tahun 1998, menuturkan lesung pipit disebabkan oleh kecacatan dari otot zygomaticus utama. 

Lesung pipit yang muncul pada wajah seseorang diakibatkan olehotot zygomaticus utama yang lebih pendek daripada ukuran sebenarnya atau otot ini terbelah menjadi dua, kondisi ini menyebabkan adanya lekukan pada pipi.Ketika seseorang tersenyum atau berbicara, maka ada daya tarik dari kulit yang membuat lesung pipit muncul akibat efek penarikan kulit tersebut. Hal ini diketahui setelah peneliti membedah anatomi wajah 50 mayat yang memiliki lesung pipit. 

Lesung pipit umumnya tidak terlihat ketika seseorang sedang diam, karena otot pipi tersebut tidak mengalami penarikan atau dalam posisi diam. Beberapa orang ada yang hanya memiliki lesung pipit ketika masih anak-anak atau muda. 

Hal ini karena seiring waktu otot wajah ini secara perlahan akan meregang yang membuat lesung pipit memudar atau hilang.alorh boleh hilang ke?aku taknak lesung pipit aku ni hilang,nanti takcomel lah =)

                                              [kipmart.png.jpg]

Segmen | saya blogger Negeri...

Sebenarnya aku sendiri tak tahu kenapa aku seahrian ini rase macam asyik nak duduk menatap laptop je,asyik duduk mengonline.bosan barangkali,haha =).besok dah kerja,alorrhh!tak suka,malsanya nak kerja.sepanjang harini aku asyik blogwalking blog-blog yg comel-comel.seronok pula rasenya.baru sekarang aku rase seronok berbelog.ngeh3.padahal aku dah lame start berbelog.maybe sebab dulu aku banyak komitmen,yela kalau kat penang memang susahlah aku nak selalu update belog,banyak class lah,banyak esaiment lah,segalanya banyak.hehehe =).so bila aku free jelah baru aku rajin nak update.

harini blogwalking punye blogwalking aku terjumpe satu segmen.yang not bad untuk aku join,joib sesaja je pun :)segmen ni dinamakan saya blogger Negeri...



Terjah blog tuan punya segmen haha =) jumlah join ! http://www.fizgraphic.com/

Aku seorang blogger mentah yg berasal dari Johor Bahru.

                                     



Banyak yang best dekat Johor ni,kalau nak tahu kena datang dan lihat sendiri tempat-tempat yg best dan menarik.Antaranya ialah :


Air Papan (pantai), Mersing.

Ayer Hitam – Bandar Persinggahan bagi mereka yang dalam perjalanan dari Johor Bahru ke KL atau sebaliknya. Selain makanan ia terkenal kerana seramik. Aw Pottery terletak di sini..

Batu Layar- Pantai tempat bermandi manda.

Crocodile World, Teluk Sengat, Desaru – Terletak 20 minit perjalanan dari Kota Tinggi, antara tarikan pelancong ke Desaru.

Desaru – Pantai peranginan

Taman Negara Endau-Rompin – terletak berdekan pekan Endau dan bersempadan dengan daerah Rompin di Pahang.

Gunung Arong – Hutan simpan dalam daerah Mersing, antara tarikan pelancong yang gemarkan keindahan alam semulajadi di Mersing.

Gunung Belumut – Hutan rekreasi Gunung Berlumut antara tempat menarik di Kluang

Gunung Lambak – Juga dalam daerah Kluang terletak kira-kira 5 kilometer dari pekan Kluang. Penginapan dikenali sebagai Gunung Lambak Eco Resort terdapat di sini.

Gunung Ledang – Gunung yang kaya dengan kisah misteri seperti nenek kebayan terletak berdekatan Tangkak dan Sagil dan bersempadan dengan Melaka. Juga dikenali sebagai Mount Ophir.

Gunung Panti – Terletak tidak jauh dari Kampung Lukut ia berketinggian 1498 kaki.

Gunung Pulai – Setinggi 2147 kaki terletak dalam daerah Pontian.

Hutan Bandar Mutiara Rini- Merupakan pusat riadah yang agak terkenal di Johor Bahru.

Kota Johor Lama, Kota Tinggi.- Juga dikenali sebagai Teluk Sengat

Kahang Organic Rice Eco Farm – Satu-satunya tempat penanaman padi yang diiktiraf organik di Malaysia
Kelip-kelip di Kota Tinggi

Legoland - Mula dibuka pada tahun 2012, terletak di Nusajaya. Ia merupakan tempat permainan dan hiburan bertemakan lego

Air terjun di Kota Tinggi

Kukup – kawasan perikanan di daerah Pontian

Kolam Air Panas Labis
Mersing

Orchid Valley di Jalan Pontian-Kukup.

Parit Jawa – antara pekan utama di daerah Muar. Terkenal dengan makanan laut segar.

Pantai Penyabong di Endau

Ladang Nanas di Pontian

Pulau Aur, Mersing

Pulau Babi Besar, Mersing

Pulau Kukup, Pontian

Pulau Pemanggil, Mersing

Pulau Rawa, Mersing
Pulau Sibu – Untuk kesini melalu jeti Tanjong Leman. Terkenal dengan aktiviti skuba diving

Pulau Tinggi – Juga dari Tanjung Leman (dalam daerah Mersing, 72 kilometer ke selatan pekan Mersing)

Pulau Tioman – Antara pulau popular di Malaysia, terdapat sebuah lapangan terbang domestik di sini.

 Tanjung Balau- Pantai tempat bermandi dan berkelah, terdapat juga Muzium Nelayan disini.

Teluk Mahkota – juga dikenali sebagai Jason Bay terletak di Sedili kira-kira 28 kilometer dari pekan Kota Tinggi.

Tanjung Piai – Kawasan paling selatan di Asia, disini letaknya Taman Negara Tanjung Piai (hutan paya bakau)

ZenXin Organic Park – Jalan Batu Pahat, Kluang Johor.

kalau korang nak bershopping ala glamour gitu,korang boleh datang serbu

 JPO(Johor Premium Outlet).



pasal makanan,kalau aku cerita nanti korang terliur je,better datang sendiri johor carik tempat makan yang best.memang takkan menghampakan.specially asam pedas =)


AKU JOIN SEGMEN NI ! ;)