Terkunci

RAHSIA INI TELAH LAMA AKU PENDAMKAN,TIBA MASANYA SEGALA-GALANYA TUK DICERITAKAN.

AKU NAMPAK KAU TAPI BUKAN AKU YANG DISISI.

Alhamdulillah,aku dah boleh bangun.aku dah boleh terima atas segala apa yang telah terjadi atas hubungan kita.thanks to Allah,sebabnya telah memakbulkan doa-doa aku,setiap kali selepas solat aku sentiasa dan tak pernah lupa untuk berdoa agar Dia memberi aku kekuatan untuk aku terima segala ujian dan dugaan ni.Alhamdulillah.dan seingat aku dah cukup sebulan kami putus.memang mase awal-awal aku tersangat down,hanya Allah,emak ayah,adik-adik dan kawan rapat aku saja yan tahu keadaan aku macam mane.merekalah tempat aku menangis,merekalah tempat aku bercerita dan tak lupa juga siss qiqi a.k.a kakak sedara aku yang paling rapat.dialah yang banyak membantu aku untuk bangun.cerita aku sepertinya tidak perlu untuk aku ungkit dan ceritakan lagi,sebabnya aku taknak orang simpati dekat aku.dan aku juga taknak orang lain memperlekehkan aku,aku tahu,kita sebagai manusia bukan semua manusia yg lain suka dengan kita right?tapi takpe aku tak kisah pun kalau ade yang tak sukakan aku,aku tak terluak ape pun.tade kaitan dengan aku.ade aku kisah?

Walaupun dah sebulan kta putus tapi aku masih rindu.aku rindu.aku rindu dengan kenangan-kenangan kita.aku tak rindu kau.aku rindu kenangan kita.walaupun kau tak rindukan kenangan kita sama sekali,aku tak kisah.aku pun taknak kisah.aku boleh hidup dan rindukan kenangan kita tu sesorang.mustahillah kau nak rindu,kau nak ingatkan kenangan kita semula kan?yela kau pun dah ade pengganti aku.sungguh mudah!but its okay.bukan salah kau totally,ade salah aku juga.salah aku terlalu bodoh percayakan kau,salah aku terlalu setia dengan kau,tu semua salah aku bukan salah kau.segala yang berlaku ada hikmahnya.tuhan mahu aku berjumpa dengan orang yg silap dahulu sebelum aku berjumpa dengan orang yg benar.dan mungkin memang aku pun bukan yang terbaik untuk kau.aku memang tak layak untuk kau,sepatutnya aku kena sedar diri dari awal dulu.kau pandai,aku bodoh.kau pernah study foundation in law sedangkan aku hanya diploma cikai di Politeknik.kau boleh speak english sedangkan aku speak jawa pun tak pandai.kau dulu sekolah bagus,sedangkan aku?sekolah corot.segala perbezaan kita tu semua hanya kita manusia sahaja yang gemar pertikaikan.sedangkan Allah memandang semua hambaNya semua sama yang membezakan adalah tahap keimanan.semoga kau bahagia dengan life kau.dan aku bahagia dengan life aku.

tetapi satu kesan yang kau berikan dekat aku sampai sekarang ni belum hilang ialah kerana kau,aku masih belum dapat nak buka hati aku untuk mane-mane lelaki.kadang-kadang aku benci dengan kata-kata manis dari lelaki.kesian dorang,kerana kau aku terpaksa hukum dorang.aku tiada niat untuk menghukum dorang.tapi aku tak boleh tipu diri aku sendiri yang hati aku masih belum terbuka untuk mane-mane orang lagi.aku mintak maaf sangat aril.2 kali aku buat kau tertunggu-tunggu.aku takde niat nak perbodoh-bodohkan kau,aku dah try.aku kenal kau since kita mase sekolah menengah dulu.sepatutnya aku lebih mudah percayakan kau.tapi entahlah.im so sorry =(

aku tak pernah nak samekan kau dengan lelaki yang pernah aku kawan dulu,but semua yang aku lalui dulu tu dah banyak mengajar aku untuk lebih berhati-hati dalam berkawan dengan lelaki.mak aku selalu ingatkan aku,kita jadu perempuan jangan terlalu percayakan lelaki,lelaki zaman sekarang tak same macam zaman dulu.tapi aku tak pernah nak dengar.kononnya terasa syok bila diri disayangi.tapi sebaliknya dikhianati.thanks hairee sebab kau dah buat aku macam ni.jangan salah tafsirkan thanks aku ni,thanks aku bukan untuk dapatkan simpati kau,thanks aku thanks yg penuh dengan kegembiraan.sebab kau tutupkan pintu hati aku untuk bercinta dengan kaum Adam untuk mase ini.aku yakin dan aku hanya tunggu jodoh dari Allah.insyaAllah itu lebih baik =)

