Hitam

Assalamualaikum readers.untuk malam ini aku rajin untuk menaip entri lagi.kebiasaanya aku malas.tapi hati aku kala ini terasa berat,dan sukar untuk aku pendam sesorang.dan aku sangat perlukan seorang pendengar untuk mendengar masalah aku.seperti biasa siss qiqi adalah orang pertama yang akan tahu apa masalah aku jika ia berkaitan dengan hal-hal cinta monyet dan cinta babun aku ni.hmm masih cinta ke?aku tidak lagi bercinta tidak lagi mempunyai boyfriend,mungkin sampai bila-bila.dan entri kali ini hanya perkongsian hidup aku,tiada kaitan dengan orang lain.takde niat untuk memburukkan sesiapa selain aku.

Aku tak tahu kenapa,apa yang malangnya since aku start mengada-ngada bercinta ni aku belum jumpa lagi lelaki yang betul-betul ikhlas sayangkan aku.tiada.ada yang seminggu,ada yang dua minggu dah tamat riwayat hubungan kami.tapi ada dengan seorang tu membuatkan aku berangan-angan disiang hari,aku berangan yang kami boleh hidup bersama,kawin,ada family,ada anak,dan ada segalanya.ketika itu aku rasakan dialah yang terlalu sayangkan aku,aku juga begitu.namun,sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.aku yang terlalu bodoh dan naif percayakan dia,terlalu setia di Penang sedangkan dia disini boleh bersuka ria dengan pengganti aku.ianya sungguh mudah untuk dia cari pengganti aku.dan aku?sehinggakan sekarang hampir 2 bulan kami berpisah and truthly aku belum totally lupakan dia.sayang itu mungkin sudah tiada tapi,perasaan rindu masih tersisa dalam hati kecil aku.aku rindu dia.dia?nonsense aisha.bagi sebab kenapa dia perlu rindukan engkau sedangkan dia dah ada girlfriend yang boleh bahagiakan dia zahir dan batin.

Aku tahu dulu silap aku.aku bertaubat.manusia tak berhak hukum aku.hanya Allah berhak.dulu setakat berpegang tangan aku anggap biasa.bodohnya aku.rendahnya maruah aku.

Harini rindu pada insan itu kembali menusuk hati aku.kenapa?kenapa mesti rindu tu datang semula?tapi aku tak pernah merungut.itu adalah satu perasaan yang Allah kirimkan untuk aku.aku manusia.bukan binatang.tapi aku tak bagitahu dia yang aku rindukan dia.yela macam mane nak bagitahu lagi kan,number handphone dia jangan haraplah aku nak save lagi.fb dia pun aku unfriend.tapi kalau aku masih punya seua itu,aku tetap tidak akan bagitahu dia.rindu itu membuatkan aku kembali mengalunkan angan.'Tape' ingatan kami dulu aku singkap satu persatu.teringat pertama kali keluar jumpa,main bowling,tengok wayang.waktu kami terlalu mentah dalam hubungan tu.lama kelamaan kami menjadi mungkin 'matang' ke mungkin aku sahaja.kami bercinta jarak jauh.aku di Penang dan dia disini.

Kesetiaan aku yang jauh ini mungkin tidak cukup untuk dia.yela,lelaki mana suka berjauhan dengan pasangan dia,susahlah dia nak bermanja tahi kucing bagai tu semua.mungkin itulah satu sebabnya dia cari yang lain.itu yang aku berang dan marah sangat.macam mane aku di Penang boleh setia sedangkan dia tak boleh?

Tapi takpe,setelah apa yang aku baca tadi,aku lebih bersyukur sebab Allah putuskan hubungan kami,Allah tunjukkan dengan lebih details lagi bahawa dia bukan yang terbaik untuk aku.dan aku jga 'mungkin' bukan yang terbaik untuk dia.semoga dia dan kakak yang berumur 28 tahun kalau tak silap aku berbahagia cepat-cepat kawin dan bina hubungan yang sah.dunia sudah tua.mungkin esok lusa mungkin kiamat.siapa tahu?aku tak bermaksud yang aku baik,alim dan masuk syurga.tapi aku taknak dai terus-terusan buat salah.jauh dasar hati aku,aku sayangkan dia.aku taknak dia buat dosa dan silap yang teramat besar.




Bukan aku tak pernah buat salah dan dosa.tapi aku sedang cuba perbaiki.

Terima kasih kerana buat sayang macam ni,terima kasih juga untuk akak N sebab muncul dalam hubungan kami,sebab kalau akak tak muncul mungkin kami masih couple dan aku masih buat kesalahan.Alhamdulillah Ya Allah.aku akan pastikan tiada lagi lelaki akan jadi boyfriend aku tapi insyaAllah aku akan punyai suami yang soleh untuk bimbing aku.boleh terima kekurangan aku.

tiada manusia yang suci tiada kesalahan masa lampau.dan dengan kesalahan itu tak semestinya manusia iu tidak boleh berubah ke arah kebaikan melainkan diri diri sendiri yang tak nak mengubahkannya.

No comments: