Assalamualaikum semua,tak jawab dosa,jawab sayang hihi *tiru tagline kak Maria Elena* sape tu??uollss tak kenal?pergh memang tak patutla kalau tak kenal blogger famous tu,tak patut,tak patut.
Ape isu dunia yang paling besar buat mase sekarang ni korang jangan taktau pulak tentang isu si israel laknat tu tengah mengganas macam celaka dekat negara saudara islam kita di Palestine,kalau ade yang taktau aku sarankan korang duduk dalam hutan dalam gua yang takde tv,takde surat khabar,yg takde internet.kesian aku tengok kanak-kanak,kaum wanita dan semua la yang menjadi mangsa si laknat tu,kenapalah dorang kejam sangatkan?
sedikit sebanyak sejarah Israel jahanam tu :
"Siapakah bangsa Yahudi ini ?? Menurut kajian sejarah yang
berdasarkan penggalian arkeologi dan lembaran-lembaran kitab suci, awal bangsa
Yahudi mempunyai hubungan rapat dengan kisah nabi Ibrahim AS yang berlaku
sekitar 3800 tahun yang lalu atau 1800 tahun SM.
Tafsir Al-Qur'an menunjukkan bahawa Ibrahim AS
tinggal di daerah Palestine yang dikenali sekarang sebagai Al-Khalil (Hebron)
dan beliau tinggal di sana bersama Nabi Luth (QS, 21:69-71).
Anak nabi Ibrahim adalah nabi Ismail dan nabi Ishak
kemudian anak nabi Ishak adalah nabi Yaakub, kemudian dari keturunan 12 anak
nabi Yaakub inilah yang dikenali sebagai 12 suku Israel.
Anak bongsu nabi Yaakub AS adalah nabi Yusuf AS,
yang terkenal dalam sejarah, setelah ditinggalkan di dalam telaga di padang
pasir oleh abang-abangnya, akhirnya menjadi kepala bendahara negeri Mesir.
Kemudian ayahnya, nabi Yaakub, serta abang-abangnya
mengikut nabi Yusuf AS ke Mesir dan hidup damai di sana sampai suatu hari
Firaun yang berkuasa memperbudakkan (menjadikan hamba) keturunan mereka yang
dikenal dengan bani Israel.
Kerana kekejaman Firaun yang tak terkira terhadap
bani Israel, Allah SWT telah mengirim nabi Musa AS masa itu, dan
memerintahkannya untuk membawa bani Israel keluar dari Mesir.
Musa AS dan kaumnya meninggalkan Mesir, dengan
pertolongan mukjizat Allah, sekitar tahun 1250 SM.
Mereka tinggal di Semenanjung Sinai dan timur
Kanaan (Palestine), dalam Al-Qur'an, nabi Musa memerintahkan Bani Israel untuk
memasuki Kanaan, (Qur'an, 5:21).
Setelah nabi Musa AS wafat, bangsa Israel tetap tinggal
di Kanaan. Menurut ahli sejarah, nabi Daud AS menjadi raja Israel dan membangun
sebuah kerajaan berpengaruh.
Selama pemerintahan anaknya nabi Sulaiman,
batas-batas Israel diperluas dari Sungai Nil di Selatan hingga sungai Eufrat di
negara Siria sekarang di utara.
Ini adalah sebuah masa gemilang bagi kerajaan
Israel dalam banyak bidang, terutama senibina. Di Baitul Maqdis (Jerusalem),
nabi Sulaiman membangun sebuah istana dan biara yang luar biasa.
Setelah wafatnya nabi Sulaiman, Allah SWT mengutus
ramai lagi nabi kepada Bani Israel meskipun dalam banyak hal bani israel tidak
mendengar perintah para nabi, membunuh mereka dan mengkhianati Allah.
Setelah kematian nabi Sulaiman, kerajaan bani
Israel (yahudi) berpecah, di utara Israel dengan ibukota Samarria dan Di
Selatan Juda dengan ibukota Baitul Maqdis (Yerrusalem).
Dengan berlalunya waktu, suku yahudi jatuh di bawah
Assyurria dan Babylon atau pergi ke Mesir sebagai pelarian.
Ketika raja Perrsia Kyros tahun 539 SM mengizinkan
orang Yahudi kembali dari pelarian mereka, banyak orang Yahudi yang tidak
kembali, di sinilah mulainya Diaspora, penyebaran bangsa Yahudi ke seluruh
dunia.
Pada tahun 63 SM Juda dan Israel jatuh ke tangan
orang Romawi dan tahun 70 SM berjaya menghancurkan pemberontakan Yerusalem dan
menghancurkan biara dan Juda.
Awal terbentuknya Israel
Setelah itu orang Yahudi hidup dalam pelarian,
sehingga zaman khilafah Othmaniyah barulah orang Yahudi dapat merasakan
kehidupan yang damai dengan membayar pajak perlindungan kepada kerajaan
Othmaniyah.
Akhir abad ke 19, ditunjangi oleh Jewish
Colonization Assocation Baron Hirsch, Yahudi dari Eropah Timur berpindah ke
Argentina dan membentuk Kolonialisme pertanian, untuk kembali ke Palestine
bermula tahun 1881.
Kronologi penubuhan Israel adalah seperti berikut;
1896 Theodor Herzl
Yahudi kelahiran Budapest meengasaskan pembentukan Negara Yahudi moden.
Tujuannya untuk menuntut dan membuat negara untuk orang Yahudi di Palestine,
disokong oleh wang hasil sumbangan dari seluruh orang Yahudi di dunia. Herzl
ini juga dikenal pendiri zionisme, yang juga tidak disetujui oleh orang
Yahudinya sendiri.
1914 Di Palestine
tinggal 1200 orang Yahudi. Setelah kekalahan khilafah Othmaniyah dalam perang
dunia pertama, Palestine menjadi bola permainan para penjajah dan para Zionis
ada di sisi British dan Amerika.
1917 Tanggal 2
November menteri luar British Lord Balfour menandatangani Deklarasi Balfour
untuk membangun negara yahudi. Sebulan kemudian masuklah tentera British ke
Baitul Maqdis (Jerusalem).
1920 Gabungan
Negara-negara menyerahkan mandat Palestine kepada British. Akibatnya datanglah
75.000 lagi orang Yahudi ke Palestine. Negara-negara Arab tidak menyetujui
didirikannya negara Yahudi di Palestine.
1922 Transjordania
dipisahkan dari daerah mandat. Sebagai perwakilan orang Yahudi dibuatlah Jewish
Agency. Di tahun itu lebih kurang 80.000 orang Yahudi tinggal di Palestine
1933 Di Jerman
berlaku penghapusan etnik Yahudi secara sistematik oleh Rejim Hitler.
1936 Masyarakat Arab
menentang politik masuknya orang Yahudi ke Palestine tapi orang Yahudi dibantu
oleh tentera Inggeris.
(Gambar Atas kanan - Peta
Palestine tahun 1946 sebelum peristiwa Nakba )
1937 Sesudah
pemerintah Mandat membatasi imigrasi dan pembelian tanah oleh orang Yahudi, timbullah
ketegangan yang dilakukan oleh organisasi bawah tanah Yahudi terhadap orang
Inggeris.
1939 Pendidikan
sebuah brigade Yahudi untuk memasukkan orang Yahudi ke Palestine
1945 Suruhanjaya
Inggeris Amerika menganjurkan penerimaan 100,000 orang Yahudi di Palestine,
tapi kemudian ditolak oleh Inggeris sehingga menyebabkan rusuhan di antara
Yahudi - Palestine.
1947 UNO
menganjurkan pemisahan Palestina dan pembentukan negara Yahudi dan Arab. Perang
antara Yahudi dan Arab menghindarkan dilanjutkannya rencana itu.
1948 Inggris
mengakhiri Mandatnya atas Palestine dan pada 14 Mei meninggalkan Palestine.
Tentera Yahudi memasuki Palestine dan mengusir orang Palestine yang didukung
oleh negara-negara Arab. Di hari yang sama Ben Gurion mengisytiharkan
kemerdekaan Israel di kota yang dibentuk mereka, Tel Aviv, sehingga kemudian
menyebabkan perang hari pertama Timur Tengah.
1949 Setelah perang,
Israel memenangi peperangan dan bangsa-bangsa bersatu mengakui Israel sebagai
sebuah negara.
(Gambar kiri - Peta
pembahagian Palestine oleh PBB pada 1947 - Palestine berwarna Hijau)
Bagi memahami persoalan Palestin secara yang lebih
mendalam, boleh Menelusuri Sejarah Baitul Maqdis
First Qibla -
Bait-al-Maqdis (Al-Aqsa):
AT THE HEART OF JERUSALEM is the Al-Aqsa mosque or
Al-Haram Ash-Shareef (The Noble Sanctuary). It is the third most sacred mosque
in the world (after Masjid al-Haram in Makkah and Masjid Nabawi in Medinah),
enclosing over 35 acres of fountains, gardens, buildings and domes. At its
southernmost end is al-Aqsa Mosques, which was built by Khalifa Omar Bin
Al-Kattab in the year 19 Hijri. At its center is the celebrated Dome of the
Rock. The entire area is regarded as Baitul-Maqdis or Al-Qudus and comprises nearly
one sixth of the walled city of Jerusalem. In the picture on the left, the
following are identified:
-->Bertanda Hijau - Masjid al-Qubbatus-Sakhra
(The Dome of the Rock)
-->Bertanda Merah - Masjid al-Aqsa (The Farthest
Mosque)
-->Bertanda Biru Muda - Al Madrasa An-Nahawiah
-->Bertanda Biru - Al Musalla Al-Marwani
Gambar Bawah - Propaganda
Israel - Kuil yang akan menggantikan al-Aqsa
Kalau aku diizinkan Tuhan untuk pergi ke Palestine sebagai sukarelawan aku sanggup,seriously sanggup.tapi ape yg mampu aku buat?ape yg mampu aku tolong untuk dorang?aku takde kuasa nak arahkan si laknat tu berhenti serang dengan bom dorang tu,aku takde senapang,meriam dan sebaganya untuk membalas serangan dorang balik,tapi aku ade Allah,umat islam ade Allah Yang Maha Besar,Maha Berkuasa,Dialah Yang Satu tempat umat islam berteduh,meminta pertolongan.
"Ya Allah ya Tuhanku,kau berilah kekuatan kepada saudara seislam ku di Palestine".hanya Doa sahaja yang aku mampu untuk tolong untuk awak semua,semoga awak semua disana sentiasa kuat.bersabarlah,awak semua menderita di dunia yang sementara,tapi yakinlah awak semua akan bahagia dan damai selamanya didalam Syurga selamanya :) SubhanAllah .