AJL 27

Assalamualaikum,selamat tengahari dan salam Ahad.hah harini dah hari Ahad??kenapa rasa sekejap sangat?ish aku tak puas lagi bercuti 2 hari cuti terasa seperti 2 minit ja duduk dirumah.esok Isnin dah start kerja semula.ish bosannya kerja.bosan bosan bosan,saya nak berhenti!hehe=) kalau bos aku dengar die dok buat gelak ja,yela mane taknya.aku ni dalah budak praktikal ja,sibuk nak berhenti kerja la apelah.mengalahkan staf-staf yg dah memang bekerja betul.setiap hari ade je kerja depa.tapi aku?kerja aku dok menahu saje,layan twitter,tengok orang buat kerja.hah tu jelah kerja aku sehari-hari tu yg nak buat report sampai pening kepala nak karang ape dalam jurnal yg besar nak mampus tu.amat membosankan.

tapi ade kawan aku,aku rasekan yg praktikal untuk kos die memang sangat tidak membosankan.sebabnya die amik kos filem dan digital kot,hah macam tula kot kos die,aku pun tak sure haha=).sekarang die praktikal dekat tv3,memang syok habis dapat jumpe artis dan sebagainya.kerja pun tak tension,cehh!tensionlah sangat.kalau aku pun kerja tak tension cumanya boring,boring tahap cipan!

malam ni berlangsungnya Anugerah Juara Lagu kali ke 27 tak silap aku lah,sebab aku pun jarang tengok tv.asyik dok terperap dalam bilik sambil mengonline.


Antara penyanyi baru yang terus menyinar dan layak ke Anugerah Juara Lagu 27 (AJL 27) termasuklah Amir Jahari, Bedroom Sanctuary, Mojo dan juga Shila Amzah. Namun begitu, Hafiz yang telah merangkul trofi juara pada musim lepas masih tetap berada di dalam senarai finalis untuk tahun ini dengan lagunya, ‘Ku Akui’ dan juga duet bersama Adira, ‘Ombak Rindu’.
Lebih menarik, Shila Amzah sekali lagi layak dengan lagu ciptaannya sendiri, ‘Patah Seribu’ selepas berjaya merangkul anugerah di Anugerah Industri Muzik ke-19 untuk trofi ‘Anugerah Lagu Terbaik’ serta trofi ‘Power Vocal Award’ di Shout Award 2012. Adakah kali ini penyanyi yang berusia 22 tahun ini sekali lagi akan mencipta sejarah?
Berikut adalah senarai lagu layak ke Anugerah Juara Lagu 27 yang akan berlangsung pada 6 Januari 2013.
Idola – Azlan & the Typewriter
Pelangi Senja – Stacy
Terukir Di Bintang – Yuna
Anak Kampung – Jimmy Palikat & One Nation Emcee
Ombak Rindu – Hafiz & Adira
Tanpamu – Amir Jahari
Lagu – Bed Room Sentuary
Teman Pengganti – Black & RJ
Ku Akui – Hafiz
Simetri – Hazama & Amy Seach
Andai Ku Bercinta Lagi – Mojo
Patah Seribu – Shila Amzah

agak-agak korang sape yg dapat merangkul gelaran juara?tak sabarnya nak tunggu malam ni,untunglah aril dapat pergi tengok ajl live depan bijik mata kau =).last mnute baru bagitahu aku yg die ade tiket lagi.hampehhh!

Pimple comel =)

Sape yang seumur dia hidup sampai sekarang ni tak pernah ade sebijik jerawat pun timbul melekat dekat ruang muka?kalau ade korang adalah manusia yg beruntung,dan tak semua yg beruntung.masalah jerawat bukan saja menyerang dan menyusahkan kaum wanita tetapi kaum lelaki jugak ade yang menjadi mangsa serangan mereka.dasat betul jerawat!

aku sendiri cukup terseksa dengan masalah jerawat ni mase sekolah menegah dulu.kate orang-orang,jerawat ni timbul sebab kite banyak sangat berangan.betul ke?hehe =).aku ingat lagi,mase aku form 1 lah zaman kegemilangan si jerawat nak menunjuk dan menimbulkan tanduk memasing,memasing berebut nak keluar dekat muka aku yg comel.setan sungguh!sampai masetu aku down gila,aku memang tak ade keyakinan nak berdepan dengan orang ramai,lagi-lagi kawan sekolah.faham-faham jela mase sekolah,form 1 lagipun bebudaknya semua masyaAllah degil nak mampus,lelaki perempuan same!haha =).macam-macam produk aku pakai tapi masih takde kesan pape.sedih gila masetu,masalah jerawat aku sampai aku sendiri taknak tak suka nak tengok muka dekat cermin.sampai macam tu sekali tau.setiap kali solat pun aku tak lupa berdoa pada Allah,mintak supaya jerawat aku ni hilang.aku malu!

Masa aku kat form 3,semakin lama jerawat aku semakin hilang.padahal masetu aku dah tak guna ape-ape pencuci muka pun.sumpah tak tipu.disebabkan aku dah give up.aku cakap dekat mak,yg aku dah malas nak jage muka,malas nak amik kisah,lantak diela!tapi dari sehari ke sehari muka aku semakin okay sampailah aku form 5.sehinggakan ade budak form 4 perempuan tegur aku,"eh kau guna pencuci ape ek?bersihla muka kau".aku pun jawablah "kau perli ea?aku tak guna papelah".dalam hati dah suka-suka dah ade orang puji.ngehngehngeh =) Alhamdulillah Ya Allah.sampai sekarang jerawat masih ade dekat muka ni tapi tak banyak kadang-kadang cuma ade seketul dua je tu pun ade mase bulan aku tengah mengambang.

cara nak hilangkan senang saje.korang kena rajin cuci muka sebelum tidur,jangan picit jerawat tu dengan menggunakan kuku sebab yg aku dengar kuku mempunyai satu kuman,not sure kuman ape yg ade pada kuku tu.kalau korang picit guna kuku boleh menyebabkan kulit muka berparut.so biarkan je jerawat tu tumbuh dan kering semula.


Di bawah ini terdapat cara menghilangkan jerawat dan mengurangkan masalah darinya.
  • Bahan paling mudah untuk mengeringkan jerawat adalah krim yang mengandungi Benzoyl Peroxida. Dalam kepekatan 5 atau 10 peratus ia mengering dan memudahkan sumbatan liang minyak tanggal. Kesannya boleh dilihat dalam tempoh empat hinga enam bulan.
  • Basuh kulit setiap hari tapi jangan terlalu kasar atau kerap.
  • Gunakan pencuci kulit muka yang lembut dan air. Pencuci yang mengandungi granule boleh juga digunakan.
  • Cuba elakkan sauna muka kerana ia mungkin menjadikan jerawat bertambah teruk.
  • Jaga pemakanan anda. Amalkan pemakanan seimbang.
  • Dapatkan rehat yang cukup kerana jerawat mungkin timbul dari perasaan tertekan, ber masalah dan badan yang letih.
  • Memakai pakaian bersenam atau harian yang longgar. Memakai pakaian ketat, tudung atau headband ketat dari kain yang tidak meresap peluh menambahkan pengeluaran minyak dan risiko jerawat dari kulit berminyak.
  • Pilih fesyen rambut yang tidak terlalu menutup wajah dan jaga rambut supaya tidak berminyak yang biasanya datang dari kulit kepala yang kuat berpeluh. Penggunaan bahan penjagaan rambut berminyak harus dielak. Ikat rambut ketika tidur supaya tidak menutup muka.
  • Guna mekap muka berasaskan air. Beli mekap yang "noncomedogenic" atau "nonacnegenic".
  • Basuh mekap sebelum tidur. Jangan terlalu banyak menggunakan pelembab kulit muka terutamanya waktu malam.Elak cahaya ultra ungu matahari atau lampu. Pendedahan yang melampau atau lama merosakkan kulit dan lapisan kulit akan menjadi tua premature dan menutup liang sebum.
  • Jangan picit jerawat kerana ia akan menambahkan radang pada kulit dan kulit akan menjadi berlubang dan berparut.

