Mendung

Assalamualaikum semua.dan seperti biasa itulah yang aku akan mulakan untuk menaip dan membebel dalam blog ni.blog inilah yang aku rasakan paling setia mendengar segala apa yang aku rasa,tak kiralah aku rasa sakit hatikah,aku kecewakah,aku nak nangis ke,aku marah ke pokoknya semua yang ingin aku cerita disini blog tidak pernah mengabaikan aku,tak pernah walaupun sesaat untuk jauh dari aku dan dia sentiasa ada untuk aku luahkan segala apa yang aku rasa.dan sekarang perasaan yang aku sedang pikul kali ini adalah perasaan rindu.

Rindu yang mungkin menebal untuk hari ini kerana nana pun dah balik perthlis tapi sekejap!jangan salah anggap,aku bukan rindukan nana.kalau aku rindu pun sikitlah,biasalah rindu seorang kakak terhadap adiknya,walaupun dulu aku sellau bergaduh dengan dia,tapi semakin besar dah kurang bergaduh.dengan iti pun sama.kami bertiga perempuan.so lebih banyak berkompromi.lagi-lagi kalau ada rahsia pape.






hah kan dah semua gambar adik beradik aku upload untuk entri ni,takpalah kan :)

itu rindu buat adik-adik tapi untuk kali ini aku lebih mahu menceritakan yang aku terlalu rindukan seseorang manusia yang berjantina lelaki.siapakah?aku rindukan dia yang pernah suatu ketika dulu bertakhta dalam hati  aku paling dalam.lelaki itu juga pernah aku sayang buat suatu ketika dahulu,lelaki itu jugak pernah aku percaya 101 peratus tanpa sedikit pun curiga.ketika itu aku rasakan dialah superman,batman dan spiderman aku.aku hanyalah heroin didalam cerita,heroin yang sentiasa perlukan hero untuk menikmati kebahagiaan dan menerima kasih sayang daripada seorang hero.sayang seribu kali sayang,itu semua hanyalah sementara.

dimana kekurangan aku,aku tidak tahu.puas aku aku teliti.sedaya upaya aku mengagahkan diri untuk menjadi yang terbaik dan tersempurna untuk dia juga untuk hubungan kami kala itu.tapi manusia yang tidak mengenal erti syukur sering membutakan mata mereka.ereka sering butakan mata atau aku?bila aku fikirkan semula,rasanya seperti aku yang sering membutakan mata.dan aku rasa Allah tidak pernah lambat untuk memberi aku petunjuk.setiap kali aku menghadap Allah,setiap kali aku solat aku tidak pernah tertinggal untuk mendoakan kebahagiaan kami dulu.itu dulu.aku sering mohon petunjuk dari Allah.jika dia yang terbaik untuk aku engkau kekalkan hubungan kami,jauhkanlah kami dari maksiat.namun jika dia bukan yang terbaik engkau tunjukkanlah kepadaku.bukan untuk memburukkan dia,tiada sedikit pun terniat untuk memburukkan dia.tapi ini adalah pengajaran yang aku terima,yang aku dah lalui mungkin boleh dijadikan pengajaran untuk adik-adik yang lain.mak aku cakap,sebenarnya apa yang terjadi atas kakak adalah untuk mematangkan kakak lagi,mungkin lepas ni kakak boleh lebih berjaga-jaga dan jangan mudah percayakan orang lelaki,insyaAllah mak.

Aku bukan seorang yang baik,aku juga dahulu sering mengabaikan hukum-hukum,aku juga bukan seorang yang bodoh tapi aku lebih kepada membodohkan diri sendiri.mak ayah aku berhempas pulas mencari rezeki untuk bagi aku makan,pakai,sekolah,sekolah agama yang penting dan banyak lagi.tapi dalam tak sedar,aku dah sia-siakan tu semua.kesilapan aku bercouple adalah kesalahan aku yang paling besar aku buat pada diri aku sendiri.mungkin selepas ini tiada lai istilah couple untuk diri aku,semoga aku lebih beristiqomah untuk perubahan penampilan aku kala ini,semoga berterusan.kini aku sedang dalam percubaan untuk lebih menutup aurat dan bukan membalut aurat.sebenarnya dari dulu lagi aku nak kan perubahan seperti ini.mungkin masa tu aku masih bercouple.memang boleh aku berubah pada masetu cumanya aku takut tak tetap dan tak kuat.yela,kalau dah bercouple takan takde keluar jumpa kan?dah jumpa nak pergi tengok wayang pula,dah tengok wayang,jalan-jalan pula.tapi tu pucuk pangkal on diri memasing.kepada pasangan couple yang pandai jaga batasan tu aku tabik springlah tapi sedangkan bargayut memalam dengan lelaki bukan muhrim tu pun kita dah dapat dosa kecil,apatah lagi dengan suara manja yang melentok-lentok cakap dalam selimut.itu akulah dulu,bukan orang lain.aku sangat kesal,memang banyak sungguh dosa aku sepanjang aku hidup 20 tahun ni.subhanallah.





No comments: