Perasaan suatu fitrah manusia yang Allah kirimkan,Allah
jadikan,Allah kurniakan dalalm diri manusia.thats why,manusia punyai nilai
kasih sayang yang tinggi.tak macam haiwan.tapi haiwan jugak memiliki sifat
kasih sayang kepada anak-anaknya.Cuma yang takde perasaan adalah binatang.so
korang boleh buat perbezaan sendiri kan antara binatang dan haiwan?okay good.
Walaupun aku paksa dengan sepenuh kudrat tenaga perempuan
aku ni untuk tutup pintu hati aku dek akibat terlalu frust dengan manusia yang
bernama lelaki tapi aku kalah juga dengan penangan perasaan sayang dan suka
terhadap insan lain.yups!aku mengaku,hati aku memang aku dah tutup untuk
lelaki.kalau bermesej pun tak semestinya aku bermesej dengan lelaki,aku lebih
mesej dengan perempuan.eh perempuan sama perempuan pun boleh mesej-mesej
apa.lagi sweet.tapi dosa tu meningkat sikitlah,sebab kami lebih kepada gosip-sodip
hot yang hangat.
Hampir sebulan lebih juga kot aku tutupkan hati ni,namun
sekarang ni aku tak tahu kenapa ia boleh terbuka kembali.tapi yang menyedihkan
hati terbuka untuk salah orang.orang itu sudah berpunya,jika diatidak berpunya
pun aku rasakan mustahil dia pandang aku.aku ni hanya perempuan biasa.cantik
pun tak,pandai pun tak,berduit pun tak.lelaki mendambakan seorang perempuan
yang perfect dimata dan hati mereka.setakat aku?apa yang ada?gaya pun
takde,kerja?lagilah belum ada.
So macam mana ni?macam mana aku nak lalui hari-hari
mendatang aku.aku selalu berangankan dia.selalu berangan yang dia mesej
aku,tanye aku tengah buatpe dan seterusnya selalu mesej.hm.tapi aku rasekan itu
semua tersangat mustahil akan jadi.sangat.aku hanya mampu berdoa jela dan
kuatkan hati.insyaAllah.