                                                   

Kawan | kekasih | cinta | keluarga | Allah swt

Tanpa kawan, kita seorang. Tanpa kekasih, kita sunyi. Tanpa Cinta, kita sepi. Tanpa keluarga, takdalah kita. Tanpa Allah, siapalah kita?

adakah kalian menyokong sebulat dan sepipih suara bagi statement diatas?kalau sokong sila bulatkan pada jawapan YA dan yg tidak menyokong sila tandakan pada jawapan B.

KAWAN,apa makna kawan bagi korang?dan bagi aku,kawan adalah seseorang yg paling rapat dengan kita selepas ibu bapa kita.ada setengah dari kita pun lebih rapat dengan kawan daripada ibu bapa,segala maklumat,segala cerita,segala perkembangan diri,dan yg paling parah segala rahsia nak diceritakan dekat kawan.kononnya malu,segan nak ceritakan dekat mak ayah.tapi bagi aku,aku lebih suka cerita dekat mak aku,dekat ayah pun aku suka jugak.tapi ade part2 yg aku kalis-kalis sikit la,contohnya bab boypreng-boypreng.dulu ayah memang marah kalau cerita pasal tu,mati urat telinga aku dengar die memberi 'nasihat' yg sangat berguna untuk aku,tapi dalam usia aku yg masih mencari keseronokan dunia,masih mencari identiti diri,masih mencari dan masih tawa mentah dalam dunia.setiasa memberontak!segala yg dilarang tu lah aku berlumba-lumba kambing nak buat.ape yg disuruh takmau pula.sungguh teruk aku muda-muda dahulu.sekarangdah tua,so aku lebih banyak muhasabah diri.tanye pendapat mak ayah sebelum buat sesuatu perkara.tapi sometime ade jugak yg aku dah buat baru bagitahu =)

beralih kepada isu KAWAN,kawan seperti mana yg kita pilih untuk dijadikan kawan?pilih kawan ni samanya susah macam nak mencari bakal suami.eceh!mesti terselit.kawan sejati ke?kawan rapat ke?kawan baik ke?kawan musuh ke?hikhikhik,sebut pasal kawan musuh.aku teringat mase sekolah rendah dulu.mase sekolah rendah dulu bukan aku lah,adelah kawan aku ni die terlebih buku nota so die pun jadikan buku nota tu sebagai buku menyimpan biodata diri kawan-kawan die.kawan die termsuklah aku.masing esaited lah nak tuls biodata diri,tulis guna pen warna warni,lukis corak-corak comel-comel,cute-cute.so nak dijadikan cerita.dalam page buku nota tu adelah segala butiran ni.

NAMA:
UMUR:
T.LAHIR:

T.LAHIR:
M.KEGEMARAN:
M.KEGEMARAN:
N.MAK:
N.AYAH:
K.BAIK:
K.RAPAT:
K MUSUH :

kat atas inilah separuh dari butiran diri yg selalu aku tulis mase sekolah rendah dulu.paling tak boleh bla part K.MUSUH.k tu singkatan dari kawan.ade ea kawan lepastu musuh?hehehe sekarang ni barulah terasa kelakar sangat aku dan kami mase kecik-kecik tapi comel ape,biasalah budak-budak kecil banyak keletah =).kawan mase kecil-kecil best je,tade pun yg nak buat kepala,takde pun nak mengutuk sane sini.bila dah besar,masing-masing masyaAllah,termasuklah aku sendiri.so solusinya,terpulang pada individu nak pilih kawan yg mcm mane.

 

                                                          ............................

KEKASIH.ape makne kekasih kalau menyakitkan hati.aku rasa statement kat atas tu part kekasih tak penting pun.memang kita akan terasa sunyi jika kita tak biasa menghadapi.tapi lama kelamaan percayalah kita akan okay,dah takde sunyi-sunyi bagai.buat ape kita nak terasa sunyi,nak sayang,nak merindu pade orang yg tak kasihkan kita.membazir.aku bercakap berdasarkan pengalaman.aku selalu kena reject dengan cousin aku.dia memang tak berguna.disebabkan aku dah putus dengan ex bf aku,dia selalu perli-perli aku.nvm.ade aku kisah?takde pun.tapi takpe,aku tak kecik hati pun dengan ape yg dia cakap.bagi aku tu semua ketentuan Allah,Allah nak kirimkan aku dengan orang yg lebih baik dari ex bf aku.right?Allah Maha berkuasa.Allah taknak aku sentiasa bergelumang dengan dosa.aku tak maksudkan yg ex bf aku jahat dan sering buat dosa.tak sama sekali.tu semua berpunca dari aku juga,masakan pokok tu boleh bergoyang jika tiada angin?.past is past,i dont wanna to repeat all of my sins.

                                                             ........................

CINTA berkait rapat dengan KEKASIH,hah cinta ni bapak kepada kekasih.wujud cinta kemudian barula wujud berkasih-kasih.dulu mase sekolah menengah aku rasakan aku seperti monyet,kerjanya asyik memikirkan cinta si monyet.sekejap orang tu,sekejap orang ni.pehh!mamat tu hensemlah,tu aku punya,tu aku punya =) sungguh macam vangang.tapi tu dulu zaman remaja perempuan bertukar monyet.biarlah kita sepi dan kurang mendapatkan cinta dari manusia asalkan kita sentiasa mendapat kasih syang dan cinta dari Allah.

                                      

                                                            ............................ 

KELUARGA adalah makhluk Allah yang sangat penting dalam kehidupan kita sebagai manusia.tiada ibu bapa tiada kita.dari kasih sayang ibu bapa kitalah wujudnya kita ke dalam dunia.bertambah dengan adik beradik yg menghiasi hidup kita lebih bermakna.tanpa mereka kita sunyi.sebab mereka lah segalanya.tiada siapa pun boleh gantikan.aku mengaku kadang-kadang,hmm bukan kadang-kadangla tetapi kerap bergaduh dengan adik-adik aku.walaupun kami 3 orang perempuan eh tapi still bergaduh okay.main tarik-tarik rambut tu perkara biasalah,kalau kami lelaki mungkin dah bertumbuk,kelakar.ingat lagi mase umur aku berapa tahun ntah.masetu parents aku masih duduk rumah kecik lagi,maksud aku rumah flat company tempat ayah kerja.disebabkan aku asyik bergaduh dgn adik aku si nana.mak kunci kami delat luar rumah.ape lagi melalak sakan lah si nana,sebab die sangat malang kena kunci dekat balkoni belakang,so die tak boleh gerak kemana mana,macam aku seronok.aku kena kunci luar pintu utama.so aku dengan senang hati pergi rumah jiran aku.hahah sambil melantak makan chewing gum =).kunyah-kunyah chewing gum dengan muka tak malu.

                                                

 
                                                 ....................................................

Allah tuhan seluruh alam,Allah maha berkuasa.segala yg brlaku segala yg terjadi datnag dariNya untuk menduga kita.jadi bersabarlah dalam menghadapi dugaanNya.

sekian.

Cita-cita

Assalamualaikum semua,dah lame rasenya aku tak buka laptop ni dan mengupdate belog ni.busy mungkin dengan kerja,i mean practical.tapi perkataan busy tu macam tak sesuai je dengan situasi kerananya aku takdelah busy sangat dengan kerja.sememangnya aku seperti patung cendana je dalam office.lebih sesuai untuk aku ialah kepenatan.yela konon-konon banyak kerja sangat sampai kepenatan sampai takde mase nak bukak laptop,update belog.sungguh yeye! =).kalau macam inilah gayanya aku bekerja,aku taktahu lah mcam mane nanti kalau aku dah betul-2betul masuk alam berkerja.

dari tingkatan 4 5 aku sudah melibatkan diri dalam dunia IT,mase sekolah dulu pun aku belajar dalam kelas ICT dan amik subjek ICT dalam SPM.so masetu aku rasekan diri aku dah sesuai sangat dengan IT.dan aku pun separuh ingat,ntah bila mase aku apply kos IT untuk diploma.tup3 aku dapat tawaran dari Politeknik dengan kos IT netwrking.yeay!masetu aku sukalah sebabnya konon-konon IT jiwaku.tak dinafikan memang aku suka bidang IT.tapi ade part2 yg aku kurang minat sebabnya aku kurang kemahiran terhadap sesuatu part tu,maybe aku dah terlambat untuk tukar kos yela aku dah masuk tahun kedua kot takkan nak repeat semester balik semata-mata nak tukar kos.no way!membazir mase aku saje kan?so aku kena teruskan juga.tapi Alhamdulillah walaupun ade subjek yg sangat susah,syukur sangat2 sebab aku ade doa mak ayah dan bantuan kawan2,alhamdulillah aku belum pernah repeat ape2 paper pun setiap semester,maaf aku cerita disini tiada niat untuk membangga diri,cuma ingin merasa bersyukur ke hadrat Ilahi.hanya tuhan yg tahu niat aku menulis =).

semester 5 nanti aku akan mengambil ujian MUET.ujian ini wajib diambil oleh semua student yg ingin melanjutkan pelajaran ke tahap yg lebih tinggi.maksud aku bagi budak-budak Poly macam aku.InsyaAllah ade rezeki bakal melanjutkan elajaran ke peringkat ijazah di Universiti2 pilihan.aku pun dah ade buat target Universiti mane yg aku nak pergi after diploma ni,walaupun pointer aku sedikit merisaukan hati.tapi aku masih ade peluang untuk bangkit,ade 2 semester lagi untuk aku struggle.insyaAllah.

memilih cita-cita bukan mudah.kadang2 ape yg kita cita2 kan tak same dengan ape yg kita peroleh.senang contoh macam nilah,ade setengah student mase belajar amik kos lain,habis belajar then kerja,kerja dalam bidang lain.lari dari ape yg dibelajarkan di IPT.so buat adik yg baru lepas SPM.ade tips untuk korang:

1) kenali kebolehan diri sendiri.
2)kenali minat yg wujud dalam diri sendiri(elakkan dari ikut-ikut kawan).
3)dapatkan pendapat dari cikgu,mak dan ayah.

*ini sebahagian dari tips2 nya,nak lagi try search google =)

so,bila korang berada dalam bidang yg korang minat,tak mustahil korang boleh berjaya dalam bidang yg korang pilih.



selamat maju jaya semua ! =)

sakit puan =(

Wahai kaum adam dan sekalian makhluk Allah di bumi ini,kalian semua haruslah fahami dan mengerti bahawa kaum wanita yang lemah lembut,sopan santun ni mempunyai satu penyakit yang seringkali datang setiap kali bulan mengambang,haha=) banyaklah aku punya mengambang,i mean hmm datang bulan,erkk..malu itew malu iteww.entry ini juga bakal aku namakan dengan nama yang comel iaitu sengugut.comelkan?dah macam sesunggut semut haha=).aku sure dan teramat sure,pasti ramai dikalangan kaum hawa yg sering mengalami masalah begini,dan aku juga mengaku,aku pun sering mengalami ketika datang haid.sakitnya jangan cakaplah macam nak mati rasenya.hanya tuhan sahaja yang tahu,tu belum lagi tiba nak melahirkan anak,mampus terkeluar anak tekak meneran.haha okay tu aku tipu je,sebabnya aku tengok makcik-makcik yg ramai anak relax je dorang punya anak tekak,masih baik-baik je.

nak dijadikan cerita,boleh pulak kali ni bulan mengambang elok je hari isnin,hari dimana aku telah berazam untuk menjadi seorang pekerja yg berdedikasi dan paling bersemangat tuptup!die mai die mai daaahhh.hampeh.dalah situasi meja aku bekerja lebih berhampiran dengan para lelaki.malulah aku.erkk.kak nurul sangat perihatin,aku suka die.sampai die boleh tercakap kuat pulak yg aku sengugut.terang-teranglah si para lelaki kat ofis aku dengau,ye dak?kak nurul kak nurul =).

Normallah kan?tapi nasib baik cepat je sakitnya hilang.kalau tak camnelah aku nak balik,nak berdiri pun separuh nak mengigil,dengan aircond yg sejuk nak mampus.keras den! lentok punya lentok menahan kesakitan,akhirnya aku ketiduran.alolololo cian die =).dan kalau korang(kaum hawa) nak tahu,salah satu ubat yg mujarab bagi aku untuk menghilangkan penyakit ni ialah tidur.tu bagi akulah,korang aku tak tahu.ngeh3 =).

ada beberapa cara nak hilangkan penyakit sengugut ni.tapi ni petua orang dulu2lah,kadang2 mane ade muda mudi laaa ni nak ikotkan?semua cakap,"come on zaman dah majulah,percaya sangat".hello takde zaman dul,takdenya wujud zaman sekrang ni.emosional pula aku.abaikan.sharing is caring kan?nah kat bawah ni petua2nya.sama2 try =) .

selamat mencuba.



Petua 1

Ambil sembilan biji pinang tua, dibakar tanpa minyak hingga menjadi arang, dan kemudian ditumbuk hingga halus. Campurkan serbuk pinag bakar itu dengan secawan air suam dan minum selama sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

Petua 2

Ambil segenggam halia, tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap minum air tadi didahulukan dengan selawat.

Petua 3

Minum air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

Petua 4

Campurkan serbuk halia atau halia yang ditumbuk lumat dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Isikan dalam kapsul kosong. Makan 2 biji selepas makan tengahari dan malam 2 minggu atau seminggu sebelum haid.

Petua 5

Semasa sakit ketika haid, minumlah air teh pahit tanpa gula.
 


Petua 6

Minum madu segelas sebab madu melancarkan pendarahan kita. Kan madu ubat segala penyakit?


Pilihan Kosong

Salam sejahtera semuanya yang sudi meluangkan masa untuk membaca segala bebelan yang tertepu didalam hati dan juga mindaku yang sunggu serabut seperti cable-cable komputer yang bersilang sana sini.Pilihan Kosong tajuk entri aku kali ini,berkisah apakah?menurut kalian apa?maka tidak perlulah aku mengeluarkan tanda soal yang gampang ini sekiranya pertanyaan aku itu aku sendiri sukar untuk menyimpulkan satu kesimpulan daripada sebuah cerita yang tersangat dan maha panjang.bukan dinamakan manusia sekiranya hidup mereka sering ketawa,bahagia serta girang-girang.sudah dinamakan manusia,manusia adalah makluk Tuhan yang paling tegar tidak sesekali mudah untuk membiarkan diri jatuh terlentang ke tanah.namun,tidak semua manusia yang mempunyai nasib yg bertuah,bisa hidup tanpa jatuh walaupun sesaat.emak aku selalu berkata,mungkin juga bertujuan untuk memberi aku semangat agar aku terus semangat untuk terus maju dan maju kehadapan.InshaAllah mak.akuadalah manusia yang sentiasa menerima dugaan dan ujian dari Tuhan,dan aku akui kadangkala aku sering tersasar,tersasar dari jalannya.aku seperti bukan aku yang dulu.bagi aku,aku adalah seorang hamba yang sangat bodoh,lebih tepat lagi adalah manusia yang bodoh sombong.sudahlah bodoh sombong pulak.ketika berada di office tadi tiba-tiba mataku tertacap pada satu sudut yang terdapat tampalan kertas yang bertulis mutiara hati,yang berbunyi begini

"Manusia hendaklah sentiasa mengucapkan syukur kerana setiap kali kita buka mata dari tidur,kita sentiasa diberi banyak pilihan".

Pilihan ape yang dimaksud dari Mutiara Hati diatas?maksudnya ialah setiap hari kita diberi untuk menyayangi ibubapa kita kurang atau lebih?adakah kita mahu menunaikan ibadat lebih atau kurang?tepuk dada tanya keinginan.itu semua adalah bergantung kepada setiap individu.apabila kita sudah diberikan pilihan,ketika kita memilih,adakah kita pilih hanya untuk kepentingan diri bersifat sementara atau untuk kepentingan diri yang hakiki dan sejati?

"jangan biarkan orang lain mempengaruhi keputusan anda,kerana yang harus hidup dengan pilihan yang anda buat adalah ANDA".

sumber dari Google